Header Ads

ads header

Flash News

Hebat toleransi dalam PH, kabinet masih dalam perbincangan.. mungkin sampai Raya Qurban kot!


PETALING JAYA: Beberapa pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH) berada dalam senarai akhir menteri dan timbalan menteri yang dijangka diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa kurang seminggu.

Sumber berkata, mereka yang terpilih mula menerima panggilan daripada perdana menteri sejak semalam.

Bagi yang lain, rundingan masih dijalankan antara perdana menteri dengan parti komponen terbabit, khasnya PKR dan DAP.

Bagi PKR, antara ahli Parlimen disenarai pendek ialah Dr Xavier Jayakumar (Kuala Langat), R Sivarasa (Sg Buloh), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) dan Datuk Kamaruddin Jaafar (Bandar Tun Razak).

Sumber berkata, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Baharu) dan Fuziah Salleh (Kuantan) turut berada dalam senarai itu, tetapi nama mereka digugurkan pada 11 pagi tadi.

“Rundingan masih berterusan,” kata sumber itu.

Bagi DAP pula, Teresa Kok (Seputeh) dan Chong Chieng Jen (Stampin) masih berada dalam senarai itu.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin DAP memberitahu satu mesyuarat terakhir bagi membincangkan nama yang masih dalam proses dimuktamadkan.

Sekurang-kurangnya 5 daripada 11 ahli Parlimen Amanah yang memenangi pilihan raya umum 9 Mei lalu, dijangka dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

Khalid Samad menafikan tapi Dr Mujahid mengiyakan dia dipilih sebagai calon Menteri. Ada sesetenah pengalisis berkata Mujahid takut macam terjadi kepada Dr. Idris nama ada tapi akhirnya tercicir.

Bagi Sabah, Darell Leiking (Penampang) dan Azis Jamman (Sepanggar) juga masih berada dalam senarai itu.

Seorang sumber memberitahu, setiap parti komponen PH menghantar banyak nama, tetapi Dr Mahathir menilai semula senarai nama itu.

Pada 21 Mei lalu, seramai 13 menteri persekutuan mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, Kabinetnya akan mempunyai 25 menteri.

Sejak itu, timbul pelbagai spekulasi di media mengenai calonnya, dengan ramai ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak dikatakan akan berada dalam senarai itu.


MR : Ini bukan masalah Mahathir sahaja tetapi politik dalam parti-parti PH juga menyebabkan pembahagian ini tidak selesai walaupun dah lebih 40 hari ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Jgn sampai raya tahun depan dah lah...

    BalasPadam
  2. Kalau pelantikan dibuat berdasarkan resume, tidaklah sukar diputuskan kerana lagi banyak speket dimiliki calon maka lagi tinggilah kelayakan.

    Kalau berdasarkan kritikan lampau calon, ia jadi lebih sukar dan mengambil masa kerana banyak carian gorgle dan pelayaran Utube yang harus dilakukan. Sabarlah.

    BalasPadam