Header Ads

ads header

Flash News

Islam di Malaysia makin dihina, Gelek Seksi Depan Masjid


KOTA KINABALU – Aksi tidak senonoh pelancong asing yang sakan ‘bergelek’ di atas tembok pagar sebuah masjid di bandar ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai khususnya daripada penduduk setempat.

Menerusi perkongsian netizen di laman Facebook, dua pelancong asing yang berpakaian seksi berkenaan dirakam selama 10 saat menari ala ‘K-pop’ yang mana turut disertakan bersama lenggokan badan.

Sementara itu seorang lagi wanita dipercayai rakan mereka dilihat sedang merekod aksi kedua-dua wanita itu dengan menggunakan telefon bimbit miliknya.

Tidak diketahui tarikh sebenar ia dirakam namun video kejadian yang berlatar belakangkan kawasan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu itu tersebar di media sosial sejak malam Sabtu.

Sehubungan itu, pihak pengurusan tertinggi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) mengarahkan serta-merta agar masjid berkenaan ditutup buat sementara waktu kepada pelawatan pelancong asing.

Pengerusinya, Datuk Jamal Tun Sakaran berkata keputusan tersebut dibuat selepas melihat aksi tidak senonoh dua wanita tersebut yang mencemar kesucian masjid berkenaan.

“Pihak Pengurusan Tertinggi MBR mengambil keputusan untuk melarang sementara waktu kepada semua pelancong untuk datang melawat masjid berkenaan serta-merta.

“Ini ekoran daripada video yang tular di media sosial menunjukkan tindakan pelancong asing mempamerkan perilaku tidak senonoh di atas pagar MBR.

Beliau juga turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan pelancong terbabit meskipun sudah diberitahu tertib serta peraturan di sekitar masjid.

MBR juga memutuskan untuk tidak membenarkan semua bas ekspres, kenderaan pengangkutan Grab dan teksi untuk membawa pelancong masuk ke kawasan dan sekitar masjid, melainkan teksi yang sudah berdaftar dengan pihak masjid. -MYNEWSHUB.CC


MR : Tiada penghormatan terhadap Islam di Malaysia oleh para pelancung kerana orang Islam sendiri meninggalkan nilai agama mereka. Pemerintah sekarang pula mendaulatkan Islam leberal manakala parti AMANAH jadi 'pasu bunga' dalam isu Islam....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

9 ulasan:

  1. Puak ph mana nak ambik tahu pasal islam.

    BalasPadam
  2. Makin.parah Islam dihina pihak bekuasa dah x ambik kidah

    BalasPadam
  3. Yang 190,000 like tu siapa dan kenapa?

    BalasPadam

  4. Tujuan mereka adalah untuk menghina ugama Islam dan orang Islam. Dam.memberi mesej kepada dunia bahawa orang Islam di Malaysia TIADA telor.

    BalasPadam
  5. Semakin kurang ajar apabila puak kafirin mendominasi kerajaan

    BalasPadam
  6. kalau berlaku di pakistan dah lama dah puak2 ni tinggal nama

    BalasPadam
  7. Wahai orang Melayu yang telah mengundi pakatan , apakah yang kamu harapkan dari rejim pakatan yang terdiri dari ramai pemimpin kafir dan sedikit pemimpin Melayu ?

    Mengapa kamu mengundi pakatan dan menolak parti Islam PAS pimpinan ulama Islam yang berjuang menegakkan agama Islam dan membela hak umat Islam? Jika kamu semua mengundi PAS, kerajaan BN tetap akan tumbang dalam PRU14 !

    Adakah kerana kamu terpengaruh atau terpedaya dengan pelbagai fitnah ciptaan pakataan terhadap PAS atau pelbagai janji dalam manifesto pakatan atau kedua-duanya?

    Tidakkah kamu pernah berfikir tentang moral atau akhlak pemimpin-pemimpin pakatan yang telah menentang RUU anti-berita palsu @ fitnah? Adakah pemimpin-pemimpin seperti ini yang kamu harapkan untuk menegakkan kebenaran di negara ini?

    Rejim pakatan secara terang-terangan telah mencipta pelbagai alasan karut marut untuk memungkiri pelbagai janji dalam manisfesto pakatan dan akhirnya pengundi dan penyokong pakatan hanya mampu menelan kahak sahaja. Bukankah ini membuktikan rejim pakatan adalah rejim munafik?

    Puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi menjadi semakin berani menghina, memburuk-burukkan dan menfitnah agama Islam, ulama Islam, jemaah Islam , Agong dan institusi Islam sejak rejim pakatan memerintah negara ini. Bahkan mereka mendesak rejim pakatan menghapuskan institusi Islam seperti JAKIM, jabatan Islam, mahkamah syariah dan peruntukan untuk program Islam walaupun kita mengetahui Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak agama Islam, peruntukan untuk Islam, hak Agong, hak umat Islam dll.

    Bukankah keberanian musuh-musuh Islam melakukan provokasi secara terbuka terhadap agama Islam dan umat Islam seolah-olah menunjukkan mereka mendapat restu dari sebilangan pemimpin rejim pakatan?

    Bahkan rejim pakatan sendiri telah, sedang atau akan memecat kakitangan awam termasuklah ustaz dan ustazah yang terdiri dari kaum Melayu Islam. Maka kita tidak merasa hairan melihat rejim pakatan memberikan jawatan peguam negara kepada peguam kafir dengan alasan konon kaum Melayu Islam tidak bermoral. Bahkan rejim pakatan menolak permintaan Agong sendiri.

    Bukankah ini seolah-olah menunjukkan rejim pakatan bersikap prejudis terhadap kaum Melayu Islam?

    Wahai orang-orang Melayu yang telah mengundi pakatan, adakah kamu telah lupa tentang perintah Allah dan RasulNya?

    Allah telah berfirman yang bermaksud:

    (1) "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?" ( An-Nisaa' : 144)

    (2) "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik) menjadi PEMIMPIN. Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman." (Al-Maa-idah : 57)

    (3) Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
    (Al-Baqarah 2:120)

    Sesungguhnya penyokong dan pengundi pakatan akan menanggung dosa besar setiap kali rejim pakatan melakukan kezaliman dll.

    BalasPadam
  8. Tiada apa yang boleh diharap dari pemimpin islam jenis liberal atau pasu bunga dalam rejim pakatan..andaikata penari tersebut bergelek depan kuil,gereja atau tokong barulah mereka sensitif. Pasca PRU menunjukkan rejim ini gagal membawa perubahan Malaysia ke arah yang lebih baik...malah semakin merapu dengan tindakan karut,dendam dan provokasi

    BalasPadam