Header Ads

ads header

Flash News

Isu Perogol Dalam Undang-undang Islam: Jawapan Kepada Tun Mahathir


Kalau baca sendiri quran dalam Bahasa Inggeris boleh jadi alim mujtahid, memang berat.

Ayat mana tak tahu yang Tun M kata perogol dalam Islam akan lepas sebab tak ada 4 saksi. Ini dah mahakarut.

Yang perlu 4 saksi dalam kes zina manakala kes rogol termasuk jenayah yg boleh pakai saksi-saksi kurang daripada 4 orang dan bukti-bukti.

Beza kes zina dan rogol dari banyak sudut. Antara ketaranya ialah pendakwa dalam kes zina ialah pihak ke tiga yang tiada berkepentingan. Manakala kes rogol pula pendakwa ialah mangsa zina paksa yang ada kepentingan hak dalam dakwaannya.

Antara beza ketara pulak kes rogol dalam undang-undang Islam dan konvensional ialah, mangsa akan dapat pampasan Diyyat Al Budh’i (البضعي) manakala dalam kes konvensional pula mangsa tak dapat apa-apa melainkan malu. Nak dapat pampasan kena buat tuntutan berasingan.

Jadi ayat sebetulnya ialah jika mangsa yang pakai undang-undang Islam maka mereka akan dapat pampasan secara automatik manakala dalam konvensional mangsa belum tentu dapat pampasan.

Dalam kes rogol di Kedah yang pernah saya tulis satu masa dahulu, pesalah ditangkap dipenjara dan kerajaan (baca duit kita semua) yang digunakan tanggung dia dalam penjara. Mangsa 2 beradik bawah umur pula hanya mendapat malu tanpa mendapat apa2 pampasan sekalipun pesalah sudah di diputuskan bersalah.

Jika dalam islam, pesalah akan dipotong kaki dan tangan bersilang dan duit kerajaan tak habis sebab mereka tak perlu dipenjarakan. Yang lebih baik ialah mangsa akan dapat pampasan yang dikenali sebagai دية البضعي.

Jadi, penasihat agama dalam PH kena tolong bacakan Hadis juga kepada Tun M sebab hukun hakam ni bukan Quran sahaja. Wallahaklam jika penasihat2 PH ni hanya sibuk buka hadis hentam PAS sahaja.

Wallahuaklam.

Zaharudin Muhammad Al-Faqeeh.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156655736744883&id=87363369882


MR : Mahathir memang kita tahu tak tahu agama, yang peliknya cerdik pandai parti Amanah dan Mufti Dr Asri membisu apa pasal?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Sesungguhnya undang-undang Islam adalah undang-undang yang terbaik untuk semua manusia kerana Allah telah mencipta manusia maka Allah Maha Mengetahui undang-undang yang adil dan sesuai untuk manusia.

    Malangnya puak munafik dan puak kafir harbi sibuk mempertikai, menentang, menfitnah dan memburuk-burukkan undang-undang Islam walaupun undang-undang sekular liberal telah gagal menjamin keadilan dan keselamatan untuk semua manusia di mana hanya orang kaya mampu membayar peguam untuk membela mereka sedangkan orang miskin didakwa di mahkamah tanpa peguam bela. Adakah ini sistem keadilan sekular liberal yang adil?

    Bahkan selama ini, sistem keadilan sekular liberal telah gagal mengurangkan kadar jenayah yang melibatkan blue-collar crime dan white-collar crime dan rakyat hidup dalam ketakutan kerana setiap hari manusia ditipu, diperas ugut, dirogol, disiksa, dibunuh, dirompak dll tanpa belas kasihan seolah-olah manusia yang terhasil dari sistem sekular liberal telah kehilangan suara hati (conscience) dan tidak mempunyai sebarang perasaan di waktu mereka melakukan jenayah.

    Bahkan sebilangan di antara mereka merasa bangga dapat melakukan jenayah seolah-olah mereka tidak boleh membezakan antara buruk dan baik dan antara pahala dan dosa besar. Inilah akibat dari pemerintahan kerajaan sekular yang amat mementingkan hedonisme dan meremehkan agama Islam. Sebilangan rakyat menjadi buta hati kerana hati telah menjadi hitam berkarat.

    Oleh sebab itu, marilah kita semua umat Islam kembali kepada ajaran Islam dan bersatu padu menyokong parti Islam PAS pimpinan ulama Islam untuk menubuhkan kerajaan Islam dan berjuang menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam dan menentang kemungkaran dan kesesatan.

    BalasPadam
  2. Ulama dlm PH dah jadi Pass bunga.

    BalasPadam
  3. "Jika dalam islam, pesalah akan dipotong kaki dan tangan bersilang dan duit kerajaan tak habis sebab mereka tak perlu dipenjarakan. Yang lebih baik ialah mangsa akan dapat pampasan yang dikenali sebagai دية البضعي."

    Hujah tentang pampasan itu adalah tepat. Hujah tentang 'tak habis' tu kurang tepat kerana nak potong itu dan ini tidaklah percuma yakni 'akan habis jua'.

    Cadangan alternatif supaya 'tak habis' ialah letak di pulau. Tang makan biar sendiri tanam dan tang berak biar sendiri korek yakni berdikari 100%!

    BalasPadam