Header Ads

ads header

Flash News

Isytihar harta kepada SPRM, bukan PM, kata badan ketelusan


PETALING JAYA: Transparency International Malaysia (TI-M) menyarankan para menteri dan timbalan, setiausaha politik dan ketua jabatan agar mengisytiharkan harta terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berbanding perdana menteri.

Presiden TI-M Datuk Akhbar Sattar berkata SPRM mempunyai kepakaran untuk menyiasat dan menilai harta individu.

“Kalau anda isytihar dan dia rasa mencurigakan, SPRM boleh mendapatkan maklumat sebab dia mempunyai kuasa dan anda juga perlu isytihar semasa mula-mula bekerja, isytihar setahun sekali dan semasa tamat perkhidmatan,” katanya.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua anggota pentadbiran termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik dikehendaki mengisytihar harta masing-masing kepada dirinya.

Beliau berkata maklumat mereka tidak akan disembunyikan tetapi akan disampaikan kepada agensi bertanggungjawab berkenan pencegahan rasuah.

Akhbar berkata untuk jangka masa panjang mereka perlu mengisytiharkan harta secara dalam talian supaya orang awam boleh memantaunya.

“Dulu orang kata kalau anda isytihar secara atas talian, keselamatan anda akan terganggu. Tapi setiap tahun 10 orang terkaya Malaysia isytihar tak ada apa. Di luar negara macam itu,” katanya.

Beliau berkata pengisytiharaan secara dalam talian lebih telus.

“Nak takut apa sebab janji kita pada rakyat dan kita akan bekerja untuk rakyat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel turut menyarankan pengisytiharaan secara dalam talian untuk pantauan orang awam.

“Muat naik di laman web kerajaan, itu sudah cukup. Kalau orang awam nak tengok dia boleh pergi kepada laman web itu, macam di Pulau Pinang dan Selangor semasa ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat. Memang ada contoh dan tak ada alasan kepada kerajaan persekutuan untuk tidak mengisytiharkan harta dan apa yang harus rakyat tahu,” katanya.

Beliau juga percaya pengisytiharaan harta secara dalam talian tidak membahayakan nyawa individu.

“Kalau anda betul-betul tak curi wang rakyat, apa lagi nak risau? Kalau memang dah kaya dan kemudian masuk politik, orang ramai memang sudah tahu di tahap permulaan itu anda sememangnya sudah kaya,” katanya.

Bagaimanapun, Cynthia tidak bersetuju sekiranya mereka mengisytiharkan harta kepada perdana menteri.

“Kita telah tengok macam mana perdana menteri sendiri mengumpul dana rakyat yang sepatutnya tidak pergi kepada dia,” katanya.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

1 ulasan:

  1. Ketua Pakatan Kafir nak tahu semua oharta orang lain tapi dia tak mahu isytiharkan hartanya kepada sesiapa pun. Begitulah cara Pakatun Kafir memerintah negara ini.

    BalasPadam