Header Ads

ads header

Flash News

Jangan Gelak, Dr Mahathir tak tahu Vincent Tan terlibat dalam ECRL


 PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak tahu tentang laporan mengenai penglibatan hartawan Tan Sri Vincent Tan dan T7 Global Bhd dalam projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

“Saya tidak tahu mengenainya. Saya tidak boleh memberi komen. Anda harus bertanya kepada Vincent Tan,” katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan mempertimbangkan semula untuk meneruskan projek ECRL kerana penglibatan Vincent Tan.

Dr Mahathir berkata, beliau “ok” dengan rancangan membina landasan kereta api tetapi menegaskan kosnya perlu dikurangkan dan sebab itulah kerajaan sedang merundingkan semula dengan kerajaan China mengenai perkara itu.

Beliau berkata, syarat-syarat semasa yang dicapai oleh kerajaan sebelum ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada Malaysia yang antara lain adakah pembayaran harus dibuat tanpa mengambil kira kemajuan projek.

“Semua syarat ini perlu dirundingkan semula, dan jika kita memperoleh syarat yang lebih baik, sudah tentu kita akan meneruskannya tetapi kita berharap untuk mengurangkan banyak kos memandangkan banyak salahlaku telah dilakukan.

“Contohnya, meminjam  RM55 bilion dari China, kita berpendapat ia tidak harus melibatkan kos yang begitu tinggi. Syarat itu ialah kontrak yang diberikan kepada syarikat dari China, menggunakan pekerjanya sendiri, membawa semuanya dari sana. Jadi apa yang Malaysia dapat. Kita mahu mendapatkan sesuatu untuk Malaysia,” kata beliau.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan sedang berunding dengan pemilik Proton supaya Malaysia menjadi pembekal untuk komponen keretanya.

“Kita mahu mencuba dan mempunyai pembekal  tempatan membekalkan komponen dan juga mungkin mengadakan usahasama,” kata beliau ketika diminta mengulas  mengenai pertemuan beliau dengan wakil Geely minggu lepas.

Mengenai komen beliau baru-baru ini yanh membayangkan untuk mengkaji semula perjanjian air Malaysia dengan Singapura, Dr Mahathir berkata ia bukan perkara yang perlu disegerakan kerana kerajaan harus memberi perhatian kepada isu-isu lain untuk diselesaikan buat masa ini.


MR : Antara selalu Mahathir jawab, "tak tahu". Mungkin anda tak perasaan Najib pun sama jawab "tak tahu". Anak murid dan tok guru sama-sama merompak, buat tak tahu....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Apa ada pada nama? Sepatutnya tiada tapi bila nama itu bermula dengan huruf V yakni victory, ikut mana dinafikan pun akhirnya dapat kat Victory Tan (aka: crony) jua. Pengkagum tak bangkang malah berbangga pula.

    Kalau nama itu bermula dengan M yakni malap, meskipun banyak mana di lobi ia tetap akan malang jua. Dan kalau M itu adalah Melayu dan Melayu itu dapat projek 55 bilion, malam itu juga lain2 Melayu akan turun di jalan2 raya:

    "Hapuskan korupsi! Hapuskan penyangak! Hapuskan kronism! Tolak favoritism! Hapuskan rent seeking! Berlaku adillah! Tolak ketirisan! Wall street dapat daging main street dapat tulang!" Sampai bila nak makan komisyen saja! Turunlah!

    BalasPadam
  2. Lantiklah lagi org yang nyanyuk jadi PM.. Ada org kata org ini hebat, luas pandangan & bijak.. Bg kbykn org yg teliti, org ini memg cerdik dan licik tp dlm kes mengagih harta rakyat pd anak beranak dan kroni je.. Bila ditanya.. "saya mana tau.. Mana saya nak ingat.. Saya sudah lupa.. "itupun org2 yg dah bergelar menteri tu, bisu 1000 kata.. Dulu dia ckp menteri BN bersikap Yes Man.. Tp skrg depa pun Yes Man pd org tua ni.. Maap ckp la.. Org baru kena pukau.. Memg x ingat dah prinsip asalnya.. Hehe

    BalasPadam
  3. pendek kata keluar mulut harimau masuk mulut naga...kekayaan negara tetap gak berpusing2 dikalangan gerombolan...rakyat dptlah sikit dgn mulut ternganga...masih ramai lagi rakyat yg bebal tak faham dgn permainan politikus & para taukey kapitalis...teruja dgn yg tersurat tapi bebal dgn yg tersirat...

    BalasPadam