Header Ads

ads header

Flash News

Jangan Tolak Kemungkinan Malaysia Boleh Jadi Negara Kristian. Sejarah Membuktikan Demikian...


Apa dah jadi kepada Filipina?

Dulunya Manila diperintah oleh Raja Sulaiman. Mindanao diperintah oleh Sultan Muhammad Kabungsuwan. Sekarang dah jadi negara Kristian. Disamping puluhan agama lagi di dalamnya.

Apa dah jadi kepada Vietnam?

Dulu namanya kerajaan Melayu Islam Campa (Panduranga, Kauthara, Vijaya, Inderapura, Simhapura). Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Malaysia tak tahu pun Vietnam tu dulu kerajaan Melayu Islam.

Apa jadi kepada Thailand?

Sebahagiannya dulu wilayah Melayu Islam dan tempat lahir ulamak Islam nusantara. Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Melayu dah tak reti cakap Melayu dan tak tahu tulisan jawi. Budak sekolah rendah Melayu dah percaya bahawa Kedah / Kelantan adalah asal Thailand yang dijajah oleh Malaysia.

Apa dah jadi kepada Singapura?

Dulunya diberi nama Temasek, tempat berdagang pelbagai rumpun Melayu. Tempat berlabuh sultan-sultan Melayu Riau Lingga. Sekarang jadi negara apa entah ... Anak kita kat Johor pun tak tahu Singapura negeri Melayu Islam dulunya.

Apa pula akan jadi kepada Pulau Batam dan banyak lagi wilayah di Indonesia? Bukan ke gerakan Kristianisasi di sana dah masuk gear 5?

Jadi apa mustahilnya Malaysia adalah sasaran seterusnya? Depa acah kita dengan isu kalimah Allah. Ada dah sikit-sikit orang Melayu yang murtad. Depa tuntut perlembagaan yang halang penganut agama lain sebar agama depa pada orang Islam dimansuhkan. Depa minta anak-anak lahir tak de status agama. Kita berlonggar depa ke depan lagi. Kita mati dalam iman, tapi cucu cicit kita belum tentu lagi.

Sedikit sikap hazar (berhati-hati) lebih baik dari selamba selamanya ....

Ustaz Fauzi Asmuni


MR : Nasib Negara Champa memberi keinsafan kepada Orang Melayu di Malaysia yang sudah kehilangan kuasa politik di Singapura bahawa suatu hari nanti orang Melayu di Malaysia akan mengalami nasib dan takdir yang sama jika memilih perjuangan politik yang salah!....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. tak mustahil kerana ramai melayu tapi penghayatan terhadap islam kosong..nauuzubillahi minzaalik semoga ALLAH hancurkan pakatan kapir

    BalasPadam
  2. Penjajahan fizikal, politik dan minda adalah fator yang mampu mengubah landskap, ideologi dan pegangan.

    Meskipun ada yang mahu menipu diri sendiri atau mempengaruhi orang lain agar menafikan perkara ini, namun ianya telah terbukti dan kini menjadi realiti.

    BalasPadam
  3. Jika ibu bapa penganut sekular liberal secara sedar atau tidak sedar, maka kita tidak merasa hairan melihat anak-anak mereka yang dididik mengikut sekularisme liberalisme menjadi kepala bapak sekular liberal yang akan bersekongkol dengan puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi menentang, menfitnah dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Dan kerajaan sekular liberal pula sengaja menjadikan hiburan hedonistik sebagai matlamat hidup dan meremehkan agama Islam dan hak umat Islam maka rugilah orang-orang yang terpengaruh dengan sekularisme dan liberalisme yang hanya mementingkan kehidupan dunia sahaja dan meremehkam agama Islam.

    Dan puak sekular liberal dan puak kafir berusaha siang dan malam menentang ajaran Islam dan mengelirukan dan menyesatkan umat Islam dengan pelbagai ajaran sesat seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme, LGBT, atheisime, Syiah, Qadiani dll.

    Maka celakalah dan rugilah manusia yang mengikut telunjuk puak munafik dan puak kafir menentang dan menghina ajaran Islam dan umat Islam:

    Dari Abu Sa'id Al-Khudri Ra. ia berkata: Bahwasanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lobang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya. "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang Tuan maksudkan?" Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Siapa lagi?" (kalau bukan mereka). (HR. Muslim)

    Dan beruntunglah umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya dan berpegang teguh pada ajaran Islam dan menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh jemaah Islam seperti parti Islam PAS pimpinan ulama Islam walaupun mereka ditekan dan ditindas oleh puak munafik dan puak kafir.

    Dari Abu Hurairah Ra. Ia berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : "Islam mulai berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing." (HR. Muslim)

    Dari Anas Ra. berkata RasuJullah S.A.W. telah bersabda: ''Akan datang pada manusia suatu zaman saat itu orang yang berpegang teguh (sabar) di antara mereka kepada agamanya laksana orang yang memegang bara api." (HR. Tirmidzi)

    BalasPadam