Header Ads

ads header

Flash News

Kadir Jasin disiasat di bawah 3 akta


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin disiasat di bawah 3 akta berhubung artikelnya mengenai Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, Kadir disiasat di bawah Akta Hasutan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kita akan jalankan siasatan, bila selesai siasatan kita akan hantar kepada Timbalan Pendakwaraya (DPP) untuk arahan dan tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Ops Selamat 13 di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia, hari ini.

Dalam artikel di blognya baru-baru ini, Kadir mempersoalkan usaha untuk meyakinkan raja Melayu mengenai status mereka.

Selain daripada itu, Kadir dalam catatan blog peribadi semalam turut mendakwa kira-kira RM257 juta digunakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Apa yang didedahkan oleh A. Kadir Jasin sama dengan
"spreadsheet excel" yang tersebar yang diragui kesahannya.


Beliau mendakwa secara purata RM16 juta sebulan dibelanjakan antaranya ke atas penginapan, kediaman, barangan peribadi, pesawat, pengangkutan, pakaian, hadiah dan cenderamata, kunjungan luar negara.

Mengulas lanjut, Fuzi berkata, sehingga kini pihaknya menerima 3 laporan polis dibuat oleh badan bukan kerajaan dan orang awam terhadap Kadir Jasin.

“Di Selangor kertas siasatan telah dibuka, di Kelantan pun ada dan ada lagi satu di Lembah Klang,” katanya.

Menurutnya, siasatan terhadap Kadir Jasin akan diambil alih oleh Bukit Aman.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

7 ulasan:

  1. Yang comment Hishamuddin Rais bila nak ambik tindakan, walaupun telah ditarik balik, tapi telah di terbitkan di public domain dan telah dibaca oleh public.

    BalasPadam
  2. juga harus disiasat kerana mencetus ketegangan dan menghasut rakyat membenci raja

    BalasPadam
  3. Musuh seseorang adalah dirinya sendiri. Setinggi mana, sejauh mana, sebanyak mana dan selama mana nilai sekunder dimiliki ia bukan jaminan bagi penguasaan berterusan kerana musuh yang ada dalam diri sendiri akan sentiasa cuba untuk mengambil alih kekuasaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa ko merepak ni.Bagus la polis dah ambil tindakan terhadap kadir jasin seorang lagi penderhaka Hisahamudin rais yang menghina raja dengan bahasa yang amat jijik sejijik perangainya sendiri hishamudin sendiri.

      Padam
  4. Kena ambik tindakan pada hishamuddin rais pembela anjing

    BalasPadam
  5. Segera ambik tindakan ke atas hishamuddin rais.. harap pihak Polis jalankan tanggungjawab..

    BalasPadam
  6. Lu orang report la... baru polis boleh ambil tindakan... Haiiyaa...

    BalasPadam