Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan PH gagal daulat bahasa kebangsaan


BERMULA tarikh 9 Mei 2018, terbentuknya kerajaan Pakatan Harapan (PH) sehingga kini, kepimpinan tertinggi PH lebih ghairah bertutur dalam bahasa asing daripada bahasa kebangsaan.

gamisMerujuk kepada Perjanjian PH yang dimeterai oleh 3 komponen parti kemudiannya disertai PPBM bernama Perjanjian Kerjasama PH-PPBM pada 13 Disember 2016 telah bersetuju dalam Perkara 1(iii):

"1. Berjuang dengan berlandaskan kepada peruntukan dan semangat Perlembagaan 1957/63 terutamanya:

iii. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sejajar dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan dan pembelajaran bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa."

Jelas menunjukkan kegagalan PH menunaikan janjinya untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu.

Janji ini sekali lagi diulang dalam Buku Harapan yang dilancarkan pada 8 Mac 2018 pada bahagian Falsafah dan Matlamat Pentadbiran Pakatan Harapan dalam muka surat 10 sebagai janji kepada rakyat Malaysia untuk dilaksanakan sepenuhnya apabila membentuk kerajaan. Sepanjang 47 hari pemerintahan kerajaan PH, sidang media dan pertuturan bahasa asing dilihat lebih lazim pada mulut kepimpinan tertinggi PH berbanding bahasa kebangsaan.

Kebiadaban terhadap bahasa kebangsaan ini semakin meruncing apabila Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng (LGE) sewenang-wenangnya menggunakan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan untuk mengabsahkan tindakannya menulis kenyataan rasmi daripada Kementerian Kewangan dalam Bahasa Mandarin.

Merujuk kepada Perkara 152(1)(a) dan (6) Perlembagaan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah digunakan dalam tugas rasmi kerajaan. Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 juga telah mengukuhkan lagi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi maksud-maksud rasmi.

Tindakan YB LGE yang memetik Perkara 152 tanpa menelitinya secara keseluruhan merupakan satu tindakan yang memalukan dan menggadai maruah sebagai seorang rakyat Malaysia. Bukan sahaja beliau tidak menggunakan bahasa kebangsaan malah beliau mempertahankan tindakan yang memalukan ini.

Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia mesti bertanggungjawab penuh atas kegagalan untuk mendaulat dan mendidik kepimpinan tertinggi kerajaan dalam menggunakan bahasa kebangsaan. Malaysia berdiri dengan budaya dan nilainya yang tersendiri. Sebarang bentuk penghakisan kepada ruh dan semangat perlembagaan mesti dihapuskan sepenuhnya sebelum menjadi lebih parah.

GAMIS Malaysia menuntut kerajaan Pakatan Harapan untuk menghormati dan taat setia kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Asas dan dasar ini wajib dipatuhi dan dipertahankan oleh pihak kerajaan.

"Istiqamah Bersama Islam"

MUHAMMAD FAIZZUDDIN MOHD ZAI
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)


MR : Orang Melayu dalam PH sudah jadi "Pasu Bunga"....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. "1. Berjuang dengan berlandaskan kepada peruntukan dan semangat Perlembagaan 1957/63 terutamanya:

    iii. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sejajar dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan dan pembelajaran bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa."

    Komen:

    Pihak yang merangka perjanjian mungkin satu pihak sahaja. Pihak yang akan menandatangani perjanjian adalah 4 pihak. Pihak yang merangka perjanjian tiada masalah untuk terus memegang perjanjian itu. 3 pihak yang lain boleh claim tiada rundingan atau kalau bersetuju pun, ia dalam keadaan "duress". Inilah kesudahan kebanyakan perjanjian yang di bawa turun menerusi payung terjun dan tidak di rangka secara bersama.

    BalasPadam