Header Ads

ads header

Flash News

Lelaki Maut Selepas Terjun Dari Tingkat Atas Masjidil Haram


MAKKAH, ARAB SAUDI: Seorang jemaah nekad membunuh diri di Masjidil Haram, Arab Saudi, ketika solat tarawih sedang berlangsung.

Saudi News FR, menerusi entri di akaun Twitter rasminya melaporkan, siasatan awal mendedahkan lelaki berusia 26 tahun itu merupakan seorang warganegara Asia yang menetap di Eropah.

Rakaman kamera litar tertutup mendedahkan, lelaki tersebut terjun dari tingkat atas dan maut di tempat kejadian.

Mayat lelaki tersebut telah pun dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Memetik laporan Astro Awani pihak berkuasa Arab Saudi berkata, kenyataan mengenai kes tersebut akan dikeluarkan setelah siasatan polis selesai.

- Sinar Harian

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

Tiada ulasan