Header Ads

ads header

Flash News

Lima maut insiden tembakan di pejabat akhbar


ANNAPOLIS: Sekurang-kurangnya lima maut apabila seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di dalam pejabat akhbar Capital Gazette, yang berpangkalan di sini, semalam.

Menurut polis, seorang lelaki kulit putih bersenjata senapang atau senapang patah sudah ditahan untuk siasatan.

Suspek dipercayai bertindak bersendirian dalam insiden itu.

Saksi yang juga wartawan akhbar harian terbabit, Phil David menceritakan menerusi Twitter mengenai seorang lelaki menembak menerusi pintu kaca pejabat itu ke arah beberapa pekerja.
"Tiada apa yang lebih menakutkan berbanding mendengar beberapa orang ditembak ketika kamu berada di bawah meja lalu mendengar penembak mengisi peluru ke dalam senapangnya," kata Davis.

Pemangku ketua polis daerah Anne Arundel, Bill Krampf berkata, setakat ini, lima mangsa dilaporkan maut.

Sementara jurucakap polis, Leftenan Ryan Frashure, berkata tiga lagi mangsa dilaporkan cedera.

Eksekutif daerah Anne Arundel, Steve Schuh pula berkata, suspek tidak memberikan kerjasama sepenuhnya dan setakat ini pihak berkuasa masih gagal mengesahkan identitinya.

Dalam pada itu, Krampf berkata, pihak polis berjaya menemui dan menghapuskan bahan letupan yang dipercayai dipasang suspek pada bangunan setinggi empat tingkat terbabit.

Pada masa sama, 170 kakitangan yang berada di dalam bangunan itu berjaya dibawa keluar dengan selamat. - Agensi




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. awat admin takdak komen???

    BalasPadam
  2. Nama suspek adalah Jarrod Ramos. Tiada kaitan dengan terorism. Kalau Sheikh Ramon entah apa pulak perkataan dan ulasannya. Hmm

    BalasPadam
  3. Kalau yg tembak tu Islam abis semua Islam diambik tindakan keras cop pengganas

    BalasPadam