Header Ads

ads header

Flash News

Lompat parti bukan budaya politik Malaysia


KUALA LUMPUR: Lompat parti tidak boleh dijadikan budaya politik Malaysia, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Beliau berkata, ini kerana kesannya amat besar seperti tidak memberi kestabilan dalam politik dan pentadbiran negara.

Biasanya, kata beliau kurang daripada lima peratus pengundi memilih atas faktor peribadi atau faktor selain daripada dasar dan prinsip perjuangan parti.

“Budaya seperti ini boleh memberi imej negatif kepada bangsa Malaysia tidak amanah kepada mandat rakyat dan tidak boleh dipercayai,” ujarnya.

Tambahnya, seseorang calon sudah pasti dapat merasai apa juga suasana sebelum mengambil keputusan untuk menerima sebagai calon dalam pilihan raya.

Katanya lagi, lompat parti bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang melompat dan pengundi berkaitan malah dapat memberi implikasi tertubuhnya kerajaan tanpa mandat majoriti.

Justeru, ujar beliau sudah tiba masa Malaysia menggubal akta berkaitan lompat parti bagi menjaga kewibawaan bangsa dan melahirkan pemimpin yang berprinsip.

Semalam, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mengumumkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas menyokong kerajaan Pakatan Harapan - HARAKAHDAILY 25/6/2018


MR : Projek lompat parti beramai-ramai sedang diusahakan, tunggu sehingga tamat pemilihan UMNO....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Meskipun banyak yang digendong kehilangan namun Umno masih boleh berbangga kerana masih memiliki kerusi parlimen terbanyak. Dan kalau bersyukur, kerusi berkenaan mungkin akan bertambah.

    Namun kebanggaan bukanlah segala-galanya. Ada aspek lain yang tidak kurang pentingnya iaitu 'kolam'. Tak mengapalah di panggil 'katak' asalkan dapat berenang dalam kolam yang lumayan.

    BalasPadam

  2. Melompat parti hanya di anjurkan/digalakkan oleh orang yang gila kuasa.... dengan kuasa dia cuba mengugut lawannya supaya memehak kepadanya. Seperti apa yang berlaku di sesetengah kerajaan negeri.

    BalasPadam
  3. depa yang lompat ni adalah ahli politik "cari makan".. bukan berjuang utuk agama dan rakyat pun.. khianat pada amanah yang telah diberikan adalah salah satu ciri puak munafik.. pikiaq sendiri la..
    Wa'Allahualam..

    BalasPadam