Header Ads

ads header

Flash News

MAPIM Sokong Agong, Tak Setuju Lantik Tommy


KAMI menyokong Yang di-Pertuan (YDP) Agong dan Raja-raja Melayu yang menolak cadangan perlantikan Tommy Thomas yang dikatakan seorang pakar undang-undang Perlembagaan sebagai Peguam Negara (AG).

AG adalah antara jawatan awam yang sangat penting dalam kerajaan dan lazimnya selama ini dilantik dalam kalangan Melayu-Muslim.

Kami berpendapat tidak ada sebab kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu menukar status ini kerana kedudukan AG sangat penting dalam melihat perkembangan undang-undang sivil dan syariah di negara ini.

Malah YDP Agong sendiri telah memberi kenyataan bahawa baginda mahu AG menasihati baginda mengenai hal yang berkaitan dengan urusan undang-undang syariah. Mana mungkin AG yang bukan Islam mempunyai kredibiliti untuk menasihat YDP Agong mengenai hal tersebut.

Sementara YDP Agong perlu bertindak sesuai dengan nasihat kerajaan, Baginda mempunyai hak untuk mempersoal nasihat kerajaan, mengambil kira konteks negara, tugas dan tanggungjawab yang pelbagai serta hal-hal yang mungkin tidak dapat dikendalikan oleh AG.

Jika soal kepakaran dan integriti yang diutamakan, apakah tidak ada antara sedemikian ramai ahli undang-undang dalam kalangan orang Melayu yang tidak memiliki ciri integriti dan kepakaran yang diperlukan?

Pada era ini, negara sudah mempunyai ramai ahli undang-undang di kalangan Melayu-Muslim yang terbukti ada integriti dan penguasaan yang cukup mengenai undang-undang negara ini.

Kami juga menekankan perlunya seorang AG yang dilantik itu menguasai Bahasa Melayu pada tingkat yang munasabah. Mengendalikan bidang undang-undang negara dengan penguasaan Bahasa Kebangsaan yang lemah tidak layak diangkat sebagai AG.

Setakat yang kami tahu, Tommy Thomas tidak mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang baik. Jadi kelayakan beliau untuk jawatan AG adalah tidak mencukupi.

Hanya kerana beliau pakar undang-undang Perlembagaan tidak semestinya beliau yang terbaik untuk mengambil tempat sebagai AG.

Tugas beliau tidak harus hanya dilihat dari segi pendakwaan. Kerajaan yang mahu melaksanakan pendakwaan dalam isu 1MDB dan kes-kes berprofil tinggi tidak perlu melantik Tommy sebagai AG kerana ia boleh dilakukan oleh peguam cara atau Tommy boleh dilantik sebagai DPP untuk meneruskan pendakwaan bagi pihak kerajaan.

AG bukan hanya berfungsi untuk mendakwa. Perkembangan undang-undang di negara ini juga menjadi tanggungjawab AG.

Oleh kerana itu, kami berpendapat bahawa AG dari kalangan orang Melayu-Muslim yang perlu dilantik.

Kami mencadangkan mungkin bekas AG, Ghani Patail boleh menggalas jawatan itu dan polemik antara Perdana Menteri dan kerajaan dengan Agong dan Raja-raja Melayu dalam isu ini dapat diselesaikan.

Perubahan drastik dalam kerajaan PH terutama dalam posisi penting seperti AG perlu dilakukaun dengan cermat dan bijak.

Kerajaan jangan terlalu ghairah merubah pelbagai aspek dalam urus tadbir negara tanpa merujuk kepada implikasi dan sensitiviti lokal yang ada dikalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.

Mohd. Azmi Abdul Hamid,
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

2 ulasan:

  1. siapa di belakang mader cina tua nak ma....

    BalasPadam
  2. Ayuh kita bangkit menentang regime kafir kristian Evangwlist Harapan Baru /New Hope Mahathir

    BalasPadam