MAZA juga pandai mengetuk pintu pemerintah...
Suatu ketika, sewaktu beberapa ilmuan dilihat tampil disisi penguasa bernama Najib Razak, kedengaran dalil-dalil melarang keras perbuatan tersebut, walaupun ada perincian oleh ulama mengenainya.
Antara dalil popular yang menghiasi celaan mereka terhadap para ilmuan lain ketika itu ialah sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam
من أتى باب السلطان افتتن
“Siapa yang mendatangi pintu penguasa, maka ia akan terfitnah“.
(Jami' At-Tirmidzi, 2256).
Al Mudzhir berkata:
ومن دخل على السلطان وداهنه وقع في الفتنة
“Siapa yang mendatangi penguasa dan menjilat maka ia pasti jatuh kepada fitnah.."
(Tuhfatul Ahwadzi,6/533).
Perihal ulama yang bagaimanakah yang dikira menjilat pemerintah?
Al Qadli Iyadz memperincikan:
أي من غير ضرورة وحاجة لمجيئه
“Iaitu mendatanginya dengan tanpa darurat dan keperluan”
(Tuhfatul Ahwadzi Syarah Sunan At Tirmidzi)
Maka apakah darurat dan keperluan Dr. Asri (MAZA) terhadap Perdana Menteri ke-7?
Antara kisah yang dijaja MAZA dan para Mazabi ketika ilmuan lain mendekati pemerintah, ialah kisah ini.
Imam Malik (179 H) pernah diminta oleh Khalifah Harun Ar Rasyid untuk berkunjung ke istana dan mengajar hadits kepadanya. Tidak hanya menolak datang, ulama yang bergelar Imam Dar Al Hijrah itu malah meminta agar khalifah yang datang sendiri ke rumah beliau untuk belajar [Adab As Syari’iyah (2/52)]
Maka setelah naik pemerintah pujaan hati mereka, mengapa lain pula jadinya?
Sahabat baik beliau, Ust Maszlee Malik, merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, malah kini menyandang jawatan sebagai menteri kerajaan. Sedangkan jika ini dilakukan ilmuan lain, nescaya dicela "Ulama Anjing".
Inti pati dari artikel tulisannya tahun 2010 bertajuk,
"Apabila Ulama Disifatkan Sebagai Anjing"
.. dijadikan sebagai peluru oleh para Mazabi dan pembangkang ketika itu keatas ilmuan yang berada disisi pemerintah.
Mengapa 'Double standart'?
Justeru, apakah mereka ini ikhlas? Atau mereka hanya pandai "Shopping Fatwa" untuk mengangkat kepentingan peribadi mereka?
Wallahu a'lam...
Hadahullah...
MR : Apabila manusia suka mencari kesalahan orang lain dengan menggunakan pelbagai hadis akhirnya terjerut diri sendiri....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
matlamat dah capai
BalasPadamPenganut wahabi terlupa koreksi diri, asyik membidah umat. Sementelahan diyakini tasauf itu juga tiada dlm agama lalu disibukkan diri dengan menyuluh orang lain sedangkan hati sendiri telah berkarat dengan mazmumah.
BalasPadamTak percaya? Cuba search artikel atau youtube pengamal wahabi, ada atau tidak yang menyuluh kelemahan diri?
Dr.MAZA sedang beri penerangan pada TDM tentang hudud yang hendak dibawa oleh PAS. Selalu menggunakan hudud dizaman Umar Abd Aziz. Ingat Dr.MAZA, perbezaan zaman Umar dan zaman sekarang adalah bukan tentang perlaksanaan hukuman, tetapi ialah tentang kewujudaannya. Keliru lagi le TDM kalau penyampai nya pun keliru dan selalu su'zon terhadap PAS. Baik sangka akan membawa kepada kebenaran buruk sangaka akan selalu mencari keslahan. Wujud pun tidak nak bercerita pasal perlaksanaan hukum. WUjudkan dulu.
BalasPadamTinjauan Pendapat Tentang Isipadu Air Yang Perlu Diminum Dalam Sehari:
BalasPadamWartawan: "berapa banyakkah air yang perlu diminum setiap hari?"
Tabib 1: "2.5 liter, tuan"
Tabib 2: "saya pun sama, tuan"
Jurutera 1: "bergantung kepada cuaca, tuan: kalau panas, lebihkan sedikit"
Jurutera: 2: "saya setuju dengan Jurutera 1, dan sebaiknya gunakanlah penapis air Goway"
Ostad 1: "assala...yang sheikh, ya habibi, sesungguhnya hadith, bla, bla..air itu terbahagi kepada beberapa jenis...yang muhallazah..bla, bla...ameeen"
Wartawan: "berapa tu?
Ostad 1: "mengikut imam..., harus tapi ada yang kata makruh, bla, bla, tuan"
Ostad 2: "seperti yang disarankan oleh KKM, 2.5-3.5 liter, tuan"
Ulama su' (ulama jahat yang sesat dan menyesatkan) adalah manusia yang berpura-pura warak untuk menipu umat Islam dan menjual agama Islam untuk mendapatkan sedikit habuan dunia. Mereka ini menyokong dan menghalalkan kezaliman pemerintah ke atas agama Islam, rakyat dan negara.
BalasPadamMaka kita terkejut melihat ulama su' ini menyokong pakatan munafik sekular liberal dan kafir harbi yang telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam dan menghasut orang ramai mengundi pakatan tersebut dengan alasan kononnya umat Islam boleh mengundi dan melantik calon munafik dan calon kafir menjadi pemimpin sedangkan Allah dan RasulNya, Al-Qur'an dan jumhur (majoriti) ulama Islam mengharam umat Islam dari mengundi atau melantik calon munafik dan calon kafir menjadi pemimpin. Bukti:
Allah telah berfirman yang bermaksud:
(1) Aali 'Imraan : 28.
"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya terlepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasah) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali(mu)."
(2) An-Nisaa' : 144.
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?"
Nampaknya ulama su' ini adalah manusia bodoh sombong yang meremehkan perintah Allah dan RasulNya dan mengutamakan kehidupan dunia sahaja. Mereka tidak mengambil iktibar dari sejarah bagaimana puak munafik dan puak kafir menindas dan menzalimi agama Islam dan umat Islam apabila mereka mendapat kuasa politik. Contoh: Si kafir harbi Ahok yang telah dilantik menjadi gebenur Jakarta.
Dan ulama su' yang sama juga telah menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam yang telah menjadikan Al-Qur'an, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan PAS dan garis panduan perjuangan Islam PAS untuk menegakkan agama Islam dan membela hak umat Islam dan rakyat di negara ini.
SAMBUNGAN ....
PadamDan pada masa yang sama barua-barua @ cybertrooper ternakan pakatan dan pemimpin-pemimpin pakatan sibuk mencipta pelbagai fitnah untuk menghasut rakyat menolak perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam PAS dan menabur pelbagai janji palsu dalam manifesto pakatan untuk menipu rakyat menyokong dan mengundi pakatan. Maka tidak hairanlah pemimpin pakatan menentang RUU anti-berita palsu kerana pakatan tidak boleh menang tanpa berita palsu @ fitnah !
Akibatnya sebilangan umat Islam yang jahil murakkab telah terpengaruh dengan ulama su' dan fitnah dan janji kosong ciptaan pakatan maka mereka menyokong dan mengundi pakatan dan menolak perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU 14.
Akhirnya pakatan berjaya menubuhkan rejim pakatan yang terdiri dari ramai pemimpin kafir dan sedikit pemimpin Melayu maka puak kafirlah yang akan menentukan dasar rejim pakatan dan pemimpin Melayu termasuk PM terpaksa menjadi yes-man sahaja.
Rejim pakatan ini membalas undi rakyat dengan sengaja memungkiri semua janji pakatan dengan mencipta pelbagai alasan karut marut maka rejim ini adalah rejim munafik. Kasihan pengundi-pengundi pakatan hanya mampu menelan kahak sahaja !
Rejim pakatan ini bersikap prejudis terhadap agama Islam dan umat Islam apabila rejim pakatan memecat kakitangan awam termasuklah ustaz dan ustazah, peguam negara dan hakim yang terdiri dari kaum Melayu Islam dan menghina kaum Melayu Islam dengan dakwaan konon kaum Melayu tidak bermoral.
Dan sekarang puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi semakin berani melakukan provokasi secara terbuka terhadap agama Islam dan umat Islam dengan menghina ajaran Islam, ulama Islam, Agong, institusi Islam dll dan menafikan hak umat Islam. Bahkan mereka mendesak rejim pakatan menghapuskan institusi Islam seperti JAKIM, jabatan agama Islam dan peruntukan untuk program Islam.
Inilah akibat buruk apabila ulama su' bersekongkol dengan puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi.
Anas bin Malik ra. meriwayatkan sebuah hadis:
"Kebinasaan bagi umatku (datang) dari ulama su’, mereka menjadikan ilmu sebagai barang dagangan yang mereka jual kepada para penguasa masa mereka untuk mendapatkan keuntungan bagi diri mereka sendiri. Allah tidak akan memberikan keuntungan dalam perniagaan mereka itu." (HR al-Hakim).
payah sikit nak berhujah dgn maza and the gang ni..sbb klu dia kalah dia akan bukak dalil dalil yg berkenaan kilafiah antara sesuatu mahzab walau pun pendapat tu tidak popular..geng ni kena debat dgn dr zakir naik atau pun anak murid yg pernah menuntut dgn dr zakir..kerana hujah2 dr zakir amat bernas dan susah nak di patahkan..
BalasPadamDr maza tu satu hal...yg satu hal lagi dr danial...mcm bagus jer....
BalasPadamAku tunggu masa jer nak hentam dia kalu jumpa tgh jalan
Pendapat akulah..nik omar b nik abd aziz ada saham jg knp ahli2 pas n penyokong pas terutama di pantai barat mngundi ph..klu dia xjd calon n berkempen mnyokong ph..ahli2 n penyokong pas xkn begitu ramai mngundi ph dlm pru14..dia pon ada saham
BalasPadamMasaalahnya bila penilaian seseorang tidak dinilai berlandaskan nas nas, kalau tidak pasal apa kita nak sokong orang yang dosanya dah hampir hampir syirik pada Allah iaitu derhaka pada ibu bapa. Bila pemikiran dah tak berlandaskan Alquran dan Hadis apa bezanya ?
Padam