Header Ads

ads header

Flash News

MB Kelantan berkunjung ke pejabat Perdana Menteri


Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Mereka bertemu perdana menteri baru Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara dibincangkan mereka setakat ini belum jelas.

Dalam pertemuan itu dilihat juga penyerahan hadiah berupa seni khat disampaikan.

Gambar pertemuan itu dimuat naik di Facebook Mahathir sebentar tadi.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar pada 4 Julai lalu telah bertemu Mahathir, yang dikatakan bagi membincangkan permohonan negeri mendapatkan semula royalti minyak.


MR : Bila PAS jumpa PM ada yang marah, mereka ingat negara Malaysia ini negera harta mak bapak dia ke? Kerajaan pusat dan negeri perlu ada kerjasama barulah rakyat dapat manafaat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Itu hati yg terbuka. Bukan macam Husam dan Wan Rahim langsung tak kunjung MB Kelantan. Cakap kat Husam dan Wan Rahim, lepas raya ni jangan ego2. Ketepikan ego kepartian. Santun menyantun adalah amalan mulia. Tak tau la pulak, sibuk Sumbu jimat minyak kot

    BalasPadam
  2. "Bila PAS jumpa PM ada yang marah, mereka ingat negara Malaysia ini negera harta mak bapak dia ke? Kerajaan pusat dan negeri perlu ada kerjasama barulah rakyat dapat manafaat...."

    ConMen:

    Beritahu pada orang yang marah itu bahawa Putra Jaya tu bukan hak milik mana2 pihak dan duit mana2 parti tidak digunakan untuk pembinaannya. Ia milik semua. Makanya usah berlagak lebih sudu dari kuah.

    BalasPadam