Header Ads

ads header

Flash News

Muktamar Pas Kali Ke-64: Adakah Lagi Agenda Tahaluf Siyasi?


Dalam tempoh setahun dua sebelum PRU14, tulisan aku ada menyentuh tentang perlunya PAS mengadakan tahaluf siyasi dengan UMNO. Sebabnya adalah kerana aku tidak mahu melihat seperti apa yang terjadi pada hari ini. Seperti menjolok sarang tebuan, aku disengat oleh beberapa orang responden. Hari ini baru umat ini menggelabah dan melahirkan amarah apabila kedudukan Islam dan bangsa ini terancam.

Aku cuba membawa satu idea yang menjadi fobia bagi segelintir ahli PAS. Bagi aku, demi Islam (aku tegaskan, demi Islam) perlunya PAS dan UMNO merancang sesuatu dalam menghadapi PRU14. Namun ada yang memandang sinis. Agaknya mereka tidak menjangka PH mampu membentuk majoriti. Mereka hanya menyangka PAS mampu menjadi kingmaker yang berharga.

Apa yang aku nampak, PAS seolah-olah takut untuk bertahaluf dengan UMNO kerana bimbang ketidaksediaan ahli PAS menerima parti musuh yang hampir tenggelam itu. PAS takut berpecah lagi sehingga beranak pula BERJASA 2.0.

Memang aku lihat ada segelintir ahli PAS keras dan tegas tak bertempat. Wala’ dan istiqamah hanya bermain di bibir. Tak salah kita memberi pandangan. Tak salah masing-masing ada pandangan sendiri. Tetapi pandangan berjamaah yang diputuskan oleh Majlis Syura mestilah dipatuhi. Ini tidak. Ada yang berkata kalau bergabung dengan UMNO, aku keluar PAS. Memang sukar saf kepimpinan merancang halatuju parti jika perangai ahli PAS sendiri lebih sudu dari kuah. Lebih lajak dari laju.

PAS juga takut digelar tongkat UMNO. Berjaya juga PH dengan memainkan persepsi itu. Objektif PH ialah agar rakyat melihat PAS nak menolong Najib dan UMNO yang korup. Tapi apa yang aku nampak objektif utama PH ialah agar pemimpin PAS tidak berani berbincang dan berganding dengan UMNO dalam menghadapi PRU14. Kalaulah PAS berjaya bertahaluf dengan UMNO, peluang PH untuk menang kerusi di kawasan majoriti Melayu pasti tipis. Dan peluang PH untuk menawan Putrajaya akan gagal. Maka diulang-ulangkan PAS nak menongkat UMNO ini.

Di sudut lain, PAS dihantui sejarah silam. Ini adalah berpunca kesilapan pemimpin dulu juga. Kalau masih ingat, ahli-ahli PAS terkejut apabila DS Abdullah Badawi, mantan PM dan Presiden UMNO membocorkan pertemuan antara pemimpin tertinggi PAS dengan UMNO. PAS terkesan amat daripada sikap tak jujur Abdullah Badawi itu. Macam kijang terkena perangkap, sakit cedera tak tergambarkan. Inilah implikasi apabila kerja dilakukan secara berahsia.

Kali ini biarlah usaha menemukan PAS dengan UMNO menjadi agenda parti yang perlu dibahaskan di dalam muktamar pada September nanti. Kalau benar kita sayangkan Islam, marilah kita berfikiran terbuka, berlapang dada dan rasional. Bincang dulu. Duduk molek-molek. Apa yang PAS hendak? Apa yang UMNO mahu? Kalau boleh move on, teruskan sehingga jaya. Kalau ada tak kena, fikirlah apa yang patut dibuat.

Mengapa hari ini kita merintih dan bertempik? Bukankah apabila berlaku pertandingan 3 penjuru di kawasan majoriti Melayu yang agak sederhana terutamanya di Pantai Barat ( dalam keadaan PH memberi saingan sengit), PAS dan UMNO akan sama-sama melepas?

PH ada undi solid dari non muslim. Jadi bagi kawasan majoriti Melayu sekadar 60% - 80% tentulah yang untungnya PH. Pemimpin PAS tak pernah jangkakah selama ini? Adakah INVOKE Rafizi lebih tepat daripada culaan lapangan oleh PAS di era trafik tweeter yang menggila?

Memang umat ini menjangkakan kalau PH menang, habislah Malaysia. JAKIMnya, pesta araknya, wabak Siti Kassimnya, LGBTnya, Raja-rajanya, Islam liberalnya dan pelbagai lagi yang mengancam kedudukan Islam dan Melayu. Kalau sudah jangka, habis kenapa dibiarkan undi Melayu berpecah? Hari ini kita menanggung petakanya.

Jangan kita letakkan sentimen dalam membuat penilaian seperti mana jangan dijadikan fitnah untuk membentuk persepsi. Asal UMNO; dulu, kini dan selama-lamanya jahat. Itu anggapan kita. Habis kenapa kita boleh pula bertahaluf dengan DAP sampai dua kali dalam tempoh masa yang singkat. Kenapa tak kata DAP dulu, kini dan selama-lamanya jahat apabila mereka keluar daripada Barisan Alternatif ? Selang beberapa tahun, kita bertahaluf pula dengan mereka dalam Pakatan Rakyat. Nampak tak bahawa kita hanya keras dengan bangsa sendiri?

Kesimpulannya, bukalah lembaran baru dalam politik Melayu/Islam. Bawa isu ini ke dalam muktamar. Bahaskan secara berjamaah dengan idea yang konstruktif bukan destruktif. Kita bolehlah kata, bubar UMNO masuk PAS. Kalau semua masuk PAS dalam keadaan fikrah dan perangai berbeza, selesaikah masalah kita? Aku hanya lontarkan pendapat dari hujung kampung. Adapun pendapat dan keputusan jamaah itulah yang terbaik. Wallahu’alam.

#NekadBersamaIslam
#PRU15UntukPAS

BDA6/6/2018


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

7 ulasan:

  1. UMNO penuh dgn kurap. Kalau nak baik kurap.. rapat dgn org sihat takkan dpt hilangkan kurap tu. UMNO sendiri kena muhasabah dan cuba baikkan penyakit kurap diorang tu dulu sebelum berlagak sihat. Jgn guna macam2 alasan bila dah berkurap.. dah pengotor sebab tu kurap merebak. Bila dah sihat baru kita cerita pasal kongsi pakaian.

    BalasPadam
  2. Aku setuju begitu juga dgn pakatan harapan pn byk yg berkurap..satu acuan tetap sama..aku hanya harapan Pas untuk ubat kurap2 bn dan pakatan

    BalasPadam
  3. UMNO terlalu banyak mengkhianati PAS ...Ini adalah fakta dan sejarah...Kenapa hanya memikirkan kerjasama sekalang atas alasan melayu Islam.....sebelum ini umno lebih sayangkan MCA dan MIC dari bekerjasama dengan PAS..Jika sesama UMNO pun kita tak dapat bayangkan kekejaman seperti yang berlaku pada DSAI dan lain lain maka apa sangat terhadap musuh politik.Kes memali,rampasan royalti Terengganu dan banyak lagi diskriminasi dan buli angkara UMNO. PAS telah menunjukkan peningkatan sokongan dari rakyat walaupun bersendirian...tugas PAS ialah memperkasakan DHPP,melantik lebih ramai calon muslim dari kalangan cina dan india serta penyampaian maklumat yang komprehensif mengenai tawaran PAS kepada rakyat. Pemimpin PAS perlu do and don't serta lebih banyak menawarkan solusi dari meniru lagak pemimpin PH yang lebih suka menyalahkan pihak lain sebagai punca untuk mereka escape.Rakyat sekarang mengharapkan solusi atau alternatif setelah diberi mandat..bukan berita berita sensasi pemimpin melayu PH yang sombong dan mula lupa diri serta diperlembukan..tanda tanda ghairah skru agama orang melayu dan mula cari pasal dengan raja melayu untuk apa sebenarnya?

    BalasPadam
  4. Aku pun berseruju dengan dua komentor di atas... Orang Melayu mempunyai terlalu banyak parti.... Jadi kita terpaksa kurbankan satu.

    PAS juga memperjuang Melayu/Islam so tiada masalah, dan kita terpaksa kurbankan satu, supaya teguh.

    Saya mempunyai perdirian begini sejak 4 - 5 pru lepas : Kalau ada calon PAS says tetap undi PAS. Kalau tiada baru data undi BN.

    Nabi berjaya menggabungkan dua kaun Arab di Madinah dalam satu hadith yang mashor :-

    "Sekarang tidak ada lagi Aus dan Hajarat yang ada hanya Ansar"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun berseruju dengan dua komentor di atas... Orang Melayu mempunyai terlalu banyak parti.... Jadi kita terpaksa kurbankan satu.

      PAS juga memperjuang Melayu/Islam so tiada masalah, dan kita terpaksa kurbankan satu, supaya teguh.

      Saya mempunyai perdirian begini sejak 4 - 5 pru lepas : Kalau ada calon PAS says tetap undi PAS. Kalau tiada baru undi BN.

      Nabi berjaya menggabungkan dua kaun Arab di Madinah dalam satu hadith yang mashor :-

      "Sekarang tidak ada lagi Aus dan Hajarat yang ada hanya Ansar"

      Padam
  5. UMNO perlu total reform dgn mnyingkirkan perasuah & kumpulan liberal..Islam & Melayu perlu dpertahankan..Melayu bpecah sbb UMNO..Melayu ketinggalan jg sbb UMNO..UMNO songlap kesemua projek kerajaan utk kpentingn individu..pemimpin yg ada dlm UMNO hnyalah utk cari makan..UMNO sdr yg merosakkn akhlak bangsa Melayu..UMNO perlu dbersihkan & slps itu kt bsedia utk bersatu demi Islam & Melayu..wallauhalam

    BalasPadam
  6. Sy positif utk penyatuan tetapi UMNO perlu bersih dari kumpulan perasuah

    BalasPadam