Header Ads

ads header

Flash News

Najib serang Mahathir lagi, Jangan batal projek kerana saya


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan untuk melaksanakan projek pengangkutan awam, berbanding projek kereta nasional baharu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kerajaan sepatutnya meneruskan projek pengangkutan awam seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Tren Aliran Massa 3 (MRT3).

Katanya, langkah untuk mewujudkan satu lagi projek kereta nasional dengan melaksanakan semula langkah perlindungan hanya akan membebankan rakyat dengan kenaikan harga kereta dan kos pembiayaan.


"Semasa menjadi Perdana Menteri, antara keutamaan saya ialah mengurangkan harga kereta secara berperingkat dengan mengurangkan cukai serta memperkenalkan insentif, selain memperluaskan projek pengangkutan awam.

"Hasilnya, harga kereta ketika ini lebih rendah berbanding ketika saya mula menjadi Perdana Menteri, manakala penggunaan pengangkutan awam pula meningkat.

"Dalam jangka masa panjang, langkah memperbetulkan masalah legasi lalu ini akan menguntungkan rakyat dengan nilai ratusan bilion Ringgit, di samping menyediakan alternatif pengangkutan yang lebih cekap, kos efektif serta kurang kesesakan dan pencemaran.

"Jangan batalkan projek pengangkutan awam semata-mata kerana saya laksanakannya dan kembali kepada projek lama atas sebab maruah yang hanya akan membebankan rakyat," katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.

Najib mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan Malaysia akan memulakan projek kereta nasional baharu menerusi kerjasama dengan negara serantau lain, ketika sesi dialog Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia di Tokyo, hari ini.

Pengumuman Dr Mahathir itu turut mengundang kritikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menyifatkannya sebagai langkah regresif dan terkebelakang.

Sebelum ini, Dr Mahathir mengumumkan kerajaan memutuskan untuk membatalkan projek MRT3, manakala pembatalan HSR pula tertakluk kepada perbincangan dengan Singapura kerana implikasi kewangan yang tinggi.

- BH Online


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

1 ulasan:

  1. sebelum ini bukan sedikit kritikan yang dilontarkan terhadap Proton. daripada kesesuaian, harga kereta, kebaloian dan amalan kronism. sudah insafkah suara2 berkenaan?

    BalasPadam