Header Ads

ads header

Flash News

Otai Reformis: PKR tak adil pada Dr Idris


Otai Reformis 1998 mempertikaikan tindakan PKR yang sehingga kini didakwa tidak memberi keadilan kepada Dr Idris Ahmad selepas beliau terpalit dengan dakwaan penipuan dana Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Anggota Otai Reformis Abdul Razak Ismail berkata, beliau merasakan Pakatan Harapan terutamanya PKR tidak adil terhadap anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok.

Menurut Abdul Razak, selain tidak dimaklumkan bahawa beliau bukan calon menteri besar, Idris juga tidak diberi ruang memberi penjelasan atau membela diri kepada parti berhubung dakwaan berkenaan.

"Kita rasa tindakan terhadap Idris ini mengaibkan YB (yang berhormat) ini.

"Kita lihat PKR tak adil pada beliau. Sebagai seorang yang mempunyai profesion sebagai doktor pakar dan beliau sendiri pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, bagaimana orang parti sendiri menidakkan hak beliau.

"Kenapa Dr Idris tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Kenapa PKR dan HARAPAN tak beritahu Idris ditukar pada saat-saat akhir?" ujarnya pada sidang media di kediaman Dr Idris di Petaling Jaya hari ini.

Sidang media berkenaan turut dihadiri Dr Idris.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau ada menerima sebarang kunjungan atau dihubungi oleh pimpinan parti, Dr Idris dengan wajah kecewa menggelengkan kepala dan hanya berkata: "Tidak".

Sehubungan itu, Otai Reformis, yang dianggotai aktivis pendukung Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat pada 1998, menggesa PKR memberikan penjelasan berhubung perkara yang berlaku.

"Kami tuntut penjelasan dari pimpinan. Jangan bagi alasan supaya kami lupakan perkara lalu dan bergerak ke hadapan," ujarnga lagi.

Sehari sebelum menjelang hari mengangkat sumpah bagi menteri besar Selangor, Dr Idris didakwa menyeleweng dana PTPTN sebuah kolej swasta.

Bagaimanapun, ia dinafikan Dr Idris kerana beranggapan jumlah dakwaan penyelewengan itu tidak banyak sangat bagi dirinya yang merupakan doktor pakar di sebuah hospital swasta.

Dr Idris membuat laporan polis pada Isnin lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari dipilih dan mengangkat sumpah bagi memegang jawatan itu di Istana Alam Shah, Klang, kelmarin.


MR : Politik PKR politik 'binantang' kata veteran PKR, cuba lihat berapa orang pimpinan mereka keluar parti kerana isu pengkhianatan sesama sendiri....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. what goes around ... comes around..kan..dulu dr idris game kan tan sri khalid ibrahim..now..Allah bayar cash kat Dr idris balik...

    BalasPadam
  2. Dan a taste of own medicine ini akan berterusan hinggalah sampai pada hentian terakhir: PM-PENUNGGU yang akan terus tertunggu2.

    Bila dah sampai di situ barulah semua perasan, bila karekter kawan di rosakkan dan ia tidak di bantu, akan sampai masa bila PENUNGGU berdepan situasi sama, pihak yang sudah melaluinya akan pulangkan buah keras.

    Tunggu.

    BalasPadam