Header Ads

ads header

Flash News

Pandangan Saya Tentang Pas Sarawak


Apabila kita melihat suasana politik di Sarawak,orang Sarawak lebih memilih parti tempatan mereka.

Antara parti tempatan Sarawak terbesar ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB). Penguasaan parti ini selama hampir 60 tahun jelas menunjukkan bahawa orang Sarawak hanya mahu negeri mereka diperintah oleh parti Sarawak sendiri.

Indikator yang paling utama ialah meskipun BN sebelum ini menang di Sarawak,namun kemenangan mereka didasari oleh PBB dan bukannya UMNO.Jikalau PBB keluar dari BN,maka BN pasti menghadapi laluan sukar untuk bertapak di Sarawak.

UMNO,MIC dan MCA ditolak di Sarawak kerana ia adalah parti Semenanjung.Perkara yang sama turut dialami oleh Pakatan Harapan dan PAS.

DAP hanya berjaya menang di kerusi bandar yang bermajoriti penduduk cina manakala PKR hanya mendapat sambutan di beberapa kawasan yang anti BN.

Oleh itu,PAS perlu melakukan anjakan paradigma dengan memisahkan PAS Sarawak dari PAS Pusat.Jenamakan semula PAS Sarawak dengan nama Parti Darul Hana dan PDH perlu menyertai Gagasan Sejahtera.

Insya Allah,rakyat Sarawak akan melihat PAS Sarawak atau PDH bukan lagi parti dari semenanjung sebaliknya parti tempatan Sarawak.Dengan ini,rakyat Sarawak akan mudah untuk menerima keberadaan parti ini di Sarawak.

Wallahu a'lam

Semoga suara hati ini dapat dibawa ke Muktamar Agung PAS nanti untuk dibahaskan.Insya Allah

Amir Syahiran

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

6 ulasan:

  1. Semangat kenegerian semulajadinya tidaklah setebal bilamana ianya ditanam dan dibajai secara berterusan.

    Dan bila suatu semangat itu tebal maksima, masa yang panjang diperlukan untuk menipiskannya.

    Pepatah Inggeris - can't beat, join - mungkin pendekatan paling praktikal.

    BalasPadam
  2. Parti Darul Hana... sedap namanya.

    BalasPadam
  3. Hanya org arab mekah yg tahu lorong lorong di mekah,, ,, antara bait pribahasa .... Setuju dgn pandangan tersebut buat rakyat Sarawak

    BalasPadam
  4. Maaflah,,,pas bukanlah kemaruk sgt kuasa dunia,,,mmg bertanding dlm pru prn untuk kuasa,,tapi yg paling penting islam yg pas perjuangkan,,,,tiada istilah pemisahan hanya kerana org takut dgn pas semenanjung,,,setiap kali prn pas mendapat pertambahan undi bermakna penyokong pas makin bertambah,,org tolak pas bukan kerana semenanjung atau islam tapi kerana mereka tak kenal pas,,,in sya allah pas pasti akan berjaya hanya masa akan menentukan bila dan bagaimana semua kudrat Allah,,,kerja pas usaha tarbiah manusia supaya kenal islam dengan betul bukan kenal pas sebab pas hanya agen untuk menyebarkan kesyumulan islam ini

    BalasPadam