Header Ads

ads header

Flash News

PAS bersedia hadapi PRN: Mahfuz masih bermimpi


1. Andainya PRN menguntungkan PH dan akan mengakibatkan PAS kehilangan kerusi di Kedah, Mahfuz patut meyakinkan PH untuk segerakan pembubaran DUN Kedah untuk beri laluan kpd PRN.

2. Usaha YAB MB Kedah mengadakan perbincangan dengan PAS dan BN di Kedah dalam isu pelantikan speaker adalah bagi menyelamatkan kerajaan 50% kerusi PH yang sangat rapuh.

3. Adakah Mahfuz lupa PH hanya memperolehi 38% undi dalam PRU 14 di Kedah, dan masih ada 62% pengundi yang tidak mempercayai PH?

4. Dengan pencapaian sifar dalam manifesto PH di peringkat pusat dan negeri setakat ini, rakyat sudah mengenali PH tidak mampu melaksanakan janji mereka sendiri, tetapi hebat bermain politik persepsi dan melaungkan slogan-slogan retorik.

5. Masalah yang timbul selepas PH membentuk kerajaan nampaknya lebih kronik berbanding rekod buruk BN sebelum ini.

6. Rakyat semua tahu PH sedang bercakaran sesama sendiri dalam isu perebutan jawatan dan kedudukan dalam kerajaan. Rakyat yang muak dengan budaya berebut kedudukan akan menolak PH dalam PRN nanti.

7. Dalam konteks Kedah, sehingga kini belum ada apa-apa perubahan, kemajuan dan perkara baru yang dibawa oleh PH, melainkan hanya menyambung kerja kerajaan BN yang meniru program-program kerajaan PAS 2008-2013.

8. PH dan BN di peringkat negeri sama sahaja dalam hal bergantung penuh kepada  peruntukan kerajaan pusat untuk melaksanakan pembangunan. Berbeza dengan PAS 2008-2013, kita laksanakan sendiri dengan keupayaan kewangan kerajaan negeri.

9. Kenyataan Mahfuz menzahirkan ketakutan beliau kepada PRN, mendorong beliau melakukan reverse psycology untuk menakutkan PAS.

10. PAS sentiasa bersedia menghadapi PRN dengan kekuatan kita sendiri. PH boleh mengadap Tuanku Sultan Kedah pada bila-bila masa memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN Kedah.

11. Walaupunbagaimanapun, PRN masih menjadi pilihan terakhir jika cadangan PAS sebelum ini (kerajaan perpaduan) dapat diterima oleh PH. Ia boleh dimulakan dengan menerima Speaker daripada PAS, diikuti rombakan exco untuk melantik wakil2 semua parti menganggotai Kerajaan Negeri. ADUN2 PH dialu-alukan untuk mengundi calon speaker daripada PAS pada 4 Julai nanti untuk mengelak PRN.

12. PAS berkeyakinan akan memenangi lebih 2/3 kerusi DUN jika PRN diadakan.

Muhammad Sanusi Md Nor
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah
Adun Jeneri


MR : Mahfuz ni lebih UMNO daripada UMNO, lebih Mahathir daripada Mahathir....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan