Header Ads

ads header

Flash News

PAS serah calon Speaker Dun Kedah


ALOR SETAR: PAS menyerah nama calon bagi mengisi jawatan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah.

Senarai nama itu diserah Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor yang juga Adun Jeneri, kelmarin.

Hadir sama di Pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kedah ialah Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abdul Samat.

Sanusi berkata, senarai nama itu diserah kepada pihak kerajaan memandangkan persidangan Dun Kedah akan berlangsung pada 4 Julai ini.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas Pakatan Harapan (PH) yang menggabungkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara memenangi 18 kerusi Dun.

Manakala PAS pula menang 15 daripada 36 kerusi yang ditandingi. BN pula menang 3 kerusi. Ini menjadikan kedudukan kerusi Dun setara iaitu 18 kerusi antara PH dan pembangkang. - HARAKAHDAILY 21/6/2018



MR : Politik Kedah menjadi celaru kerana PH membohongi sultan kononnya mereka mempunyai majoriti mudah sedang hakikatnya tidak....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan