Header Ads

ads header

Flash News

Perlantikan menteri lambat, faktor Mahathir atau PH?


KERAJAAN baharu Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah berkuasa selama lebih sebulan sejak menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Tetapi kerajaan masih dibelenggu perbezaan dalaman antara parti-parti komponen hingga belum mampu melantik anggota Kabinet yang sempurna sebagai sebuah kerajaan persekutuan.

Tempoh sebulan ialah satu masa yang lama dan sepatutnya sudah cukup untuk parti-parti komponen PH berunding untuk memilih calon paling sesuai di kementerian-kementerian penting.

Semasa hendak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Mahathir dengan tegas berkata negara tidak boleh lama tidak mempunyai perdana menteri.

Sekarang ini, negara sudah lebih sebulan tidak ada menteri-menteri yang menjaga hal ehwal kebajikan rakyat kerana parti-parti politik yang memerintah belum dapat membuat keputusan.

Pada masa majoriti rakyat negara ini menyambut Ramadan dan Syawal, tidak ada menteri yang bertugas menjaga hal ehwal pengguna untuk sekurang-kurangnya mengawal harga barang.

Hal ehwal agama Islam juga masih tidak ada menteri yang dilantik untuk menguruskan pentadbiran agama seperti yang sudah lama terlaksana menurut perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Apa yang disibukkan ialah perancangan untuk mengkaji semula Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan entah apa lagi yang berkaitan dengan pentadbiran agama di Malaysia.

JAKIM dan seluruh pentadbiran agama Islam sudah lama menjadi sasaran mereka untuk dilemahkan atau dihapuskan, berdasarkan apa yang mereka cakap selama ini.

Amat naif kalau niat dan pendirian sebenar mereka dalam hal ini terlepas daripada perhatian umat Islam yang prihatin.

Ini bermakna semasa umat Islam menyambut Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, hal ehwal agama ini berlaku dalam keadaan tidak ada ketua yang menjaga pentadbirannya.

Yang paling menarik perhatian ialah ketiadaan menteri luar pada masa negara sedang melalui suasana serantau yang mencabar melibatkan kuasa-kuasa besar serantau dan hubungan dengan negara-negara jiran terdekat.

Isu pelaburan China, hubungan dengan Jepun, tuntutan Pulau Batu Puteh, dan pelbagai isu yang timbul terutama ketidakpastian hala tuju kerajaan baharu ini semua memerlukan peranan seorang menteri luar.

Kenapa Perdana Menteri tidak melantik menteri luar pada masa ini? Sebabnya ialah Mahathir tidak mahu agendanya dalam masa terdekat ini “diganggu” oleh seorang menteri luar.

Mahathir, sebagai seorang pemimpin yang dominan dan beragenda besar, mahu mempunyai kawalan penuh terhadap langkah-langkahnya, daripada langkah batal projek China hingga langkah Jepun.

Isu-isu dasar luar ini semua dikawal dan dilaksanakan sendirian oleh Mahathir kerana beliau mempunyai perancangan dan matlamat yang jelas apa yang dimahukan.

Tanpa seorang menteri luar, soalan wartawan dan rakyat hanya akan ditujukan pada Mahathir dan bukan menteri luar yang mungkin akan memberikan jawapan yang berbeza dengan apa yang Mahathir mahukan.

Mungkin juga supaya tidak mengalih perhatian daripada dirinya, seorang PM yang aktif dalam hal ehwal antarabangsa yang sedang ligat di arena serantau.

Point pentingnya, Mahathir ialah seorang pemimpin berpengalaman, dan beliau bersedia melakukan apa sahaja untuk mencapai agendanya.

Inilah yang menjadi sebab kenapa banyak kementerian yang boleh “mengganggu” agenda-agenda pentingnya seperti menteri luar masih belum dilantik dan beliau bergerak secara “one-man show”. – MYNEWSHUB.CC



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

1 ulasan: