Header Ads

ads header

Flash News

Politik “Aneh” di Terengganu


Sama ada tuan tuan suka atau tidak, sepanjang 3 minggu pertama pemerintahan kerajaan2 baru di Malaysia, kita cukup susah mendengar perkara perkara selain positif tentang apa yang berlaku di Terengganu.

Iklim politik negeri saya ini cukup sejuk dan menenangkan. Terengganu adalah negeri terawal membentuk kerajaan dengan MB dan barisan exco mengangkat sumpah dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman kemenangan rasmi. Tiada ayam laga yang bertarung dan pergelutan kuasa juga tidak berlaku. Berbeza dengan kerajaan Pusat. Aneh.



Beberapa hari selepas tu, bekas Menteri Besar DS Ahmad Razif pula melakukan serah tugas rasmi kepada Dr Samsuri. Serah tugas perjawatan ini sangat susah dilihat bila melibatkan parti yang berlainan. Ia kemudian menjadi contoh ikutan menteri menteri di peringkat Pusat. Aneh.


Faktor penenang seterusnya berlaku apabila Dr Samsuri menyantuni lawatan Pengerusi PH negeri iaitu YM Raja Bahrin. Membawa bersama komitmen bagi membantu memulihkan projek projek gajah putih di negeri ini. Raja Bahrin ialah antara arkitek terawal di negeri Terengganu, ketika arkitek masih dikenali sebagai 'Master Builder". Aneh.

Kebiasaannya dahulu, pertukaran MB walaupun melibatkan parti yang sama akan menyebabkan pertukaran pegawai pegawai tinggi kerajaan. Sebahagiannya di "sejuk bekukan". Hal ini tidak berlaku kali ini. Pentadbiran berjalan seperti biasa dengan suasana politik kasih sayang yang diterapkan oleh kerajaan baru. Malahan kerajaan negeri tidak langsung mencurigai kesetiaan pegawai2 kerajaan walaupun berbeza pendirian politik. Berbeza dengan kerajaan Pusat apabila PM sendiri mengeluarkan kenyataan sidang media menuntut kesetiaan pegawai kerajaan. Seolah olah ramai pegawai kerajaan ini adalah pengkhianat negara. Aneh.

Lantikan lantikan politik oleh kerajaan lama tidak dipecat seperti yang berlaku di Pusat. Tugas berjalan seperti biasa dengan sebahagiannya mengalami perubahan skop tugasan. Aneh.


Pentadbiran baru langsung tidak menghentam kerajaan lama. Kesalahan kerajaan lama bukan sedikit dan ia menjadi rahsia umum rakyat. Hutang kerajaan negeri melebihi RM 800 juta (rujuk di sini) atau yang ketiga tertinggi selepas Pahang dan Kedah. Tetapi pentadbiran baru langsung tidak bercakap mengenai hutang tinggalan BN. Malahan meneruskan pelaksanaan manifesto manifesto dalam keadaan kekangan kewangan yang tidak berada pada tahap sepatutnya. Setakat 3 minggu pertama, sekurang kurangnya 4 daripada 20 manifesto telah dilaksanakan dengan komitmen pelaksanaan 1 manifesto setiap minggu. Kerajaan negeri langsung tidak menggunakan alasan kewangan yang tenat atau "menambah nambah" jumlah hutang semata mata untuk mengelak melaksanakan janji pilihanraya. Aneh.


Kebiasaannya dahulu apabila berlaku pertukaran MB walaupun daripada parti yang sama, projek MB sebelumnya akan rosak dan terabai. Tuan tuan boleh lihat apabila DS Ahmad Said menjadi MB pada 2008, Projek Taman Ilmu yang menjadi pet project DS Idris Jusoh terabai dan menjadi gajah putih. Apabila DS Razif menjadi MB pada 2014, maka pet project DS Ahmad pula terbengkalai seperti Zoo Kemaman dan Pulau Bebas Cukai Kenyir. Sekarang, walaupun parti pemerintah telah bertukar, pentadbiran baru berusaha menyelamatkan semua projek projek ini tanpa langsung mengeluarkan kenyataan menyalahkan pentadbiran lama. Lawatan2 rasmi ke projek projek sakit dan menyakitkan hati ini berlaku dan perancangan membetulkannya dibuat tanpa menjajanya kepada umum. Tiada usaha mengambil political mileage  dari isu ini. Aneh.


Di saat logo logo 1 Malaysia yang menjadi prinsip kerajaan Ds Najib ditanggalkan dengan tergesa gesa di pejabat kerajaan persekutuan, perkara sebaliknya berlaku di Terengganu. Logo TTB (Transformasi Terengganu Baharu) cetusan politik kerajaan lama masih lagi tersergam di sebahagian besar pejabat agensi kerajaan negeri. Pentadbiran lama tidak mengupah kontraktor atau kren bagi membuang logo logo ini ke tong sampah. Aneh.


Di saat kerajaan pusat membatalkan projek projek mega yang telah dirancang oleh kerajaan BN sehingga ke tahap sanggup membayar pampasan ratusan juta ringgit, hal sebaliknya berlaku di Terengganu. Saya bagi satu contoh. Saya terlibat dalam perancangan satu projek mega di negeri ini. Apabila kerajaan negeri bertukar, kami merasakan ia adalah satu penamat memandangkan projek tersebut adalah salah satu modal pilihanraya BN Terengganu. Peliknya apabila perjumpaan dengan MB baru berlaku, beliau sangat berminat untuk meneruskan projek ini dan prosedur untuk menjayakan projek ini lebih mudah dengan kerajaan baru berbanding birokrasi kerajaan lama. Aneh.

Kebiasaannya ahli politik akan banyak bercakap dari bekerja. Tuan tuan boleh lihat bagaimana kerajaan persekutuan mengadakan sidang media hampir setiap hari. Sebahagiannya macam tak ada faedah melainkan buat modal "bergaduh mulut" dengan parti pembangkang (BN).Berbeza pentadbiran negeri Terengganu, lawatan MB pun kadang kadang disenyapkan supaya gambaran masalah sebenar diperoleh. Bila dah tahu punca, senyap senyap pula balik ke pejabat selesaikan masalah tanpa membuat kenyataan media menyalahkan si A atau si B. Aneh

Politik yang menenangkan sememangnya aneh di negara ini.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Sumber FB
......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

17 ulasan:

  1. beza politik matang sejahtera dgn politik RIMBA/BARBARIAN

    BalasPadam
  2. Ye betul..ph dn bn..rimba style..

    BalasPadam
  3. Ye la nak buat macamana kat pantai barat ni politik dendam...punah la harapan rakyat.Tahniah untuk kerajaan Terengganu dengan kerajaan negeri yang baru dibawah Pas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rakyat yg celik hati yg mahukan kebenaran melihat/menilai . mari lakukan perubahan PRU15. kami sudah merasainya ANDA bila lagi JOM UBAH.

      Padam
    2. kat belah sini kami 15 org jeee yg jom ubah ... jenoh laa... main dgn geng2 mata niii ... nasib bpms our prinsip tidak kalu mau besepah bahasa wa keluag kat sini..

      Padam
  4. alhamdulillah semoga ALLAH menurunkan rahmatNYA kepada negeri terengganu dan rakyat membuka mata dan hati utk menilai

    BalasPadam
  5. Diharap PH buka mata, kononnya mereka mendakwa lebih beramal dengan nilai Islam.Barisan pimpinan PH tiada ROH Islam. Hari2 tunjuk buruk kerajaan lama untuk gambarkan ketenatan kantong kewangan Pusat. Bermain emosi rakyat mohon derma konon tiada duit untuk elak janji-janji manifesto. Jika kerjaan BN dahulu pernah menipu, apakah tidak mungkin PH juga demikian? Rakyat akan menilai diantara kerajaan yang mempunyai roh Islam atau tidak selepas 100 Hari.

    BalasPadam
  6. hari hari bikin drama pecah panggung. pengundi 5 juta kan suka tgk drama koliwood drama linangan air mata

    BalasPadam
  7. dlm youtube byk citer2 fitnah ttg pas dan pemimpin parti dgn komen2 maki hamun drpd pembaca yg melayarinya.ini satu faktor kekalahan pas di pantai barat kerana jika di lihat jumlah tontonan satu2 video tu melebihi sehingga 400ribu..kebykan yg melayarinya tak mustahil terdiri drpd pengundi muda..syukur pengundi muda di pantai timur masih istiqamah utk tidak menpercayai fitnah2 yg dilemparkan itu..dgn jumlah tontonan inilah sebuah pertubuhan yg di naungi Rafizi ( invoke) dgn yakin yg pas akan bungkus tanpa satu kerusi pun di semenanjung termasuk di kelantan..harapan aku semoga apabila terdapat sesuatu isu fitnah yg tersebar di laman you tube mereka.maka hendak lah kita beramai2 menyangkal kan firnah itu dgn masukan komen2 positif bagi mengimbangi komen2 nagatif yg klu di lihat di sesuatu you tube itu melebihi 90peratus..maka klu ada komen2 yg positif ini sedikit sbyak dapat membuat pelayar2 internet ini utk berfikir semula drpd menerima sesuatu fitnah itu bulat2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kena counter fitnah ni sedaya mungkin

      Padam
    2. Betul tu, tulis yg positif

      Padam
  8. bapak borek anak rintik @bapak kencing berdiri, anak kencing berlari

    BalasPadam
  9. BPMS... betul2 memberi impak pada pandangan penduduk pantai barat terhadap Ter & Kel... Allahu Akbar

    BalasPadam
    Balasan
    1. MASIH ADA PELUANG pru 15, jom ubah

      Padam
  10. Ini satu contoh yang terbaik mengenai keindahan Islam yang sentiasa mengalakkan umatnya sentiasa mengeratkan Ukhwah sesama kita,tidak berdendam,pemaaf,sentiasa bersangka baik dengan maktlamat ia dapat mengukuhkan perpaduan sesame umat Islam.

    BalasPadam
  11. Bezanya adalah :

    Kerajaan Pusat kena Cari paras sebenar keberhutangan Negara untuk memastikan Yang mana hutang yg dah matang dulu untuk dibayar. Hutang2 pulak dok sembunyikan Di merata fail2 rahsia. Kalau x establish hutang, macam mana nak rancang Pembangunan Negara kalau x x tahu berapa duit berbaki drpd basil Negara.

    Kerajaan Negeri X perlu risau, sebab berhutang kepada Kerajaan Persekutuan. X cukup suit lagi, mintak hutang lagi drpd Kerajaan Persekutuan. Yang pecah kepala Kerajaan Persekutuan nak Kena fikirkan nak cari duit kat mana nak bagi Kerajaan Negeri.

    Liabiliti Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat.

    Liabiliti Kerajaan Pusat kepada bank2, badan2 kewangan Tempatan dsbgnya...

    Jadi, salah kah Kerajaan Pusat bising Dan risau memikirkan masalah hutang Negara ? Kalau Kerajaan Negeri X bayar 839 juta kepada Kerajaan Pusat, X ada rakyat yang akan marah. Tapi kalau Kerajaan Pusat X bayar hutang drpd peminjam, implikasi besar...jom fikir

    BalasPadam