Header Ads

ads header

Flash News

Rais Yatim sertai BERSATU


Bekas pemimpin veteran Umno Tan Sri Rais Yatim secara rasmi diumumkan menyertai parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Pengumuman itu dibuat oleh pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohammad di hadapan lebih 1,000 anggota BERSATU pada majlis berbuka parti itu di Putrajaya.

Sewaktu pengumuman itu dibuat Rais turut diberikan kad keahlian BERSATU oleh Dr Mahathir.

Dengan pernyertaan Rais ke dalam BERSATU, keanggotannya dalam Umno secara automatik digugurkan.

Awal Mei lalu status keanggotaan Rais dalam Umno dipersoalkan ekoran kelantangannya mengkritik kerajaan terdahulu.

Ekoran itu Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Rais menghadapi siasatan dalaman berhubung tindakan tersebut.

MR: Rais Yatim ini adalah orang yang pernah "bakar jambatan" (istilah tak akan kembali) semasa bersama Tengku Razaliegh lawan Mahathir. Orang politik hampir semuanya lidar bercabang, percakapan tak boleh dipercayai.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

4 ulasan:

  1. Pandai dia cari makan ya!! Lepas ni apa pulak jawatan dia agaknya?

    BalasPadam
  2. dah bena jambatan baru kali ini jambatan besi kalau roboh dgn dia sekali

    BalasPadam
  3. berapa kali da bakar jambatan?

    BalasPadam