Header Ads

ads header

Flash News

Rosmah hadir siasatan skandal SRC International


Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 10.45 pagi.

Rosmah turut diiringi anak perempuan beliau Nooryana Najwa Najib, menantu lelakinya Daniyar Keesibayev dan barisan peguam.

Beliau hadir untuk memberi keterangan dan bagi membantu siasatan berhubung kes membabitkan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Perkembangan hari ini adalah susulan sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Taman Duta pada Jumaat lepas untuk menghantar notis meminta anggota Parlimen Pekan itu hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sejak awal pagi, media tempatan dan antarabangsa berada di pekarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan.

SRC International merupakan anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

1 ulasan:

  1. Kalau dulu bolehlah dikritik ikut sedap mulut pengkritik, tetapi setelah jadi orang biasa, puan ada keistimewaan yang lain dari sebelum itu.

    Selain dari itu, prinsip ini akan dipakaikan buat puan: "tertuduh tidak bersalah selagi mahkamah tidak mendapati tuduhan bersalah".

    Paling istimewa, sesungguhnya status sekarang akan menyebabkan puan jadi lebih 'kaya', apabila setiap kali si mulut becok dan fitnah buka mulut, sekian-sekian 'harta' mereka akan dipindahkan kepada puan.

    Cukup masa, si mulut becok dan fitnah akan ke'muflis'an dan puan pulak jadi di sebaliknya. That is the real KURMA.

    BalasPadam