Header Ads

ads header

Flash News

Saya tak merangkak untuk jumpa Dr M, kata Zahid


PETALING JAYA: Pemangku presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau merayu Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengatur pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, 9 Jun lalu.

Beliau turut menyifatkan Khairuddin yang juga bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan sebagai penipu.

“Saya tidak pernah merangkak dan bukan saya yang meminta untuk berjumpa Tun Dr Mahathir.

“Datuk Khairuddin yang menuduh saya, penipu itulah yang sebenarnya menghubungi dan mengatur perjumpaan dengan Tun Dr Mahathir,” katanya dalam Facebooknya malam tadi.

Terdahulu, Khairuddin dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, Zahid menghubunginya supaya mengatur perjumpaan dengan pengerusi PH itu.

“Selepas beliau merayu kepada saya untuk berjumpa Dr Mahathir, saya susun untuk beliau berjumpa perdana menteri,” kata Khairuddin.

Bagaimanapun, Zahid dalam ucapannya kepada ahli Umno Selangor kelmarin berkata, pertemuan itu dibuat atas permintaan Dr Mahathir.

“Bukan saya yang minta bertemu, tetapi saya dijemput untuk bertemu,” kata Zahid.

Calon presiden Umno itu juga berkata, Dr Mahathir meminta ahli Umno menyertai PPBM dalam pertemuan mereka pada awal bulan ini.

“Apa yang disebut oleh perdana menteri, antaranya beliau meminta supaya ahli Parlimen Barisan Nasional, khususnya Umno untuk menyertai PPBM atau parti Bersatu, saya menjawab dengan tegas tidak ada jalan bagi kita untuk menyertai parti berkenaan,” kata Zahid.

Pada Khamis, Zahid turut menafikan meminta nasihat Dr Mahathir untuk menguruskan parti itu dalam pertemuan awal bulan ini kerana beliau dan rakan dalam Majlis Tertinggi tahu cara menguruskan Umno tanpa perlu campur tangan pihak ketiga.

Zahid dalam catatan Facebook malam tadi berkata, apa yang disampaikan dalam ucapannya kepada ahli Umno kelmarin adalah benar dan orang luar tidak perlu masuk campur.

“Saya berkata benar kepada ahli-ahli Umno. Orang luar tidak perlu masuk campur dan membuat pelbagai andaian dan dakwaan apa yang saya sampaikan demi kepentingan dan kebaikan Umno.”


MR : Zahid.. Hari itu semasa Mahathir keluarkan kenyataan akhbar yang mengatakan dia minta nasihat tak ada komen bantahan. Diam je macam kayu dan beriya-riya update gambar kat instagram......


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

7 ulasan:

  1. Dah macam kat negara Maju, kalau nak jumpa pembesar kena buat appt dengan pendobi (aka:lobi) terlebih dahulu. Keh keh keh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sib baik GST sifar. Kalau masih ada, yuran perkhidmatan dobi akan ditambah 6%. Untung tuan punya badan.

      Padam
  2. mana satu betul buat malu company

    BalasPadam
  3. Walau apa pun ZH tak perlu jumpa Tun. Lainlah hal dengan TGHH, PAS dan PH kedua2 nya menang.... So mereka mereka keduanya menang dan setaraf.

    BalasPadam
  4. tak tahu sapa yg berkata benar..elok buat sumpah laknat lah..ada berani ka

    BalasPadam
  5. tak tahu sapa yg berkata benar..elok buat sumpah laknat lah..ada berani ka

    BalasPadam
  6. dulu tilam diusung jd saksi .... skrg sofa boleh la usung jd saksi.... Hehe

    BalasPadam