Header Ads

ads header

Flash News

Skandal RM9.41 billion: 88% dah bayar, projek hanya siap 13%


Kementerian Kewangan mendedahkan menemui satu lagi skandal daripada fail merah membabitkan nilai RM9.4 bilion yang dipercayai mempunyai hubung kait dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Jho Low.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata skandal itu membabitkan syarikat Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) yang mana sudah membayar 88 peratus atau RM8.3 bilion walaupun hanya 13 peratus kerja yang sudah siap dilakukan.

Katanya, SSER adalah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada 19 Mei 2016 bertujuan menjalankan dua projek berasingan iaitu Multi Product Pipeline (MPP) dan Trans Sabah Gas Pipeline (TGPP) yang diluluskan Kabinet pada 27 Julai 2016.


"Kontrak kedua-dua projek ini diberikan kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) pada 1 November 2016.

"Setakat ini, sebanyak RM8.25 bilion atau 88 peratus daripada keseluruhan nilai projek sudah dibayar kepada CPPB walaupun hanya 13 peratus kemajuan projek direkodkan," katanya pada sidang media di Kementerian Kewangan di sini, sebentar tadi.

Semua projek-projek syarikat Cina dirundingkan atas tangan siapa? Siapa untung? Semua duit pergi mana?


Bukankah sebelum ini Arul Kanda dan Ketua Polis Negara telah menafikan bahawa Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB.

Adakah Arul Kanda dan Ketua Polis Negara telah menipu dgn keterangan yang salah ??!

Under whose hands were all these projects with Chinese firms negotiated? Who profited? Where did the money go?



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

2 ulasan:

  1. hayun bang lagi boleh... bikin gempag abis2... then hempok ... ingat kes raja2 , kes anuar ibrahim, memali, same modus operandi...

    BalasPadam
  2. Kalau ada unsur rasuah, laporkanlah kepada SPRM. tak guna lapor pada media. Gaji di bayar untuk buat tugas hakiki, bukan untuk tampung mulut tempayan. Kah kah kah

    BalasPadam