Header Ads

ads header

Flash News

Spekulasi Najib Ditangkap: Wartawan Berkumpul Di Luar Rumah Najib


KUALA LUMPUR – Lebih 30 pengamal media berkumpul di luar kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini berikutan desas-desus bekas perdana menteri itu akan ditahan malam ini.

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi menyangkal perkara itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyatakan perkara sama apabila Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull ketika dihubungi berkata pihaknya tidak bercadang membuat serbuan atau menangkap Najib pada masa ini.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan kediaman bekas perdana menteri itu masih dikawal ketat oleh pihak polis dengan balai polis bergerak ditempatkan di situ.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib berhubung penyelewengan berbilion ringgit daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu Najib turut disiasat oleh SPRM berhubung kes SRC International Sdn Bhd, sebuah lagi syarikat yang terlibat dalam isu 1MDB.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini. – BERNAMA


MR : Sebaik-baiknya Najib perlu diadili, bukan biar begitu dengan pelbagai tohmahan. Islam mengajar kita seseorang tidak akan bersalah selagi tidak didapati bersalah. Untuk menyatakan kesalahan Najib iailah membawa dia ke mahkamah.....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. kadang etika para journalist media ni amat buruk...seperti lebih sudu dari kuah...etika & attitude yg buruk sebegini yg boleh menimbulkan serta membina persepsi/fitnah pada suspek sehingga rakyat yg bebal pun menelan berita fasik sehingga boleh percaya...adakah situasi sebegini diarah oleh utk membunuh karektor seseorg dlm masa yg sama pihak berkepentingan dpt meraih kepercayaan dr rakyat...tak mustahil diakhir zaman politikus,kapitalis & journalis duduk dalam satu regu...

    BalasPadam
  2. kan sekarang akhir zaman..zaman fitnah berleluasa...yng salah dikata betul..yng benar disalah direka cipta cerita agar nampak menjadi benar..bagi orang yng beriman kita berdoa agar kita tak tergolong dari kalangan mereka yng menabur fitnah...dan mencari cari kesalahan orang...dan orang yang difitnah dan dianiaya..hanya Allah tempat memohon pertolongan..agar kebenaran akan muncul jua...Ameen

    BalasPadam