Header Ads

ads header

Flash News

SPRM bekukan akaun UMNO


JOHOR BAHRU 28 Jun - Akaun UMNO Pusat dan Selangor telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bertujuan bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh agensi itu.

Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan perkara tersebut ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Johor di sini hari ini.

“Perkara ini baru saya ketahui sebentar tadi dan akaun UMNO Johor juga hampir pasti akan dibekukan SPRM dalam masa terdekat,” katanya.

Ahmad Zahid juga menjangkakan Kementerian Dalam Negeri akan meminta Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan pendaftaran parti itu tidak lama lagi.

“Perkara tersebut sudah hampir pasti berlaku dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bekerjasama dengan ROS dalam memutuskan perkara itu,” tambahnya.

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mendakwa wang rampasan di rumahnya mempunyai kaitan dengan UMNO sebagai dana bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga calon Presiden dalam Pemilihan UMNO Sabtu ini berkata, mana-mana calon yang memenangi pemilihan tertinggi parti Sabtu ini juga tidak akan terlepas daripada siasatan.

“Tidak ada jaminan mana-mana Presiden UMNO, Timbalannya, Naib-naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) sekiranya menang pemilihan UMNO pada kali ini tidak akan disiasat (SPRM) kerana kita bukan lagi kerajaan,” katanya sambil menyatakan me­reka yang kental dan setia sahaja akan terus bersama-sama parti walaupun apa pun berlaku.

Majlis itu turut dihadiri oleh calon Timbalan Presiden UMNO yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga calon Naib Presiden UMNO.


MR : Ini adalah cara Mahathir pernah buat kepada UMNO pada tahun 80an dulu....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Takan tak lawan balik? Bwkla ke mahkamah...takan biarkan saja

    BalasPadam
  2. Dendam... dendam... dendam...
    Itulah PH

    BalasPadam
  3. Umno bakal diharamkan maka bersatulah ahli umno berjuanglah kejalan allah ubah dasar sekular kepada dasar agama islam moga allah menolong perjuangan demi agama allah. Puak ph paling takut apabila ahli umno kembali pada islam seperti perjuangan asal umno. Takbir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ph dikuasai dap maka tak pelik sekuranya mereka takut akan ahli umno berpihak pada perjuangan agama islam.

      Padam
  4. Sedihnya...sampai macam tu sekali nak hancurkan umno konon inginkan pembangkang yang kuat?Busuk sangat pakatan haprak ni nacam negara komunis dibuatnya Malaysia.

    BalasPadam