Header Ads

ads header

Flash News

SPRM serbu pejabat SSER, pengarah dipecat


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Suria Strategic Energy Resources (SSER) susulan pendedahan oleh kerajaan berhubung skandal projek saluran paip gas membabitkan RM9.4 bilion.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengesahkan bahawa laporan sudah dibuat dengan suruhanjaya berkenaan.

Jelas Lim, pihaknya sudah mengambil alih pejabat SSER yang dimiliki Kementerian Kewangan.

Dalam kenyataan untuk memaklumkan perkembangan tindakan ke aras pegawai perbendaharaan, Lim berkata Presiden SSER Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin sudah dipecat dari jawatan sebagai pengarah syarikat berkenaan.

"Kementerian Kewangan sedang melantik satu jawatankuasa eksekutif (exco) yang akan diketuai oleh sebuah firma perakaunan.

"Jawatankuasa ini akan mengambil alih operasi syarikat serta menyiasat semua transaksi dan urusan yang dilakukan oleh SSER," katanya.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

3 ulasan:

  1. Lihatlah , segala apa yang dibuat oleh Najib , dicarinya kesalahan dan dihentikan secara serta merta.

    Kita sebagai rakyat hanya dapat melihat segala sandiwara politik mereka.

    Orang yang bodoh adalah orang yang terus percaya dan terpedaya dengan sandiwara mereka ini.


    Bagi PAS , kita hanya tunggu dan lihat telatah mereka ini. Ke manakah ia akan membawa mereka.

    Dengan alasan demi alasan mereka menipu rakyat dalam janji mereka , kita lihatlah sejauh mana ia akan berterusan. Salahkan orang lain terus menerus. Lihatlah budaya apa yang mereka bakal cetuskan dalam diri mereka dan parti mereka.
    Sesungguhnya kehancuran mereka bakal berlaku selagi Allah mentakdirkan ke atas mereka kehancuran sebagaimana hancurnya para munafik dan pengkhianat.

    Ada hikmah disebalik kekalahan PAS di pantai Barat. Al Quran pernah menyatakan sesuatu perkara itu tampak buruk tapi sebenarnya baik untuk kamu , dan juga sebaliknya. Jadi janganlah kita putus asa dengan rahmat Allah.

    Teruskanlah usaha dan istiqamah. Kejayaan menanti bagi mereka yang bersabar.

    Ingatlah saidatina Khadijah r.a , meninggal dunia sebelum dapat melihat tersebarnya Islam. Namun Khadijah r.a. tetap setia kepada Nabi s.a.w.

    Begitulah hendaknya kita umat Islam akhir zaman.....

    BalasPadam
  2. Bagai langit dengan bumi kisah 2 kerajaan ni:

    Cerita Kerajaan Pusat PH:
    --> SPRM serbu pejabat SSER, pengarah dipecat kata
    --> Beku pindah kakitangan, naik pangkat kata Maszlee

    Cerita Kerajaan PAS Terengganu:
    -->Terengganu peruntuk bonus RM1.8 juta kepada guru

    BalasPadam
  3. Sebenarnya apa niat dan agenda tersembunyi yg dirancang oleh pemompin2 dap terhadap negara ini. Banyak tindakan pemecatan satu demi satu dilakukan oleh kerajaan dap ini. Tapi apa pun kita ucapkan tahniah kpd dap krn berjaya skrew org melayu menjadi samseng keatas orang melayu .

    BalasPadam