Header Ads

ads header

Flash News

Syed Saddiq: Jangan peralat kerajaan untuk parti


Ketua ARMADA BERSATU, Syed Sadiq Abdul Rahman menegur Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana dilihat menyalahgunakan jentera kerajaan.

Beliau merujuk "Program Jualan Harapan Rakyat" anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang memaparkan logo HARAPAN.

"Jangan ulangi kesilapan yang lepas. Jangan memperalatkan agensi kerajaan untuk kepentingan parti.

"Kenapa ada logo HARAPAN?" Soal beliau dalam hantaran Twitter.

Program ini berlangsung di pasar Bandar Baru Ampang yang menjual barangan keperluan pada harga yang rendah.

Syed Saddiq berkata beliau akan membuat aduan mengenai perkara itu.

"Saya akan bangkitkan isu ini kepada pimpinan tertinggi kerajaan," katanya.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

5 ulasan:

  1. The darkside of BN, maybe ...

    Rileks ar... Baru berapa hari je memerintah.... Hehehe

    BalasPadam
  2. Yang mana satu menggambarkan cerita di atas:

    A. Whistle bloomer

    B. Opening of tempayan

    C. Attending seeker

    D. ???

    BalasPadam
  3. Harap sikap integriti begini dilihat juga pada perkara-perkara lebih besar.. Jangan berulang perlantikan konsultan dengan bayaran yang mahal dan tak menasabah sebagai cara menyedut wang kerajaan kepada parti..

    BalasPadam
  4. Ada pimpinan ambil peduli ?

    BalasPadam