Header Ads

ads header

Flash News

Tahniah, takziah Asyraf Ketua Pemuda Umno


TIDAK pasti apakah patut diberi tahniah atau takziah kepada Asyraf Wajdi Dusuki atas pemilihannya menjadi Ketua Pemuda Umno menggantikan kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Khairy Jamaludin?

Awalannya boleh diberi tahniah jadi Ketua Pemuda Umno Malaysia itu, satu jawatan politik yang ketiga pengaruhnya bagi parti sekular Melayu/Islam itu selepas Presiden dan Timbalan Presidennya.

Pada zaman parti itu berkuasa, ia selalu dilihat pada Umno dan kerajaan kerana ia memang satu sayap yang penting dan kedudukannya Ketua Pemuda dilihat sebagai pelapis yang terdekat dengan tampuk kekuasaan.

Tetapi Asyraf adalah Ketua Pemuda Umno yang pertama sesudah ia tidak berkuasa dan sesudah parti itu tidak dipastikan berduit lagi atau tidak. Keadaannya mungkin boleh disamakan pembentukan sayap itu di bawah Kapten Hussein Onn seletah ia ditubuhkan. Tiada kuasa dan perjungan parti itu adalah untuk menegakkan kerajaan sendiri. Setelah ketiadaan Dato Onn dan Kapten Hussein perjuangannya ditingkat kepada kemerdekaan.

Lepas kemerdekaan ia sepatutnya mengisi kemerdekaan dengan cita-cita penubuhan Umno. Tidak pasti perjuangan itu ada atau tidak tetapi yang dilihat ia jadi tempat orang cari makan, makan gaji dan mencari kekayaan.

Sekarang ia sudah bukan jadi empat orang cari makan. Berlambak anak muda tidak dapat makan gaji. Apa lagi ia sudah tidak berkuasa dan tidak dipastikan jadi parti berduit lagikah selepas ini.

Apakah anak muda sedia bersukarelawan jadi Pemuda Umno tidak mengutamakan duit seperti Unit Amal Pemuda PAS? Unit Amal keutamaannya amal, duit kedua atau ketiga.

Jika tiada kuasa itu setakat menjelang PRU15 boleh tahan lagi. Jika menunggu PRU16, takut Asyraf dibawa gelombang dulu dari Pemuda Umno.

Ia antara cabaran yang Asyraf terpaksa hadapi dan lalui. Jika boleh bertahan seperti Pemuda PAS sudah cukup, tetapi takut jadi Pemuda Parti Rakyat, hujung hilang pangkal lesap.

Hari-hari menjelang dua bulan tidak berkuasa ada saja orang keluar Umno, pemimpin Umno memberi laluan kepada anak muda dan mengumum diri bersara dari politik. Setiap pagi membaca akhbar bagi mengetahui siapa pula keluar Umno. Jika ini tidak dapat disekat, maka kita kena beri takziah kepada Asyraf.

Asyraf adalah anak muda beragama dan ahli agama dari Kelantan. Ibu bapanya membesar di tengah rakyat Kelantan yang menolak Umno. Orang Kelantan khususnya yang beragama berkampung bersama PAS. Amat kurang benih beragama di Kelantan bersama pimpinan Umno. Tun Razak pergi ke Mesir mencari benih beragama untuk bersama Umno. Dia dapat bapa Asyraf. Dia tidak jadi pemimpin Umno tetapi hingga pencen makan gaji dengan Umno.

Paling lama anak muda bersama Umno di Kelantan Tengku Razaleigh. Dia dikenali sebagai pemimpin Umno Gua Musang, bukan Kelantan atau persekutuan. Umno ambil Awang Adek dari Bank Negara untuk memimpin Kelantan. Orang lain jadi Gabenor Bank Negara, dia makan gaji dengan Mara.

Sekarang Umno ambil ahli agama memimpin Pemuda Umno. Ahli agama yang lain di Kelantan memilih PAS. Dia dilihat antara beragama yang rasional tetapi memilih Umno. Sudah dua kali dia mencuba nasib di Kelantan, rakyat Kelantan belum mahu Umno.

Bila orang persekutuan pula tidak mahu Umno lagi, bagaimana Asyraf hendak suap Umno kepada Kelantan. Jika dia memilih Pemuda PAS, politiknya mungkin senang. Tetapi dia memilih Umno ketika orang tak mahu Umno. Mungkin perlu diucap takziah.

SUBKY LATIF


MR : Selagi UMNO meninggalkan Islam, selagi itu UMNO akan hina dan dijauhi daripada rakyat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Aku rasa pak subky ni kene halakan meriamnya kepada pakatan harbi. Sekarang ni bukan masanya nak menghentam sesama Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau cadangan adalah berkaitan hijrah, paling bernas adalah berhijrah kepada Pan atau PPBM.

      Dan bila itu bukan pilihan Tuan Asyraf meskipun ia selayaknya berbuat demikian, ia membuktikan sesuatu:

      Apa yang ada dalam Pan dan PPBM bukanlah apa yang dicari atau dikejar atau yang dicari tiada dalam Pan/PPBM.

      Beliau berhak di komen tapi komen itu mungkin tidak tepat atau tidak benar.

      Lebih tidak benar dan tidak tepat kalau komen itu disuapkan terus ke mulut beliau seolah2 ia akan disantap.

      Padam
  2. Rasanya x perlulah asik nk menghentam umno. Sy penyokong dan memangkah pas dlm pru14. Tp dlm keadaan yg skg ini lbih baik keluarkan lebih bnyak suara menegur pemerintahan pakatan yg caca marba. Cukup2lah menyerang sesama islam pd isu yg tidak memberi manfaat pd rakyat dan agama.

    BalasPadam
  3. yer..saya penyokong Umno..tp Umno tak pernah masuk campur hal Pas..sapa kena pilih sapa kena tendang...sekarang ni..bukan waktunya nak komen atau menghina Umno..Umno masih pilihan hati orang Melayu serta kaum lain yng beragama Islam...jadi Pas cukup2 lah hina atau komen pasal Umno...pemimpin datang dan pergi...yng datang mungkin yng terbaik...pape pun saya mmg suka Datuk Asyraf...semoga Umno terus mendapat tempat di hati orang Melayu Islam...dan mereka yng mmg yakin ngn Umno

    BalasPadam
  4. Betul tu cukup la menghantam umno yang sesama melayu islam jugak dengan Pas.Hantam la p.h @pakatan hampeh yang mempunyai agenda caca marba dan mengenepikan islam.kafir didahulukan islam dikemudiankan demi kuasa .

    BalasPadam
  5. Klu kita nk kritik biarlah kena pd isunya.isu rasuah, moral dsb tidak apa. Tp dlm isu pemilihan seperti wajdi rasanya x perlu dikritik. Lainlah klu kj jd presiden umno.

    BalasPadam