Header Ads

ads header

Flash News

Tak hadir di mahkamah, waran tangkap dikeluarkan ke atas Ting Pek Khiing


PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap ke atas pemaju, Tan Sri Ting Pek Khiing, bagi memastikan kehadirannya di mahkamah selepas beliau gagal ke pendengaran inkuiri awam semalam.

The Edge Markets melaporkan waran terhadap Ting, yang disahkan muflis sejak 1991, dikeluarkan bawah Seksyen 28 Akta Insolvensi 1967.

Pegawai polis diarah membawanya ke mahkamah pada 29 Jun ini.

Satu waran tangkap juga dikeluarkan ke atas isteri Ting, Puan Sri Wong Sui Chuo, pada 18 Mei lalu selepas dia gagal hadir di mahkamah.

Pasangan itu bakal disoal pemiutang berhubung urus niaga dan kemampuan Ting melangsaikan hutangnya mengikut Seksyen 17 dan 31 Akta Kebankrapan 1967, menurut laporan itu.

Ting yang tidak menonjolkan diri sejak 16 tahun lalu, kembali menjadi perhatian media selepas mengumumkan projek pembangunan berbilion ringgit di Langkawi, minggu lepas.

Katanya, projek Bandaraya Baharu Langkawi dijangka menelan kos kira-kira RM30 bilion itu akan dibangunkan di tanah seluas 81 hektar di barat pulau itu dan projek berkenaan akan dilaksanakan kumpulan syarikatnya.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata, cadangan Ting yang diserahkan antara 2013 hingga 2016, tidak lagi sah dan beliau perlu menyediakan kertas cadangan baru bersama deposit untuk pertimbangan kerajaan negeri.

Ting pernah melaksanakan beberapa projek mega pada zaman pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu, termasuk empangan hidroelektrik Bakun di Sarawak.

Menurut The Edge Markets, semakan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan 4 kes berkaitan Ting, dengan 2 dokumen menunjukkan pemiutang memperoleh arahan muflis ke atasnya pada Oktober dan November 2010.

Walaupun dokumen ke-4 menyatakan Ting “tidak muflis”, The Edge Markets mendapati beliau belum melangsaikan hutangnya.

Menurut laporan itu, pemiutang Ting termasuk Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Investment Bank Bhd, Alliance Merchant Bank Bhd, Insas Credit & Leasing Sdn Bhd, Hu Chang Pee@Hii Chang Pee, Southeast Asia Special Asset Management Bhd, Multi Purpose Bank Bhd dan Interhill Enterprise Sdn Bhd.

Laporan itu memetik sumber sebagai berkata, jumlah hutang Ting kepada pemiutang melebihi RM390 juta.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

2 ulasan:

  1. Dah muflis dapat pulak projek 30 bilion dilangkawi mengarut subgguh mmadey ni demi kroni.Termalu sudah mb kedah menafikan pulak dan bagi tnc.Kerajaan anak beranak suka hati ko la labu

    BalasPadam
  2. Adakah kroni tun m?
    Makin nampak siapa sebenar nya pm 4 dulu kini dan selamanya...

    BalasPadam