Header Ads

ads header

Flash News

Terengganu peruntuk bonus RM1.8 juta kepada guru


Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM1,824,500 sebagai bonus kepada 1,705 guru yang berkhidmat di Yayasan Islam Terengganu, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Pendidikan Terengganu serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Bonus itu juga dibayar kepada 1,944 guru kelas al-Quran kampung, kelas al-Quran dewasa, kelas berzanji, kelas agama belia dan kelas agama dewasa di negeri berkenaan.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pemberian bonus itu membuktikan kerajaan yang dipilih rakyat untuk memerintah Terengganu pada PRU14 lepas, mampu melaksanakan janji seperti terkandung dalam manifesto.

“Kita juga pada masa sama akan meneruskan program pembangunan dilaksanakan kerajaan terdahulu dan akan memperbaiki atau menambah baik dari semasa ke semasa supaya kebaikan dilaksanakan akan dapat dinikmati seluruh rakyat.

"Tidak timbul apabila kerajaan baharu mengambil alih kepimpinan negeri itu, maka mana-mana yang baik itu kita batalkan," katanya selepas majlis penyampaian bonus berkenaan di Kuala Nerus hari ini.

Ketika ditanya mengenai hasrat kerajaan terdahulu untuk menubuhkan sebuah Universiti Al-Quran, Ahmad Samsuri berkata kerajaan akan menilai, mengkaji dan mengukur kemampuan mereka sebelum melaksanakannya.

“Kita baru sebulan mengambil alih pemerintahan, jadi banyak aspek sedang kita pertimbangkan. Tempoh kita panjang lagi dan kita bercakap mengenai pentadbiran negeri bukan untuk tempoh lima tahun, tetapi lebih daripada itu," katanya.

Mengenai kedudukan royalti minyak, beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi komitmen untuk memberi royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak yang meliputi Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata kadar dan mekanisme berhubung royaliti tersebut akan dibincangkan kemudian kerana yang paling penting ialah keputusan secara dasar terlebih dahulu.

"Sudah tentu perincian dan mekanisme itu akan dibincangkan termasuklah kadar dan sebagainya. Tetapi ia bermula dengan lima peratus," katanya. -Bernama


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

2 ulasan:

  1. Bagai langit dengan bumi kisah 2 kerajaan ni:

    Cerita Kerajaan Pusat PH:
    --> SPRM serbu pejabat SSER, pengarah dipecat kata
    --> Beku pindah kakitangan, naik pangkat kata Maszlee

    Cerita Kerajaan PAS Terengganu:
    -->Terengganu peruntuk bonus RM1.8 juta kepada guru

    BalasPadam
  2. Saya setuju pendapat saudara.

    Ya santunilah umat Islam. Ya dekatilah umat Islam.

    Ke arah meraih 100% undi Muslim di PRU 15.

    InsyaAllah.

    BalasPadam