Header Ads

ads header

Flash News

Tiada beza rampasan barangan mewah Rosmah, Imelda Marcos


PETALING JAYA: Siri rampasan barangan mewah dipercayai milik bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan rakyat Filipina kepada rampasan yang sama terhadap bekas presiden negara itu, Ferdinand Marcos dan isterinya, Imelda.

Portal Inquirer.net melaporkan, seperti Imelda, Rosmah juga menjadi individu yang dikehendaki pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dalam skandal 1MDB.

Menurut portal itu, Rosmah yang digelar “Imelda wannabe” dan “Imelda Marcos of Malaysia” oleh media antarabangsa tidak mempunyai banyak beza dengan isteri bekas presiden itu yang gemarkan gaya hidup mewah.

Imelda adalah isteri kepada presiden yang memerintah Filipina secara diktator dari 1965 hingga 1986. Beliau amat berpengaruh dan “merompak” harta negara.

Beliau dikatakan mengamalkan gaya hidup mewah selain gemar berpesta, selain saban hari muncul di kaca televisyen dan di dada akhbar.

Keluarga Marcos dikatakan merompak wang rakyat sekurang-kurangnya AS$10 bilion (RM450 bilion), tidak termasuk barangan mewah yang dibelanjakan Imelda. Harta itu disimpan dalam bentuk dana di luar negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Akhirnya, pada 1986 berjuta-juta rakyat Filipina menentang Ferdinand dan menggulingkannya menerusi campur tangan tentera. Ferdinand meninggal dunia pada 1989 akibat penyakit ginjal, jantung dan paru-paru ketika hidup dalam buangan di Hawaii.

Menurut portal itu lagi, pihak berkuasa Amerika Syarikat berjaya merampas bagasi daripada pesawat kargo yang mengiringi keluarga Marcos dan 88 yang lain ketika mereka diusir ke Hawaii.

Antara barangan yang dirampas termasuklah 22 kotak berisi wang kertas Filipina bernilai AS$1.2 juta (RM4.8 juta).

Selain itu, turut dirampas 1 beg tangan kulit buaya, 2 beg Louis Vuitton, 2 beg pakaian Gucci dan 8 beg pakaian berisi pelbagai barangan mewah.

Antara barangan yang dirampas ialah sikat rambut bertatah berlian bernilai RM178,870; tiara, rantai leher, kerongsang, cincin, anting-anting dan pelbagai hiasan lain yang dianggar bernilai RM1.1 bilion.

Manakala di dalam beg berasingan pula ditemukan 37 barangan termasuk pelbagai perhiasan seperti jam tangan mewah, kufling dan barangan kemas dianggarkan bernilai RM1.4 juta.

Selain barangan kemas, senjata api turut ditemui dalam rampasan tersebut, antaranya sepucuk pistol 25 kaliber Beretta; pistol .357 Magnum COP; 4 peluru pistol Beretta 9 mm; 9 pistol caliber Beretta 93R dan peluru pistol Walther 9 mm.

Manakala dalam kes Rosmah, polis dilaporkan merampas 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis matawang dan barangan berharga di sebuah kondominium mewah yang dikaitkan dengan Najib dalam siasatan kes 1MDB.

Polis terpaksa menggunakan 5 trak polis untuk membawa bagasi dan kotak beg tangan berjenama Hermes Birkin dan Louis Vuitton.

Hari ini, polis berkata hasil pengiraan ke atas beg tangan berjenama, barang kemas dan wang tunai yang dirampas daripada 6 premis dikaitkan dengan Najib berjumlah RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, berkata ia termasuk 567 beg tangan daripada 37 jenama yang berjumlah RM51.3 juta, dengan paling mahal ialah sebuah beg tangan ditempah khas jenama Bijan berharga RM1.6 juta.

Beliau berkata, wang tunai dalam 26 jenis mata wang yang ditemui dalam 35 beg dan di rumah Najib di Taman Duta pula berjumlah RM116.7 juta.

“Ia memakan masa 3 hari untuk mengira wang itu dengan bantuan 22 pegawai Bank Negara menggunakan 6 mesin pengiraan wang,” katanya.


MR : I sincerely hope najib will not get royal pardon from the Agong for the crimes macam Anwar Ibrahim....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Nak pangkat besar..dah dapat nak bini besau, dah dapat nak rumah besau, dah dapat nak kitchen kabinet besau, dah dapat nak pyrex besau, dah dapat nak tetamu besau, dah dapat nak cef besau, dah dapat kena bayar bil besau, yada yada yada, sasau.

    BalasPadam
  2. Kalau dari sudut pandangan Islam walaupun barang yang mahal ni memang hadiah dari orang dan bukan dari penyelewangan 1MDB ia tetap rasuah, kerana Najib dan Rosmah tidak akan dihadiahkan dengan barang barang mahal ni kalau Najib bukan PM Malaysia. Najib akan terlepas dari hukuman kalau digunakan undang undang conventional tapi bukan dari sudut undang undang Islam. Macam ni nya pemimpin akan muncul lagi selagi kita enggan merealisasi syariat Islam di Malaysia.

    BalasPadam
  3. 'Anak' kata dek kerana 'bapa borek' apa salahnya kalau 'anak rintik'. Betul jugak.

    Kalau 'bapa' boleh dapat hadiah 400 ekor rerama, tang mana salahnya si anak dapat hadiah 1 ribu rerama. Lojik jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul hadiah untuk sibapak entahkan lagi hebat sampai anak anak bapak pun menjadi billionare.

      Padam
  4. Atau bapak tak banyak terima hadiah sekadar SONGLAP duit negara sahaja.

    BalasPadam