Header Ads

ads header

Flash News

Tiada masalah debat presiden Umno di TV kata Menteri



Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata beliau tiada masalah jika debat presiden Umno, jika menjadi kenyataan, disiarkan di stesen TV kerajaan.

Ini susulan cabaran debat veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah terhadap penyandang Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin, pencabarnya bagi jawatan nombor satu dalam pemilihan Umno hujung bulan ini.

“Tak ada masalah. Semalam masa ke udara, Ku Li cabar Zahid dan Khairy untuk berdebat. Terpulang kepada mereka untuk terima.

“Kalau platform diperlukan, saya akan bawa ke perhatian RTM,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Setakat ini Khairy sudah menyatakan kesediaannya menyahut cabaran Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li.

Sepanjang era 60 tahun kerajaan BN sebelum ini, pembangkang sukar sekali mendapat liputan positif di media kerajaan dan arus perdana.

MR : Kata-kata anak Karpal Signh ni bukan boleh percaya sangat.. lihat apa terjadi live piala dunia...


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Urusan dalaman jer pun, bukan urusan nasional. Lagipun TV sendiri kan ada. Masakan airtime menerusi TV berkenaan tak cukup.

    Ini bukan kempen PRU, Bhai tak rugi apa2 malah dapat meraih keuntungan dari segi rating diri dan parti

    Yang rugi adalah pihak yang akan berdebat, secara tidak langsung menolong penaikkan rating lawan.

    Muahahaha

    BalasPadam
  2. pleaselah orang Umno...ni isu dlm rumahtangga.. orang luar tak perlu tahu...debat2 ni buat jer kt bangunan Umno waktu pemilihan..sorang2 diberi masa sejam..apa yng mereka akan buat jika terpilih jadi presiden Umno...tu lagi menarik kan...buat Gobind jgn menyibuk boleh Dap tu belum tentu..demokratik...mcm tak tahu pula yer Gobind...

    BalasPadam
  3. Bagi pandangan saya, bagi saja mereka buat debat di tv, siaran rtm tv kerajaan semua pihak berhak, jgn jadi jumud macam umno sbb apa mereka buat PH nak balas balik.

    BalasPadam