Header Ads

ads header

Flash News

Tuduhan Lama pun tiada Bukti, Inikan tuduhan Baru


Firman Allah swt dalam Surah al Maidah ayat 8,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

"..Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

Keceluparan peguam PAN Sdr Faiz Fadzil Timbalan Ketua Pemuda PAN sepatutnya berasaskan kepada undang-undang dan apa yang dipelajarinya dan diamalkan sebagai pengamal Undang-Undang.

Sewenang-wenangnya cubaan buat ke sekian kalinya para pimpinan PAN sejak tahun 2016 utk cuba membina persepsi buruk terhadap PAS samada dengan memfitnah PAS bergabung dengan UMNO atau menerima duit UMNO walaupun telah diperjelaskan oleh pimpinan PAS sebelum ini.

Itulah modus operandi mereka bertahun lamanya dan tak pernah berasa menyesal dan bersalah walaupun kaedah itu bercanggah dengan prinsip Islam dan prinsip undang-undang itu sendiri yang kononnya mereka adalah pembela dan pejuang prinsip itu.

Pembuktian terhadap tuduhan PAS sehingga hari ini masih sekadar tuduhan melulu, telahan tiada berasas, berbentuk fitnah dijaja ke sana ke sini, malah PAS telah berjaya di beberapa peringkat prosiding mahkamah samannya di London langsung tidak diendahkan.

Cadangan membekukan akaun PAS hanya berpandukan tuduhan ciptaan lidah bercabang PAN bahawa PAS mesra UMNO menjadi ratib setiap saat para pimpinan PAN, walaupun kini kelihatan bekas pimpinan UMNO yang kalah pilihanraya berbondong-bondong menyertai PH samada PKR atau PPBM. Ini mesra apa.? Mesra fulus dan pangkat.?

Saya ingin menegur dan mengecam keceluparan Faiz Fadhil ini, janganlah berlagak sombong menjadi kerajaan ingin menggunakan kuasa yang rakyat beri dengan semudah menghukum pembangkang.

Saya berharap Kerajaan PH tidak hanya laju dan pantas mencari dan mendedahkan kesilapan dan kepincangan bekas pimpinan kerajaan yang kalah, tapi menutup membuta mata dan memekakkan telinga kepincangan yang pernah dilakukan di kalangan pimpinan kerajaan PH sekarang.

PAS tidak terkejut dan tidak hairan apa yang sedang dibuat oleh Kerajaan PH sekarang dalam mendedahkan korupsi pimpinan UMNO dan bekas pimpinan kerajaan kerana mereka bukan lagi berkuasa. Apa yang mengkagumkan ialah kejayaan mendedahkan korupsi pimpinan kerajaan yang sedang berkuasa sekiranya ada bukti.

Saya ingin mengingatkan pimpinan Kerajaan PH bahawa tiada kerajaan yang kekal di dunia ini kalau sikap begini diamalkan untuk menghukum pembangkang, bagaimana nasib mereka nanti sekiranya Kerajaan Persekutuan dipegang oleh UMNO kembali?

Beristiqamah Sehingga Kemenangan

Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
29 Jun 2018 / 15 Syawwal 1439H


MR : Manusia bila Allah nak sesatkan mereka, perkara mungkar dan kejahatan tidak lagi menjadi halangan untuk mereka melakukannya kerana hati mereka sudah jauh daripada kebenaran....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Aku harap parti yg berasaskan fitnah ni dihancurkan Allah dan dibuka pekung2 mereka di mata rakyat..

    BalasPadam
  2. Perangai SeghoPHaaaa BN

    BalasPadam
  3. Tanya Presiden mu..Zaza apa khabar ? Dah terang lagi bersuluh buat tak tahu je yang tak de bukti pulak yang dia nak sibuk

    BalasPadam
  4. Ph tak berani haramkan umno dan pas sebab dulu umno diharamkan tun m tertubuh umno baru lebih kuat dan sekiranya umno dan pas diharamkan agak2 pemimpin umno dan pas nak duduk diam ke. Pan parti balaci dap dia ikut arahan dap aja fitnah tak lekang dari hati pemimpin pan sebab tu ahli umno tak sebut langsung pan sebagai parti pilihan sebab pilih pan umpama meghianati agama dan bangsa sendiri.

    BalasPadam