Header Ads

ads header

Flash News

Umno tidak mampu bangkit semula


Umno kini di zon yang mereka tidak pernah alami. Mereka hilang arah dan sumber pendapatan. Wakil-wakil rakyatnya berada dalam keadaan panik akan masa depan mereka.

Umno satu-satunya parti Melayu yang besar yang tidak pernah menjadi pembangkang sebelum 9 Mei 2018.

Di zaman BN memerintah, mereka melatih pembangkang seperti PAS, DAP dan PKR selama berdekad lamanya untuk terus hidup tanpa sebarang peruntukan. Pasa masa yang sama, mereka melatih diri untuk terus hidup dalam keadaan bermewah. Oleh itu, PAS, DAP dan PKR boleh terus hidup meskipun tewas pilihan raya berkali-kali.

Namun, tiada siapa yang tahu apakah Umno boleh terus hidup selepas kekalahan sulung pilihan raya umum.

Umno kini parti tanpa presiden dan timbalan presiden yang sah. Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahidi hanyalah pemangku presiden selepas perletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang. Ini bermakna kelima-lima jawatan tertinggi Umno iaitu presiden, timbalan presiden dan 3 naib presiden hanya tinggal Zahid seorang.

Seperti Najib, Zahid juga memikul tanggungjawab yang besar atas kekalahan Umno di PRU14 kerana sudi menjadi “yes man” kepada Najib sambil tidak berbuat apa-apa untuk mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang cuba menyelamatkan parti dengan menyerang Najib.

Oleh itu, secara moralnya beliau tidak sepatutnya menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan presiden. Pendedahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Zahid menemuinya untuk bertanya bagaimana menguruskan Umno juga mendedahkan krisis keyakinan terhadap Zahid.

Ia mendedahkan beliau juga hilang arah untuk memperbetulkan Umno.

Persoalannya siapakah yang sudi menggalas tugas sebagai presiden Umno yang berat ini sekarang.

Apakah Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sanggup menggalasnya?

Sanggupkah beliau sekali lagi berentap dengan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri dan beliau sebagai pembangkang utama di Parlimen seperti 1988?

Jawatan presiden Umno perlu diberikan kepada seseorang yang boleh mengubah perasaan meluat rakyat terhadap Umno. Calon ini semestinya seorang yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan mempunyai kemampuan untuk mencari sumber memacu operasi Umno.

Jawatan presiden Umno kali ini tidak akan menjadi rebutan seperti dulu kerana jawatan ini tidak akan memberi nikmat kesenangan seperti dulu. Bahkan, jawatan ini bakal menjadi jawatan yang paling “stressful” dalam politik Malaysia hari ini.

Beliau bukan sahaja perlu mencari formula untuk menghentikan penghijrahan wakil-wakil rakyat dan ahli-ahli Umno ke PPBM, beliau juga terpaksa berdepan keruntuhan BN apabila PBB menjadi parti bebas dan menyokong Pakatan Harapan.

Oleh itu, tidak ramai yang sanggup dicalonkan dan menawarkan diri.

Melihat keadaan ini, nampaknya hanya PAS yang akan kekal sebagai pembangkang yang efektif pada penggal ini; sementara Umno mencari jalan berfungsi semula sebagai parti, jika jalan tersebut ada.

Apakah yang akan terjadi kepada politik orang Melayu selepas ini.

TIMMY SAY


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

10 ulasan:

  1. Tukar jadi United Muslim National Organisation

    Settle masalah

    BalasPadam
  2. "Apakah yang akan terjadi kepada politik orang Melayu selepas ini"

    Komen:

    Bukan saja bertambah matang malah nilai 1 kerusi adalah bersamaan beberapa kerusi the nons. Yakni belasan kerusi saja sudah memadai untuk mendapat peluang kedua.

    BalasPadam
  3. Bubarja umno masuk la dlm perjuangan pas jadi pengundi pas belajar mengaji kitab dgn ulama pas..hadir setiap program keilmuan pas..taubat..berjuanglah sungguh2 cari redha Allah,pasti jadi bekas umno yg ada ketenangan jiwa..buang yg keruh ambil yg jernih..x rugi pun ..

    BalasPadam
  4. Umno adalah king maker dimana tdm dan dsai berebut untuk mengambil umno menyertai parti mereka untuk mengukuhkan kedudukan.Masih banyak menteri belum dilantik untuk ditawarkan pada umno.Jangan cuba menidakkan keupayaan Umno.Mulut busuk seseorang menuduh zahid yang minta nasihat padahal dijemput datang untuk menngerunkan dsai dan juga parti bia Dap yang terunggul dalam pakatan haru itu.

    BalasPadam
  5. "Sanggupkah beliau sekali lagi berentap dengan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri dan beliau sebagai pembangkang utama di Parlimen seperti 1988?"

    ConMen:

    Epal dengan oren adalah tidak sama. Dari sudut jumlah kerusi, pada 1988 pembangkang memiliki sedikit sahaja kerusi tetapi kerajaan memiliki 2/3 dewan. 2018, kerajaan semasa punyai cukup2 kerusi, sementara pembangkang memiliki kerusi hampir separuh dewan. Kali ini pasti 'meriah'!


    BalasPadam
  6. UMNO diubah rakyat, kerana mereka tidak mahu berubah dan memahami kehendak rakyat. Politik pemimpin umno hanya untuk membolot dan mengumpul harta. Sila lihat siapa pemimpin PAS menjadi jutawan politik selepas menjadi wakil rakyat...dan sila lihat siapa dia pemimpin umno yang miskin selepas bergelar wakil rakyat,ketua bahagian,menteri dsb...rakyat sukar mendapat tanah waima sekangkang kera untuk kediaman...pemimpin umno dengan mudah mengumpul tanah serta faraid harta serta projek sesama mereka...UMNO sudah jadi pembangkang dan mereka dapat pengajaran dari kekalahan.. nasib menerima pemimpin parti yang angkuh terhadap rakyat

    BalasPadam
  7. kami...Umno tetap setia ... jangan risau walau kami tak ada sumber kewangan tapi kami ada Allah...Allah yang memberi rezeki...so Umno akan tetap bangkit dan ahli kami ramai..sekira seorang derma rm 10 seorang...Umno masih bertahan...dan polis apa hak kamu simoan duit Umno..untuk menyusahkan kami atas arahan Sseorang...tak pe kami ada Allah...InsyaAllah perjuangan kami ikhlas..kalau yng tak ikhlas tu...itu antara dia dgn Allah...contohnya
    Dr Mahathir Mohd..bekas ahli Umno
    Muhyiddin Yassin.bekas ahli Umno
    Shafei Apdal..bekas ahli Umno..
    Anwar ibrahim.bekas ahli Umno
    Daim
    Rapidah
    Rais Yatim...ni semua ahli Umno yngbdah kenyang..ketika bersama Umno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang UMNO nak bagi seringgit pun payah.... inikan 10 ringgit.

      Cuba gi sejid. Tengok orang PAS. Sanggup korban beratus-ratus ringgit ada puluh ribu ringgit untuk parti.

      Padam
  8. UMNO perlu kembali pd Islam..ahli2 umno yg bermasalah spt papagomo dll perlu dipecat..bila umno kembali pd matlamat islam x mustahil PAS & UMNO akan bersatu

    BalasPadam