Header Ads

ads header

Flash News

Yang miskin tak boleh jadi pemimpin PKR dengan peraturan baharu



PKR mengesahkan pemimpin atau ahlinya yang ingin bertanding dalam pemilihan parti pada Ogos depan perlu membayar kadar yuran mengikut jawatan yang akan ditandingi.

Difahamkan PKR menetapkan calon bagi jawatan Presiden perlu membayar RM25,000, Timbalan Presiden (RM20,000), Naib Presiden (RM10,000) dan Ahli Majlis Kepemimpinan Pusat (RM5,000).

Manakala bagi pemilihan peringkat sayap, jawatan Ketua (RM10,000), Timbalan Ketua (RM7,000), Naib Ketua (RM5,000) dan Ahli Majlis Kepemimpinan (RM3,000).

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu serta menegaskan ia diputuskan dalam mesyuarat pemimpin tertinggi parti.

“Parti kenakan yuran kerana ia merupakan langkah untuk menampung kos pemilihan.Syarat yuran pemilihan jawatan PKR telah ada dalam pekeliling kita.

“Pendirian parti sudah ditetapkan dalam mesyuarat bahawa ini pemilihan parti dan parti perlu menanggung sendiri kos ini.

“Kita tidak ada agensi kerajaan untuk menanggung kos pemilihan parti.. kerana ini adalah urusan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Institut Darul Ehsan (IDE) di Seksyen 15, di Shah Alam pada Khamis.

Hadir sama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Pengerusi Pengerusi IDE, Datuk Dr Siddiq Fadzil dan Timbalan Pengerusi, Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman.

Baru-baru ini, tersebar di media sosial mengenai peraturan pemilihan PKR yang menetapkan syarat kepada ahli yang ingin bertanding untuk membayar yuran mengikut kadar tertentu.


MR : "Kita tidak ada agensi kerajaan untuk menanggung kos pemilihan parti" kata Wan Azizah yang mungkin kita boleh gelak beramai-ramai....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Wah parti mata satu telah menjadi kelab eksklusif untuk ahli yang kaya sahaja dan orang miskin hanya layak jadi pengikut sahaja sebab perkataan 'keadilan' dan 'rakyat' telah dihumban ke laut.

    BalasPadam
  2. Sudahlah miskin, kroni pun tiada untuk sponsor. Pilihan yang ada ialah merayu pada tabung harapan atau baitulmal. Kalau tak dapat jugak?

    BalasPadam
  3. Macai2 PH akan angguk dan setuju bhawa pemilihan PKR adalah sgt demokratik berbanding Umno dan Pas. Hakikatnya anda perlukan wang byk utk bertanding jawatan parti. Ini jg satu bntuk politik wang

    BalasPadam
  4. Haha bila dpt Putrajaya je kos pemilihan parti melambung2 naik. Ramai yg sudah masyuuk kah?

    BalasPadam
  5. bila ada keperluan apa lagi u-turn itulah kepakaran PH small matter

    BalasPadam