Header Ads

ads header

Flash News

2,000 Umat Islam Banjiri Himpunan Kebangkitan Ummah


KUALA LUMPUR – Lebih 2,000 umat Islam dari seluruh negara membanjiri Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu di sini, pagi ini bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Ummah.

Kehadiran individu berkenaan mewakili pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).

Antara tuntutan mereka ialah membantah pertikaian kedudukan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Perhimpunan yang bertema ‘Malaysia Baru Pasca PRU-14: Islam Melayu Terancam’ dimulakan dengan bacaan al-Fatihah dan laungan ‘Allahu Akbar’.

Tokoh negarawan yang dijadualkan untuk berucap pada acara itu termasuk bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan. – BH Online


MR : Ini adalah permulaan kepada gabungan NGO Islam untuk bangkit bersama. Dalam media sosial machai PH menyerang kononnya himpunan ini anjuran PAS.....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

6 ulasan:

  1. Himpunan Pamer Kegusaran Ummah

    KUALA LUMPUR 28 Julai - Himpunan Kebangkitan Ummah yang dihadiri lebih 10,000 hadirin di padang Kelab Sultan Sulaiman hari ini berakhir dengan jaya serta mencapai objektif penganjurannya.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-himpunan-pamer-kegusaran-ummah-1.717932#ixzz5MYTZSKWM
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    BalasPadam
  2. Jumlah sebenar 10,000. Tapi nak bikin sedap hati Malaysiakini kata 2,000.
    Biasalah penyakit Sindrom UMNO dahulu terkena diri.
    Malaysiakini sudah sama dengan TV3 suku dan Berita Hairan.
    Teruskan sindrom denial ini. Rakyat pandai menghukum kali ini.

    PRK yang akan datang ,,pastikan UMNO menang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Astro pon dh jd PH official skg.

      Padam

  3. Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan, UMNO perlu berdikari atas kekuatan sendiri dan tidak harus bergantung kepada undi Pas untuk memenangi pilihanraya kecil ini.

    "Kerjasama adalah baik, tetapi UMNO perlu berdikari daripada mengharapkan sokongan Pas untuk diterima masyarakat.

    _____________________________________


    Ini pendapat orang yang bongkak. Dah le kalah dalam PRU sombong pula.....Tuhan membenci orang sombong.....lebih benci lagi kalau dia sombong dalam kwadaan lemah, kalah, miskin.

    Cakap2 sombong Seperti inilah yang akan menjauhkan penyokong dari membantu memenangkan BN.

    Orang Islam di semenjung cuma ada sekitar 65% saja, UMNO ada 40% dan pas sekitar 25%, mana mungkin 40% dapat memerintah, kerana untuk memerintah sekurang2 perlu 51%.


    Lu fikir le sendiri KH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia ni baik lompat ph. Tmptvplg sesuai utk dia

      Padam
    2. Nampaknya kj sudah jadi duri dalam daging.

      Padam