Header Ads

ads header

Flash News

ADUN Balakong maut kemalangan di Lebuh Raya Cheras


Seorang wakil rakyat Pakatan Harapan meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuh Raya Cheras - Kajang sebentar tadi.

Ng Tien Chee yang terpilih menjadi anggota dewan undangan negeri untuk kawasan Balakong dikatakan terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan.

Menurut Utusan Online kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi di kilometer 12 lebuh raya tersebut.
Ng dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kajang.

Menurut sumber mangsa memandu kereta Nissan X-Trail apabila melanggar belakang sebuah lori di lebuh raya kendalian syarikat Grand Saga Sdn Bhd itu.

Ng dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian. Ng sudahj 2 kali menjadi MP.

Pilihan Raya Umum Ke 13 kerusi berkenaan dimenangi Ng Tien Chee (Pakatan Rakyat ) dengan mendapat undian 25,126. Ng Tien Chee ketika itu menentang Lai Kwong Choy daripada parti Barisan Nasional yang beroleh 11,584 undi dengan majoriti 13,542.


Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Ng Tien Chee daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 41,768 undian ketika menentang Mohamad Ibrahim Ghazali daripada parti Gagasan Sejahtera yang mendapat 6,230 undi. Majoriti undi sebanyak 35,538.


MR : Kali ini UMNO kena berikan kepada PAS pula untuk bertanding....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

9 ulasan:

  1. Sape bertanding pun hampir pasti Pakatun akan menang balik sbb majoriti menangnya sgt besar dan situ memang majority cina. Tapi yg penting kita nak tgk margin majoritinya. Kalau berkurang dalam ribuan, maknanya rakyat sdg menghantar satu mesej kpd Pakatun.

    BalasPadam
  2. Pas toksah buang duit dan masa.
    Guna pada aktiviti dakwah lebih baik
    Memang tak menang kawasan cina

    BalasPadam
    Balasan
    1. amal makruf nahil mungkar bukankah itu dakwah ? cubalah cerdik sedikit sebelum menulis tu maafkan hamba.

      Padam
  3. pemimpin Ph ini disahkan memandu dalam keadaan mabuk tegar hingga gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar belakang lori yang besar. cuba bayangkan dia menjaga negara dalam keadaan hilang ingatan ???

    BalasPadam
  4. peminpin tersebut disahkan memandu dalam keadaan mabuk.desak menteri pengakutan membatalkan lesen memandu kepada pemandu yang didapati mengambil acohol (hukuman mandotori) masukkan dalam kempen pas nanti.

    BalasPadam
  5. Allah nak tunjuk kesan mabuk... Peringatan pada semua... Kes di KL, kontrantor TM,di tawau ...dan skrg

    BalasPadam
  6. Calon mlyu x dpt sokongan cina bila tnding kwsn cina.
    Calon cina dpt sokongan mlyu bila tnding kwsn mlyu.
    Nmpk x siapa rasis?

    BalasPadam
  7. berkurang seorang dapings. mudah mudahan lebih berkurangan lagi selepas ini insyaAllah

    BalasPadam
  8. Ada Tok Petty berpandangan kesalahan peribadi tidak perlu di diskusikan. Kalau di diskusikan ia seolah2 menganggu privasi individu.

    Namun banyak insiden menunjukkan kesalahan peribadi tidak semestinya menyusahkan keperibadian itu sendiri bahkan banyak kesalahan peribadi akan menyusahkan persekitaran jua.

    Contoh mudah ialah bila elit menjemput 2 selebriti ke hotel ia nampak seperti masalah moral peribadi walhal ia juga menjejaskan moral dan nama baik selebriti.

    Itu baru bab moral, natizen dah berperang mulut. Belum masuk bab kesejahteraan, keselamatan dan mudarat awam.

    Harap2 selepas ini Tok Petty dapat mengubah pendirian dalam perkara berkaitan doser peribadi.

    BalasPadam