Header Ads

ads header

Flash News

Anak luar nikah boleh bin nama bapa, mana Mujahid?


PUTRAJAYA 27 Julai - Mahkamah Rayuan berpendirian, anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah kini layak di sisi undang-undang untuk berbinkan nama bapanya.

Keputusan penting itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya.

Mahkamah berpendirian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaku responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ‘Abdullah’ sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahirannya.

Ibu dan bapa kanak-kanak itu (perayu kedua dan perayu ketiga), kedua-duanya beragama Islam bernikah pada 24 Oktober 2009. Kanak-kanak lelaki itu lahir pada 17 April 2010 iaitu lima bulan dan 24 hari (atau lima bulan dan 27 hari menurut kalendar Qamariah Islam).

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.

Muzakarah itu mendefinisikan anak tak sah taraf ialah sebagai:

1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.

2. Anak dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh). - UTUSAN ONLINE


MR : Dalam kedudukan ini mana Menteri Agama? Adakah Mujahid nak jawab, sebelum ini hebat mengkritik UMNO/BN. Sekarang bila ada kuasa apa yang awak buat?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

6 ulasan:

  1. Satu persatu ya....

    Manakah dia "Datuk Maharajalela ? "
    Di manakah dia Tok Janggut dan Mat Kilau zaman ini ?

    Gendang jihad sudah berbunyi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari itu I.C. nak padam agama Islam.
      Hari ini nak bin dan bintikan anak luar nikah.

      Inilah dia agenda Dajjal mata satu Lambang PKR.

      Padam
  2. mohon maaf, jika tidak silap saya berita ini diterbitkan tahun lepas, 27 julai 2017.. boleh semak di utusan online, MR perlu lebih teliti mengeluarkan sebrg berita utk jaga kredibiliti dan reputasi. Tk.

    BalasPadam
  3. MAZA, dah bahas bab ini salah satu sebab beliau kata nk tutop aib sianak tersebut jadi no hal Mujahid boleh rujuk kat dia atau RORA dan UZAR.... lupa Daniel Boone mereka ini mungkin sapendapat.

    BalasPadam
  4. Adakah Mu-Jahit sedang menunggu 'fatwa' dari abang besar DA-Pig sebelum membuat keputusan tentang isu anak luar nikah ???

    BalasPadam