Header Ads

ads header

Flash News

Antara BN dan PH


Pertembungan  dua kuasa besar kafir Rom Tiimur (Kristian) dan kafir Parsi (Majusi-penyembah api) telah terekod dalam al-Quran surah al-Rum. Rasulullah saw dan orang-orang Islam merasa sedih apabila kafir Kristian Rom dikalahkan oleh kafir Majusi Parsi. Sebaliknya Rasulullah saw dan orang Islam bergembira apabila diberitakaan oleh Allah SWT bahawa dalam beberapa tahun (7 tahun) Rom akan kembali mengalahkan Parsi.  Atas alasan apa orang-orang Islam bergembira dengan berita ini?. Tentunya dan yang paling utama ialah kerana "agama".  Agama Kristian asasnya merupakan agama samawi (langit) sebagaimana juga agama Islam datangnya daripada sumber yang sama iaitu Allah SWT.  Berbeza dengan agama Majusi yang hanya merupakan ciptaan manusia belaka.

Nah.  Apa kaitan kisah itu dengan suasana politik yang berlaku dalam negara kita ini?. Secara kebetulan semacam ada satu bayangan kepada keresahan yang berlaku selepas PRU14 ini, khususnya antara BN sebagi pemerintah lama dengan PH sebagai pemerintah baru. 

Cuba perhatikan baik-baik. Pemerintahan BN dulu diketuai dan sekali gus dikuasai oleh orang Islam. Lebih kurang dua pertiga ahli parlimennya dipegang oleh orang Islam (walau pun ada yang terbukti  korup). Setelah lebih kurang 60 tahun memerintah, kita boleh semak apa yang UMNO dan BN lakukan terhadap Islam, bangsa Melayu, bahasa Melayu dan raja-raja Melayu. 

Sekarang kita bandingkan dengan PH. Dari segi bilangan ahli parlimen, angka awal didapati 66 ahli parlimennya terdiri daripada bukan Islam. DAP solid bukan Islam, PKR hampir separuh bukan Islam, WARISAN (Sabah) sebahagiannya bukan Islam.  Maknanya bukan Islam memimpin dan menguasai PH. .Mereka menjadi pendesak utama kerajaan baru (Malaysia Baru). Walau pun mereka mengalah dalam beberapa hal seperti keanggotannya dalam kabinet dan Menteri Besar, namun mereka tetap ada strategi tersendiri..  Baru dua-tiga bulan memerintah sudah nampak jalan yang dirintis oleh mereka meangarah kepada Malaysian Malaysia idea DAP. Isu agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa resmi,  hak bangsa Melayu sebagai kaum Bumiputera, dan  Agong/Raja-Raja Melayu sebagai tonggak agama Islam mula berani diperdebatkan dengan hanya beralaskan kepada gaya baru pemerintahan - iaitu era "Malaysia Baru" PH. Inilah Malaysia Baru dokongan kerajaan PH. Pemerintahan "Malaysia Baru" sedikit demi sedikit dapat "normalisasi" tanggapan songsang tersebut. 

Kerajaan PH, Mula-mula diberi peranan untuk mengisi jawatan kabinet penting yang pegang wang negara kepada bukan Islam (walau pun kes rasuahnya di mahkamah masih tergantung).  Sedangkan sudah berabad-abad jawatan itu dipegang oleh orang Islam.  Lepas itu mereka dapat pula Peguam Negara, lepas itu.Ketua Hakim Negara (asal jawatannya Ketua Hakim Borneo, melangkahi Ketua Hakim Malaya, yang kebiasaannya secara autometik naik ke jawatan tersebut). Apa nak diharap kepada mereka untuk memperkasa undang-undang Islam dan mahkamah syariah?. Di peringkat negeri mereka dapat pegang speaker Selangor dan Perak...Speaker adalah ketua dalam ADUN  setiap negeri.  Semakin banyak jawatan yang mereka pegang sebagai ketua, sebab bilangan mereka lebih ramai... 
 .  . 
Mengenai bahasa, LGE telah memulakan penggunaan bahasa bukan Melayu  (dalam upacara resmi?). Mahu mengiktiraf, apa dia UEC ?, mahu mengguggurkan syarat lulus subjek sejarah (Malaysia) dalam peperiksaan. Permasalahan peruntukan sekolah Cina berbanding dengan peruntukan sekolah-sekolah kebangsaan.   Dalam hal agama, rasanya RUU355 tak akan diangkat walau pun ada permohonan dari ahli parlimen PAS, sebaliknya akan ada undang-undang lain iaitu undang-undang keluarga Islam yang lebih mesra PH. Nasib Jabatan-jabatan yang berkait dengan Islam khususnya JAKIM masih tergantung dan menjadi teka-teki  Pengaruh Islam LIberal yang semakin subur. Kerajaan PH melalui menteri Agama bersedia menjaga agama-agama lain sebagaimana menjaga agama Islam (hifz al-din).  Kedudukan Agong/raja juga sudah tidak selamat kerana sudah ada suara-suara yang mahu menghapuskan institusi tersebut supaya menjadi negara Republik.   . 

Itu baru dua tiga bulan memerintah.  Bayangkan kalau dua tiga penggal  !!!!!

Apa pendirian pejuang-pejuang Islam khususnya PAS dan orang Islam umumnya? Saya secara peribadi lebih sayangkan BN berbanding PH, kerana pendokong utama BN  ialah orang Islam (walau pun ada yang korup), manakala pendokong utama PH  adalah Kristian (yang mempunyai agendanya tersendiri).  Mana yang lebih dekat di hati orang Islam? Kalau di zaman Rasulullah dulu orang Islam lebih dekat hatinya kepada orang Kristian (Nasrani) berbanding dengan orang penyembah api, Majusi.  Mana satu, BN atau PH kah yang lebih dekat dengan Islam? .Tuan-tuan fikirkan sendiri.

"Nasi lebih senang menjadi bubur daripada bubur menjadi nasi" 
.. 

Surtahman Kastin Hassan . .


MR : Kita tunggu selepas 100 hari lihat apa yang PH nak 'buat alasan'....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

5 ulasan:

  1. Beza b.n dgn pakaturn,b.n penyamun tp ada la jg islam untuk jaga undi (market utk b.n ialah pengundi melayu).pakaturn perompak tp pelingkup islam untuk jaga undi jugak (market pakaturn ialah bukan islam yg d takutkan dgn islam).mana yg terbaik?dh tentu lah PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS).PAS jaga islam,jaga melayu dan bukan islam.PAS bukan perompak @ penyamun.PAS jaga ktetapan ALLAH lepas tu baru jaga kehendak manusia.

    BalasPadam
  2. Deorang minta 60 tahun untuk ubah lama jadi BARU.

    BalasPadam
  3. Gunakanlah kesempatan untuk kebaikan,
    sebelum segalanya terlepas dari genggaman.
    Kelak menyesal nanti tak berkesudahan.
    Apa gunanya sesalan.
    Hanya mencengkam jiwa.

    Usah difikir derita akan berpanjangan.
    Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan.

    Ingatlah biasanya kabus tak berkekalan
    Setelah kabus berlalu... pasti terang kembali.

    Ujian adalah .....
    Tarbiyah dari Allah.
    Agarkah kita kan sabar atau sebaliknya.
    Kesenangan yang datang setelah kesusahan ,
    Yakin itu adalah nikmat dari Tuhan.

    BalasPadam
  4. Allah dah bagi kita peringatan

    Golongan kafir ini tidak akan redha akan umat Islam selagi kita tidak ikut cara hidup mereka.

    Nah tengoklah tuntutan tuntutan orang kafir ini .... dah lihatlah betapa senang barua barua kafir ini tunduk dan akur.

    Tapi mereka tidak akan berhenti sahaja.... tidak !

    Mereka akan terus menekan lagi dan lagi sehingga Malaysia jadi seperti Singapura. Tak cukup dengan itu mereka akan terus tekan lagi dan lagi sehingga tiada satu pun tinggal manusia yang menyebut nama Allah.


    Tanya orang Melayu Singapura ... di mana kiblat ? Tak tahu jawabnya. Tanya di mana surau terdekat. Tak tahu katanya.

    Gila saudara....

    Bangkitlah Islam .

    BalasPadam
  5. Dan secara umum dan perbadi..sya harap ph dn bn umno dinyahkn..saya lebih sayangkan pas di para2 ulama dn mnghrapkn media di bawah pemerintahan Islam ya sebenar2nya. Aamiin.

    BalasPadam