Header Ads

ads header

Flash News

Belit kedua PH mengenai pemberian royalti 20%


Sebelum ini kami telah menulis bagaimana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat BELIT PERTAMA dalam pemebrian royati dengan berkata sekali lagi menekankan pembayaran royalti 20% kepada negeri-negeri akan dikira berdasarkan keuntungan daripada hasil yang diperoleh di negeri berkenaan.

Hari ini Mahathir menggunakan anak angkatnya Azmin Ali untuk membuat pembelitan KALI KEDUA dalam isu Royalti.

Kerajaan pusat tidak dapat menyalurkan 20% royalti kepada negeri pengeluar minyak dengan segera kerana perlu menunggu Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipinda, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

Katanya, cadangan pemberian 20% royalti minyak itu bercanggah dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974 kerana pengiraan dibuat berdasarkan keuntungan kasar, bukannya keuntungan bersih.
“Oleh itu, sekiranya penambahan royalti petroleum kepada 20% hendak dilaksanakan, ia akan mengambil masa kerana perlu ada pindaan Akta Pembangunan Petroleum 1974.

“Jika Petronas dikehendaki tambah royalti kepada 20% daripada jumlah hasil pengeluaran kasar kepada negeri pengeluar minyak, ia akan beri implikasi serius terhadap kewangan Petronas dan kerajaan persekutuan.”

Azmin (PH-Gombak) berkata demikian menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Upko-Tuaran) bilakah kerajaan pusat akan melaksanakan pemberian 20% royalti kepada negeri pengeluar minyak.

Azmin berkata, kerajaan juga akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet bagi menyemak semula Perjanjian Malaysia 1963 secara adil.

“Jawatankuasa ini akan mengkaji dan mencadangkan langkah pembetulan, termasuk hak Sabah dan Sarawak terhadap hasil semula jadi negara, minyak dan gas.

“Namun, buku (manifesto) Harapan tak letak jangka masa spesifik untuk melaksanakan usaha ini kerana pelaksanaannya tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan syarat semasa yang perlu dipatuhi.”

Katanya, pemberian royalti minyak 20% itu berdasarkan keuntungan diperolehi Petronas.
“Cadangan tambah royalti petroleum kepada 20% ini adalah berdasarkan keuntungan Petronas selepas cukai dan bukan jumlah hasil pengeluaran kasar.

“PH telah buat analisa struktur kos pengeluaran petroleum oleh Petronas. Analisa ketika itu dibuat dalam keadaan kekangan data untuk melihat sama ada peratusan jumlah royalti petroleum bagi negeri pengeluar petroleum boleh ditingkatkan kepada 20%.”


MR : Jika anjing kalau dah makan taik, kalau tak makan hidu pun jadilah....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

8 ulasan:

  1. Tahniah la untuk orang yang mengundi pakaturn hope ni...memang terbaik la.memang rakan gay b.n...sebijik je prangai.

    BalasPadam
  2. Kepada 30% pengundi yang ada sedara mara di Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu yang memberikan undi kepada PM4 diangkat PM7, nah amek kau!!!

    Wakakaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menzalimi sedara mara sendiri adalah seburuk2 perangai.

      Padam
  3. “Jika Petronas dikehendaki tambah royalti kepada 20% daripada jumlah hasil pengeluaran kasar kepada negeri pengeluar minyak, ia akan beri implikasi serius terhadap kewangan Petronas dan kerajaan persekutuan.”

    Komen:

    Analogi dari kenyataan ini adalah umpama sebuah Syarikat Gergasi Petroleum Antarabangsa (SGPA) yang berpangkalan di Pulau batu Putih yang mencarigali petrol di negara Balkan.

    Apabila Balkan bertanyakan mana royalti 20% yang dimetrai lalu dijawab oleh SGPA: "teruklah syarikat kami kalau beri 20% dan bukan saja kami bahkan Pulau kami juga akan jadi lebih teruk".

    Apa reaksi Balkan???

    BalasPadam
  4. Tunggu baki 4tahun 9 bulan tahan marah ke tidak rakyat borneo sabah sarawak... Diaorang nyer temper tak macam orang semenanjung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dorang (Sabar for Sabaran) pun konfius. Bukan saja dalam isu petroleum, dalam isu lain pun begitu juga.

      Hari ini dalam parlimen Makcik Menteri tenaga kata masalah power grid di Newgeri Bawah Baiyu yang mengakibatkan kekurangan bekalan elektrik adalah disebabkan oleh kerajaan sebelum ini!

      Walhal KM Newgeri di Bawah Baiyu yang baru adalah mantan menteri pembangunan luar bandar dalam kerajaan yang dulu itu. Maknya yang gagal adalah KM Baiyu itu sendiri. Depa konfius.

      Padam
  5. Kalau emas hitam digali di Teluk Mexico contohnya, sepatutnya anak tempatan di teluk berkenaan yang dapat limpahan kontra dan kerja dan bukannya anak dari dataran jelapang padi yang memonopoli kontra2 dan kerja2 perbekalan yang besar2. Untuk anak tempatan dapat melibatkan diri lebih luas, kronism dan nepotism yang tersorok dibelakang dasar pandang ke bumi, pandang ke itu dan pandang ke ini perlu didedahkan kebobrokannya dan disekat dari terus menjadi air masin yang mengkaratkan pagar besi.

    BalasPadam
  6. Pusing punya pusing punya pusing last2 smp nak masuk PRU 15 la kita x dpt royalti 20% tu.. Cakap berbelit2..tu pun ada yg pecaya... Hahhaha..
    Ayat feveret puak2 PH ni ialah "dulu kita x dpt data Atay figure yg jelas"..
    LGE, Tony pua, azizah, kepala ptptn dan yg ni Azmin plk.. Sama saja..
    Pemimpin kencing berdiri,
    Macai kencing berlari... Hehehehe. .

    BalasPadam