Header Ads

ads header

Flash News

Cadangan Pembekuan Akaun Pas: Langkah Awal Ke Arah Negara Satu Parti


Cadangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk membekukan akaun bank PAS adalah satu langkah awal ke arah mewujudkan negara satu parti (one party state). Negara-negara komunis telah mengamalkan sistem ini di mana hanya satu parti iaitu parti komunis dibenarkan wujud. Sebelum ini akaun bank UMNO telah dibekukan kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan kes 1MDB.

Pada pilihan raya umum yang lepas, undi yang diperolehi PH adalah kurang dari 50 peratus. Sementara satu kajian menunjukkan tidak sampai 30 peratus pengundi Melayu mengundi PH. Undi majoriti orang Melayu dikongsi bersama oleh PAS dan UMNO.

Oleh itu kedudukan sokongan kepada PH adalah tidak kukuh. Mereka yang mengundi PH terutamanya ahli-ahli UMNO boleh pada bila-bila masa meninggalkan PH.

Satu jalan keluar bagi PH adalah untuk memastikan UMNO dan PAS tidak wujud lagi dengan membatalkan pendaftaran parti-parti tersebut. Langkah pertama adalah dengan membekukan akaun bank mereka. Langkah seterusnya mungkin dengan merampas aset dan akhir sekali membatalkan pendaftaran.

Kerajaan PH perlu melakukannya untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Selain dari itu kegagalan mereka menunaikan janji-janji pilihan raya bermakna perhatian rakyat perlu dialihkan. Rampasan wang tunai dan barangan berharga yang cuba dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjadi berita utama di dalam usaha untuk menutup kegagalan menurunkan harga minyak, kegagalan menghapuskan tol, kegagalan menurunkan kos sara hidup dan kegagalan-kegagalan yang lain.

Walau bagaimanapun yang patut membimbangkan rakyat adalah sebarang usaha untuk membunuh demokrasi. Sebelum ini seorang Menteri pernah mencabar ahli-ahli akademik yang tidak sehaluan dengan kerajaan PH meletakkan jawatan. Jika rakyat tidak membantah usaha-usaha ini negara, kita akan melihat Malaysia tanpa parti pembangkang atau parti-parti pembangkang yang telah "dimandulkan". Ini tidak baik untuk rakyat kerana tidak akan berlaku "check and balance" atau semak dan imbang.

Dato' Iskandar A. Samad
Naib Presiden PAS
30 Jun 2018


MR : Mahathir tak boleh 'berlakon' lama akhirnya balik semula kepada perangai asal....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

17 ulasan:

  1. Cadangan pemimpin Pakatan Wayang Opera untuk membekukan akaun bank PAS adalah satu langkah awal KERA JAAN PAKARTUN ke arah mewujudkan negara NAZI, FASCIST atau KOMUNIS.

    Maka jelaslah puak pakartun semasa menjadi pembangkang adalah kepala bapak biawak lidah bercabang yang menjerit histeria konon kera jaan Be End tidak menghormati demokrasi.

    Apabila kera jaan pakartun berkuasa, bayangan kera jaan NAZI,FASCIST DAN KOMUNIS mula menjelma di hadapan kita.

    Semua ideologi tersebut telah melingkupkan negara Jerman, Itali dan Russia dll.

    BalasPadam
  2. Belum terlambat untuk Pas dan umno untuk menghalangnya.Bersatu la segera demi melayu dan islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita berharap PAS dan UMNO dll bersatu padu membentuk kerajaan baru.

      Padam
  3. Apela yg pas nak gelabah sgt..klu betul tak terima dana 1mdb duduk diam & tunggu siasatan sprm..jgn keluarkan statement pelik2 nt org menyampah..pas perlu ikut cara tuan guru nik aziz tenang, bersabar & tawakal..klu kt berada di pihak benar pasti Allah akn bantu..pimpinan tinggi pas perlu berhati2 keluar statement supaya tak jadi peluru PH & malaysiakini

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini bukan gelabahlah dolmat inni peringatan kalu nak beku beku siapa takut menjadi pembakang kalau tak boleh bersuara pembakang apa nama tu

      Padam
    2. Anon 6:43 PTG,

      Menulis komen memandang remeh masalah pembekuan akaun memang mudah.

      Cuba bayangkan akaun anda dibekukan selama 5 tahun oleh rejim pakatan. Masa itu barulah anda faham ini.

      Padam
    3. Gelabah? Kamu paham tak maksud check n balance....
      Kalu tak ditegur makin menjadi2 diorang nih wat fitnah...

      Padam
    4. Kalau akaun kamu kena beku amacam ? Okay tak ? Sure okay kan ?
      Bila kita panggil kamu bahlol kamu marah pulak. Kamu panggil tak Islamiklah , takde hikmah lah. Tapi hakikatnya memang kamu tu bahlol.

      Padam
  4. Statement gelabah camni buat penyokong pas di pantai barat cam sy kecewa...byk yg sy kenal dulu pro pas dah swing ke PH...sy je masih istiqomah sbb pas tak pernah menyeleweng dri perjuangan islam

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana dtg gelabahnya kalau masih istiqomah bagilah semangat sikit
      tak faham penyokong macam ini

      Padam
    2. Penyokong PAS swing ke pakatan sebab mereka mempercayai semua fitnah dan janji bulan dan bintang yang dicipta oleh pakatan.

      Bahkan pemimpin pakatan sendiri menentang RUU anti-berita palsu seolah-olah pakatan tidak boleh menang tanpa berita palsu @ fitnah.

      Akhirnya pengundi pakatan hanya mampu menelan kahak sahaja.

      Padam
    3. Penyokong yang swing ke PH kurang pengetahuan tentang Islam secara syumul bukan pasal lain, Ada naib ketua ulamak sedunia tak hendak jadi rujukan, orang orang kafir jadi rujukan dan statement yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS membela hak pengundi yang telah mengundi PH kerana janji janji PH. Hendak ke diperintahkan oleh orang orang yang anggap pengundi bodoh ?

      Padam
  5. Isu wang 1mdb dimasukkan dalam akaun parti Melayu dan Parti Agama telah dikempenkan semasa PRU 14. PRU adalah hari rakyat buat penghakiman. Dan penghakimam isu ini sudahpun dibuat.

    Keputusan PRU 14 menyaksikan 70% Melayu dan Islam telah menolak pihak yang buat tuduhan. Ini bermakna 70% Melayu dan Islam telah mendapati tuduhan berkenaan adalah tidak benar.

    Frasa 'Rakyat Adalah Hakim' telah pun dipersetujui oleh semua termasuklah oleh Pakatan Hippo. Di sini penghakiman rakyat adalah muktamat.

    Dalam konteks 1mdb, semua pihak sepatutnya akur dengan keputusan 70% Melayu/Islam yang membuat keputusan 'tidak bersalah'. Dengan itu tidak perlu mana isu ini terus dipanjangkan dalam gelanggang politik.

    Namun ada tangan2 munafik yang tidak dapat menerima keputusan majoriti Melayu/Islam. Mereka berusaha untuk mendapatkan sabitan. Tangan2 berkenaan adalah mengingkari persetujuan bersama.

    BalasPadam
  6. mereka tak yakin menang pru 15 ... usha drastik perlu diambil bagi halang pas dari berkuasa .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betoi tu..
      InsyaAllah kita akan terus Istiqamah hingga kemenangan..
      Menang x megah,
      Kalah x rebah..
      InsyaAllah..
      Aamiin..

      Padam
  7. penyokong pas di pantai barat tak kuat ketahanan dan mudah termakan fitnah..tak seperti penyokong pas di pantai timur yg lebih matang dlm menerima sesuatu berita yg berunsur fitnah atau pun tidak sahih..semoga mereka di beri kesedaran..aaaminnn

    BalasPadam
  8. penyokong pas di pantai barat tak kuat ketahanan dan mudah termakan fitnah..tak seperti penyokong pas di pantai timur yg lebih matang dlm menerima sesuatu berita yg berunsur fitnah atau pun tidak sahih..semoga mereka di beri kesedaran..aaaminnn

    BalasPadam