Header Ads

ads header

Flash News

Calon Pakatan Harapan langgar Seksyen 3 & 7 di bawah Akta SPRM


BERSIH membidas pesta durian anjuran sebuah koperasi berkaitan kerajaan Selangor di kawasan pilihan raya kecil Sungai Kandis, yang bakal menampilkan Menteri Besar, Amirudin Shari dan calon PKR, Zawawi Ahmad Mughni.

Menurut hantaran oleh Koperasi Hijrah Selangor (Kohijrah) di Facebook “kita belanja durian kampung dari Batu Kurau, Perak” sempena perasmian karnival trak makanan di Seksyen 32, Shah Alam.

Hantaran itu menyebut Amirudin akan melancarkan program berkenaan, yang juga akan menampilkan Zawawi sebagai "jemputan khas".

Kohijrah dikaitkan dengan Hijrah Selangor, yang adalah program mikro kredit untuk usahawan oleh kerajaan negeri Selangor.

BERSIH berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa program itu adalah satu amalan korupsi dan bertentangan dengan undang-undang pilihan raya.

“BERSIH 2.0 menolak amalan korupsi tersebut, dan sekiranya diadakan, ia bertepatan dengan salah laku pilihan raya di bawah Perkara 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya kerana melibatkan penjamuan untuk mempengaruhi undi daripada para pengundi.

“Dengan menjadikan Kohijrah sebagai penganjur, ia bukan sahaja satu bentuk konflik kepentingan, bahkan ia juga satu bentuk penyalahgunaan jentera kerajaan untuk membantu kempen Zawawi Mughni, calon PKR yang merupakan salah satu parti komponen bagi pakatan pemerintah di Selangor, iaitu Pakatan Harapan,” katanya.

Sehubungan itu, BERSIH menuntut agar program itu dibatalkan segera, dan untuk Amirudin dan Zawawi tampil memberikan penjelasan kepada umum tentang program itu.

Katanya, jika program ini tidak dibatalkan dan aktiviti “belanja durian” itu diteruskan semasa kempen pilihan raya, SPRM perlu menyiasat dan mengambil tindakan selaras dengan Seksyen 3 dan 7 di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

BERSIH menggesa semua pihak untuk mengelakkan diri daripada amalan penipuan pilihan raya,
termasuk penjamuan makanan.

“Jikalau agensi kerajaan ingin meganjurkan program yang melibatkan calon pilihanraya, semua calon-calon yang bertanding patut di jemput dan diberikan layanan yang saksama.

“Semua agensi-agensi kerajaan patut bersikap neutral dan tidak berpihak kepada mana-mana pada setiap masa,” kata BERSIH.

Kumpulan NGO pemantau pilihan raya itu turut mengingatkan HARAPAN untuk menegakkan manifesto yang dijanjikan untuk membanteras rasuah di Malaysia, dan rakyat mengundi mereka untuk menyingkirkan kerajaan yang korup.

Pilihan raya kecil 4 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Zawawi, calon BN, Datuk Lokman Noor Adam dan calon bebas K Murthy.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Pada PRU-14, DUN Sungai Kandis menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan Mat Shuhaimi mempertahankan kerusinya apabila mengalahkan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari; calon PAS, Mohd Yusof Abdullah; dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin.

Mat Shuhaimi meraih 23,998 undi dengan majoriti 12,480 undi, mengalahkan Kamaruzzaman (11,518 undi), Mohd Yusof (7,573 undi) dan Hanafiah (76 undi).


MR : Semasa belum berkuasa sangat mudah menegur kesilapan orang, tapi bila berkuasa nampaknya kita sendiri pulak buat salah dan tak tepati janji manifesto ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

5 ulasan:

  1. Mng pon dgn fitnah, setakat blnja durian nk pilihanraya tu apelah sgt..
    Jg duit durian tu dtg dari duit rkyt sudahla.
    Igtkan kerajaan blanja, rupanya duit sndiri tnpa sedar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:
      *jgn bukan jg

      Padam
    2. You pernah dengar kata2: Matlamat tidak menghalalkan cara. Walaupun niat baik tapi kalau salah tetap salah.

      Padam
  2. Bagaimana dengan kempen calun PKR yang dilaporkan dalam TV1 hari ini yang kalau dilihat secara mendalam bolehlah ditakrifkan sebagai mengandungi elemen sogokan. Tiadakah mana-mana pihak seperti BERSIH, BERshit, BERHAD dan BER-BER yang amek port?

    Yang dimaksudkan ialah apabila beliau dilaporkan merancang memberikan sesuatu atau meminta seseorang atau sesebuah agensi negeri untuk memberikan itu dan ini kepada beberapa penduduk yang sihat dan yang tidak sihat semasa berkempen di Sg Kandis? Apakah BER-BER sume itu sedar akan hal ini? Atau BER-BER nak kata ini tiada apa2?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok kalau dpt memenangkan ph.
      Tak ok kalau memenangkan parti lain.
      Dia ikut Akta Sendiri Kanun Sukahati

      Padam