Header Ads

ads header

Flash News

Cukai Lebih Tinggi Berbanding GST Akan Dilaksana


MENTERI Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan cukai jualan sebanyak 6 peratus dan cukai perkhidmatan 10 peratus akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Cukai menggantikan GST itu bakal dilaksanakan pada 1 September.

Jumlah itu mengatasi kadar 6 peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah ditetapkan pada kosong peratus dan bakal dimansuhkan.

Beliau mengumumkan kadar cukai baharu ini dalam ucaptamanya di Persidangan Cukai Kebangsaan di KLCC hari ini.

Menteri kewangan itu berkata rang undang-undang berkaitan dijangka dibentangkan di Parlimen bulan depan.

Menurut Guan Eng, cukai menggantikan GST itu dijangka menghasilkan pendapatan sebanyak RM4 bilion, jumlah yang lebih rendah berbanding kutipan hasil GST.

Penetapan kadar GST pada kadar sifat telah mengurangkan pendapatan negara sebanyak RM21 bilion.

Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mendakwa GST sebagai punca kenaikan harga barangan dan menyebabkan peningkatan kos sara hidup rakyat.

Kerajaan PH mengalami masalah melaksanakan janji-janji pilihan rayanya yang memerlukan belanja besar akibat tindakan menamatkan kutipan GST yang menyusutkan pendapatan kerajaan. – FMT/Mynewshub.tv


MR : Pelik apabila GST dikatakan lebih tinggi daripada SST....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

BANNER IK :

12 ulasan:

  1. buatlah kau punya suka janji rakyat happy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagaimana boleh rakyat happy jika kera jaan pakatan telah memungkiri semua janji dalam manifesto pakatan sendiri, beban rakyat bertambah kerana memikul biawak pakatan, harga kelapa sawit dn getah merundum, harga barang keperluan meningkat, ekonomi negara merundum, rezab kera jaan pakatan telah merosot dan pelabur sedang megeluarkan pelaburan mereka keluar dari negara ini dll?

      Yang betul-betul happy ialah pemimpin-pemimpin pakatan yang menjadi PM, menteri kewangan, menteri dalam negeri, menteri pertahanan, menteri pendidikan dan kroni-kroni pakatan dll.

      Padam
  2. rakyat happy...oh no no no...
    pakutun happy..yes yes yes...
    penyokong pakatun happy...yes kuasa 10, yes kuasa 10, yes kuasa 10..

    BalasPadam
  3. Semoga inilah kerajaan PH yang pertama dan di doakan yang terakhir di Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. YESSS.!! semoga yang pertama n yang terakhir... Ameennn....

      Padam
  4. Sudahlah kadar cukai lebih tinggi, pungutan cukai pulak berkurangan, pengelakan cukai bakal naik, main streets makin terhimpit, wall streets ibarat KERA di hutan di susukan. Oh negara baru ku kur! ku kur!.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain dr madey..pemmpim ph yg lain tu adlh prtma kali dpt jdi pmmpim..umpama kera..meloncat2 trlmpau kesukaan..tp sayang..mcm kera diberi bunga yg cantik dn harum..abis dirosakkn bunga tu..puak panDir plok mcm barua dn melukut ditepi gantang..snggup jd pengkhianat Islam demi menjilat kuffar dap..tnggu la kamu nya..setiap perbuatan kamu ada pembayaran nti yg cukup2 mahal..in shaa Allah.

      Padam
  5. GST 6%, drinking water 500ml berharga kurang dari RM1. Selepas GST sifar, ia kini berharga RM 120.

    BalasPadam
  6. Wah betapa baiknya KERAjaan pakatan membantu rakyat dengan menaikkan cukai yng akan menyebabkan harga barang keperluan meningkat! Tahniah pengundi-pengundi pakatan telah membuat pilihan yang bodo !

    BalasPadam
  7. ni si iblis no 1 di msia yg mesti dilenyapkan

    BalasPadam
  8. Gst nampak duit gi kat kerajaan Sst tak nnampak gi kat kerajaan itu bezanya sebab bila kita beli barang akan tercatit berapa gstnya skrg beli barang nampak gst sifar maka takterasa marah pada kerajaan ini kan namanya putar alam

    BalasPadam
  9. Sekarang masa utk kerajaan buat duit.. nanti nak PRU balik.. tak mustahil macam2 janji termasuk mansuh SST boleh berlaku. politik2.. rakyat sentiasa jadi mangsa.

    BalasPadam