Header Ads

ads header

Flash News

Dr Mahathir ulangi kerajaan tak mampu beri elaun nelayan


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya masih tidak senang dengan bantuan bulanan kepada nelayan, walaupun menteri kabinetnya memberi jaminan elaun sara hidup berkenaan tidak akan dimansuhkan.

Mahathir sekali lagi mengulas mengenai elaun nelayan dalam wawancara dengan laman web perniagaan Investvine yang diterbitkan hari ini.

"(Kerajaan terdahulu) memberi duit kepada nelayan, sama ada mereka menangkap ikan atau tidak, itu bukan soalnya, mereka mendapat (RM) 300 sebulan seperti gaji.

"Sekarang kita tidak mampu berbuat demikian kerana wang yang diberikan kepada mereka telah diambil daripada kerajaan atau daripada sumber haram," katanya.

Dua minggu lalu Mahathir dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub memberikan kenyataan bertentangan mengenai bantuan elaun sara hidup nelayan antara RM200 dan RM300 setiap bulan.

PM kata batal, menteri kata kekal

Mahathir dalam temu bual dengan Malay Mail, berkata bantuan itu akan dibatalkan, tetapi Salahuddin dalam satu sidang akhbar berkata ia akan dikekalkan.

Salahuddin kemudian mengeluarkan satu lagi kenyataan berkata Mahathir bermaksud menghapuskan insentif tunai satu kali oleh kerajaan BN kepada nelayan dan bukannya elaun sara hidup bulanan.

Terdahulu dalam wawancara Investvine itu, Mahathir menjelaskan pemberian wang tunai secara umumnya dapat menjejaskan daya saing mereka dan mewujudkan pergantungan kepada bantuan kerajaan.

"Ini melemahkan etika kerja mereka, mereka tidak lagi bekerja untuk mendapatkan nafkah. Mereka merasakan bahawa walaupun kamu tidak bekerja, kerajaan mempunyai amanah untuk membantu mereka dan ini tentunya sangat buruk kerana ini bermakna mereka tidak berdaya saing.

"Akhirnya bilangan orang yang memiliki daya saing akan berkurangan dan mereka tidak akan dapat membayar cukai yang diperlukan oleh kerajaan untuk menyokong gaya pentadbiran (BN) yang sangat boros ini yang memberikan hadiah percuma kepada rakyatnya.

"Jadi, kita perlu mengubahnya dan sudah tentu ada kosnya," katanya.


MR : Mahathir patutnya semak kena harga ikan lebih mahal daripada ayam, sedangkan ayam, kena ternak ikan pergi tangkap aje. Nelayan makin miskin orang tengah makin kaya itu kerja PM yang perlu selesaikan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Maka dengan itu diulangi: GST 6% + bantuan tunai, main street bahagia Wall street 'derita' sebaliknya GST sifar minus bantuan tunai: kerajaan lega, Wall street bahagia, main strait derita. Pilihan sudah dibuat, usah kesal, undur jangan, moh ke depan.

    BalasPadam
  2. Kalau tak ada idea baru, skim saraan ini akan menampakkan PH sekadar copy&paste idea lama. Idea baru ini harus datang dari Pak Menteri dan para2 pengkritik idea yang lama itu.

    Kalau isunya adalah daya saing dan produktiviti, ianya boleh diatasi dengan menetapkan kuota minimum pendaratan ikan setiap bulan. Kalau tak cukup, bantuan melepas.

    Dengan adanya ada idea baru yang mampu menutup segala kelemahan dan impak negatif, tidaklah sangat menampakkan idea lama dijiplak oleh para 'penyapu baru'.

    MOI adalah very reasonable. Yang dimahukan ialah Pak Menteri yang bekerja menggunakan akal. Tanpa akal tiada perubahan. Ada perubahan, MOI juga mengubah fikiran.

    BalasPadam
  3. mahathir bercakap ttg daya saing pd rakyat,sedangkan utk sykt mcm proton 1 masa dulu boleh pulak kerajaan bantu.kenapa tak biarkan saja proton tu berdaya saing sendiri dalam market perniagaan kenderaan?
    masalah kepada realiti sekarang ialah jurang kaya & miskin makin menjauh.rakyat terbanyak makin susah tak kira berapa kerja dia buat dalam sehari.tapi yg kaya,makin guna kuasa kewangannya utk jerat tengkuk si miskin.mahathir kena ingat,ini baru peringkat pertama revolusi rakyat di mana dia memenanginya pd PRU14,tapi rakyat kini dh belajar mcm mana kuasa demokrasi boleh runtuhkan kerajaan yg baru,revolusi rakyat peringkat ke 2 boleh berlaku jika mahathir n the geng terus mainkan isu persepsi ini tanpa hiraukan jerih payah rakyat miskin.

    BalasPadam
  4. Maka bersedialah semua rakyat menghadapi harga ikan yang lebih mahal, kerana nelayan pun perlu menyara keluarga masing2.

    BalasPadam
  5. aku nak tengok sampai bila pentaksub atuk boleh tahan dengan orang tua ni

    BalasPadam