Header Ads

ads header

Flash News

Dr Mujahid dan 'Hifzu ad-Din'


MUKADDIMAH

Heboh di media sosial berkenaan ucapan YB Dr Mujahid Yusof, Menteri baru di Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan menggalas amanah 'menjaga agama' di dalam Malaysia Baru.

Antaranya Dr Mujahid menyebut mengenai Maqasid asy-Syariah. Beliau bercakap mengenai 1 daripada 5 prinsip keutamaan dalam Ilmu Maqasid tersebut, iaitu 'Hifzu ad-Din' bermaksud prinsip 'menjaga agama'.

Beliau dengan penuh 'confident'nya menghuraikan maksud prinsip 'Hifzu ad-Din' itu sebagai menjaga 'semua agama'. Bukan hanya agama Islam. Kerana, kata beliau, Islam adalah 'Rahmatan Lil 'Alamin', iaitu sebagai rahmat kepada seluruh alam. Di sinilah, tempat kekecohan bermula.

Fahami dulu beberapa istilah

●     Ilmu Maqasid asy-Syariah - Ia ialah suatu ilmu yang mengkaji mengenai rahsia-rahsia dan hikmah yang dikehendaki oleh Allah S.W.T di sebalik pelaksanaan segala suruhan dan mengelakkan segala larangan yang ditetapkan di dalam hukum syarak.

Ia adalah suatu cabang ilmu di dalam Ilmu Usul Fiqh. Ia dibincangkan oleh para ulamak yang begitu mendalam kefahaman mereka mengenai ilmu syarak sehingga mereka mampu melihat aspek 'kebijaksanaan' atau 'wisdom' di sebalik pensyariatan sesuatu hukum syarak. Bukan hanya sekadar menguasai perbahasan dalil-dalilnya sahaja.

Kajian Ilmu Maqasid ini telah berkembang luas mutakhir ini, sehingga ia hampir menjadi satu kategori ilmu yang khusus. Tidak lagi sebagai cabang kepada Ilmu Usul Fiqh. Namun Ilmu Maqasid hanya boleh difahami dengan baik, jika kita terlebih dahulu menguasai Ilmu Usul Fiqh.

●     Ad-Dhoruriyyat al-Khamsah - Iaitu 5 Prinsip Keutamaan Yang Paling Utama di sebalik setiap perintah melaksanakan Syariat. Iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga keturunan, menjaga akal dan menjaga harta.

●     Hifzu ad-Din - Ia merujuk kepada prinsip pertama dan yang paling utama daripada ad-Dhoruriyyat al-Khamsah tadi, iaitulah prinsip menjaga agama.

●     Rahmatan Lil 'Alamin - Petikan daripada Surah al-Anbiyaa', ayat 107. Bermaksud:

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Adakah prinsip Hifzu ad-Din dalam Maqasid asy-Syariah bermaksud menjaga 'semua agama' atau khusus kepada 'Agama Islam' sahaja?

Ilmu Maqasid asy-Syariah sendiri ialah ilmu yang mengkaji rahsia-rahsia dan hikmah-hikmah tersembunyi di sebalik pelaksanaan Syariat Islam.

Apabila kita melaksanakan Syariat Islam, kita akan dapati 5 faedah utama yang akan diperolehi oleh manusia. Iaitulah;

●     Terpeliharannya agama Islam yang akan menyelamatkan manusia daripada terjerumus ke dalam kebinasaan azab api neraka di negeri Akhirat. Antaranya disyariatkan berdakwah, belajar agama, mendirikan sekolah-sekolah agama, mendirikan masjid, meninggikan Syiar Islam seperti azan, solat berjamaah, rombongan haji, berjihad dengan harta dan nyawa dan lain-lain bagi tujuan menjaga agama.

●     Terpeliharanya nyawa manusia di dunia ini daripada sebarang pencerobohan membabi buta. Antaranya disyariatkan hukuman bagi jenayah membunuh atau mencederakan iaitulah hukuman Qisas dan Ta'zir bagi tujuan menjaga nyawa.

●     Terpeliharanya keturunan manusia daripada bercampur-baur yang akan menyebabkan syak wasangka dan persengketaan yang tidak kunjung padam. Antaranya disyariatkan nikah kahwin dan diharamkan zina, bagi menjaga keturunan.

●     Terpeliharanya akal daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan kemampuannya untuk berfikir dengan baik. Antaranya disyariatkan pengharaman arak.

●     Terpelihara harta daripada kerosakan, pembaziran dan pencerobohan tanpa hak. Antaranya disyariatkan hukuman Hudud bagi kesalahan mencuri dan merompak.

Percubaan untuk bermain dengan istilah

Setelah kita memahami secara ringkas konsep Maqasid asy-Syariah dan Hifzu ad-Din tadi, jelaslah kepada kita bahawa yang dikehendaki dengan menjaga agama ialah menjaga agama Islam.

Namun, Dr Mujahid menyatakan prinsip Hifzu ad-Din, bukan setakat jaga agama Islam sahaja. Bahkan jaga semua agama. Kerana Islam adalah sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Beliau dengan itu dilihat mencampur-adukkan istilah-istilah IImu Maqasid asy-Syariah dengan konsep 'tidak ada paksaan dalam agama'. Di mana konsep pemerintahan di dalam Islam memberi jaminan kebebasan beramal dengan agama selain Islam di dalam Negara Islam. Ini menggambarkan kecelaruan akademik yang sangat nyata.

Di manakah konsep 'tidak ada paksaan dalam agama' di dalam kerangka Ilmu Maqasid? 

Apabila melihat kepada konsep 'tiada paksaan dalam agama', kita dapati kehendak Syarak ialah untuk memberi kebebasan memilih kepada manusia. Dan manusia akan diberikan ganjaran syurga atau diseksa dengan azab neraka berdasarkan pilihan yang dibuatnya semasa di dunia.

Untuk seseorang membuat pilihan yang baik, ia memerlukan akal yang ada kemampuan untuk berfikir secara waras. Oleh itu, urusan kebebasan memilih agama adalah termasuk di dalam Hifzu al-Aql, bukannya Hifzu ad-Din. Jika ada paksaan, akal tidak lagi bebas untuk membuat pilihan.

Oleh itu, orang gila tidak disyariatkan untuk memilih agama, solat, puasa dan sebagainya. Kerana dia tidak ada akal untuk membuat pilihan.

Begitu juga, Syarak menggalakkan kita agar berdakwah mengikut kadar kemampuan akal seseorang. Kita juga dituntut agar berdakwah kepada orang kafir mengenai kebenaran Islam menggunakan dalil akal yang disepakati bersama oleh manusia yang waras. Ia diajarkan di dalam al-Quran dan juga di dalam as-Sunnah.

Jadi menjaga akal adalah lebih terbuka. Menjaga agama adalah lebih khusus. Menjaga akal semua manusia supaya ada kebebasan memilih. Tetapi menjaga agama adalah khusus untuk agama yang diredhai oleh Allah S.W.T semata-mata, tidak agama lain.

Jika agama lain, turut dijaga oleh Syarak bermakna tidak ada lagi kewajipan dakwah dan jihad. Bahkan, Allah S.W.T memberi kebebasan memilih kepada semua manusia. Namun Allah S.W.T hanya menjaga dan memelihara agama yang diredhaiNya.
Menggunakan alasan Maqasid Syariah untuk menolak pelaksanaan Hukum Syarak

Mutakhir ini juga, ada golongan yang menggunakan konsep Maqasid asy-Syariah untuk menghalang pelaksanaan Syariah. Antaranya golongan Islam Liberal.

Mereka tidak menerima konsep asas Ilmu Akidah dan Usul Fiqh, tetapi terus terjun untuk mengaplikasikan Ilmu Maqasid asy-Syariah mengikut tafsiran mereka yang dangkal. Hasilnya, tidak ada satu pun hukum Islam yang dilihat baik dan bermanfaat di mata mereka.

Menggunakan alasan Maqasid asy-Syariah untuk membolehkan agama lain diberi kebebasan menyebarkan agama mereka sebebas-bebasnya di Malaysia

Ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini membuka ruang yang luas agar agama-agama selain Islam juga boleh disebarkan secara bebas seperti agama Islam di dalam negara kita.

Ini bertentangan dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Isu seperti patung besar 'Jesus Christ' yang disalib tersergam megah di Negeri Melaka. Antara negeri paling awal menerima Islam dan mendaulatkan hukum syariat-Nya pada abad ke-15. Suatu pukulan hebat kepada umat Islam di negara kita.

Walhal mengikut Maqasid Syariah, konsep Hifzu ad-Din menghendaki agar Syiar Islam mesti lebih tinggi daripada syiar agama lain di dalam sesebuah Negara Islam.

Sabda Nabi S.A.W:

"Islam itu tinggi, dan tiada yang boleh ditinggikan lebih daripadanya."
Kesimpulan
Sebagai seorang Menteri, Dr Mujahid sepatutnya lebih teliti di dalam kepetahan beliau berbicara.

Apa yang kita lihat ialah percubaan beliau untuk bermain istilah bagi menunjukkan kewibawaan akademiknya, akhirnya didapati hanya menunjukkan kedangkalan kefahamannya mengenai istilah-istilah yang disebutnya.

Ya, sebagai Menteri tentulah ramai juga yang 'membela' beliau. Percubaan 'mengampu' juga jelas kelihatan. Itulah adat dunia, walaupun di Malaysia Baru.

Kepada Dr Mujahid, kita berharap agar dapat berperanan dengan lebih efektif untuk 'menjaga agama' di Malaysia Baru ini. Beberapa perkembangan semasa, dilihat sangat tidak memberangsangkan ke arah meninggikan Syiar Islam di negara kita.

Dengan latar belakang Menteri baru ini, kita tentulah berharap agar kemajuan Islam di negara kita akan dapat mencapai tahap yang lebih tinggi daripada tahap pencapaian Kerajaan BN di bawah Datuk Jamil Khir sebelum ini.

ZAKARIA ISMAIL
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Kawasan Marang


MR : Mujahid menteri agama, dia rasa dia menteri semua agama....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

BANNER IK :

11 ulasan:

  1. Diharap jangan kita samakan dia macam ayah pin sebab semua agama ayah pin jaga.

    BalasPadam
  2. Puak liberal adalah kepala bapak ajaran sesat lagi menyesatkan kerana mereka menolak, mempertikai, menghina, memburuk-burukkan atau menfitnah ajaran Islam dengan mentafsirkan Al-Qur'an mengikut akal jahil murakkab dan mempertikai atau menolak Sunnah supaya mereka bolah memuaskan hawa nafsu serakah mereka sendiri iaitu menghalalkan yang haram seperti zina, arak, judi, LGBT, atheisme, sekularisme, liberalisme, pluralisme, feminisme, Syiah, Qadiani dll dan mengharamkan yang halal seperti Hudud, hukum faraid, poligami, penikahan awal remaja dll.

    Puak liberal berlagak bodoh sombong mempertikai dan memutarbelitkan ajaran-ajaran Islam mengikut hawa nafsu serakah mereka sendiri untuk menyesatkan umat Islam. Mereka mendesak solat Jumaat dilakukan pada hari Sabtu, wanita boleh mengimankan solat Jumaat dengan jemaah lelaki dan wanita bercampur aduk dalam saf yang sama dll.

    Maka kita tidak terkejut melihat puak liberal mendakwa kononnya maksud prinsip 'Hifzu ad-Din' itu sebagai menjaga 'semua agama' sedangkan kita semua mengetahui hanya Islam agama yang benar dan diredhai oleh Allah dan Islam diturunkan kepada manusia untuk menghapuskan kesesatan agama-agama kafir.

    Maka jelaslah kepada kita kera jaan pakatan sekarang sedang dipimpin oleh puak sekular liberal dan kafir harbi yang memberi keutamaan kepada hak orang kafir dan menafikan hak agama Islam dan umat Islam. Bahkan sebilangan pemimpin pakatan telah menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam secara terbuka dan terang-terangan.

    Jika sebilangan umat Islam telah mengundi pakatan dalam PRU, maka mereka juga menangung dosa besar setiap kali kera jaan pakatan menzalimi atau menindas agama Islam dan umat Islam.

    At-Tirmidzi meriwayatkan sebuah hadis daripada Ka’ab bin ‘Ujrah katanya, pada suatu hari Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Wahai Ka’ab, aku mohon perlindungan daripada Allah s.w.t supaya melindungimu daripada pemerintah-pemerintah yang datang selepas aku. Barangsiapa yang mendatangi pemerintah di tempat kediaman rasmi mereka, serta membenarkan pembohongan para pemerintah dan menolong segala kezaliman mereka, sesungguhnya mereka bukan daripada umatku, ia tidak dapat menemui aku dan menghampiri telagaku (Telaga Kauthar) di akhirat kelak. Barangsiapa yang terpaksa pergi ke istana pemerintah sedang dia tidak membenarkan pembohongan pemerintah dan tidak membantu di atas kezaliman pemerintah, sesungguhnya aku adalah sebahagian daripadanya.”
    (Sunan at-Tirmidzi: hadis no. 558, al-Mukjam al-Kabir: hadis no 15 561)

    Jika pengundi pakatan bukan umat Nabi Muhammad S.A.W. kerana menyokong kezaliman kera jaan pakatan, mereka umat siapa?

    BalasPadam
  3. Sokong sangat pakatan haprak maka begini la jadinya.

    BalasPadam
  4. liberal bertopengkan agama.

    BalasPadam
  5. Moga allah swt membuka hati2 mereka kembali pada agama islam yg sebenar.

    BalasPadam
  6. Inilah dia fahaman pluralisme: Semua agama diterima Allah. Semua agama akan menuju Allah.

    Bahaya fahaman ini. Fahaman liberalisma pulak menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atas alasan peredaran zaman dan pencapaian teknologi. Contohnya ialah penerimaan LGBT. Islam dengan terang menentang amalan songsang ini.Tapi mereka beralasan bahawa orang kafir ada hak untuk melakukannya , sebagaimana orang kafir ada "hak" untuk minum arak dan main judi serta langgan pelacur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puak liberal yang sesat lagi menyesatkan berkata setiap manusia termasuk umat Islam berhak melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad kerana kononnya setiap manusia mempunyai hak kebebasan individu.

      Ini jelas membuktikan puak liberal adalah musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan musang berbulu ayam yang berusaha memusnahkan Islam dan menyesatkan dari dalam.

      Fahaman inlah yang diperjuangkan oleh kepala bapak liberal seperti NGO sesat lagi menyesatkan seperti Sisters In Sins (SIS), Garbage 25 dll.

      Padam
  7. Apa komen Dr Maza...??

    BalasPadam
  8. Klu dizaman Saidina Umar al khattab..mujahid bangsat ni doh kena potong kapla..pastu buang dlm longkang..pan taraf dia org lebih rendah dr haiwan..x nilai..pengkhianat Islam..saki baki Abdullah bin ubai..

    BalasPadam
  9. Sabar dulu.. ilmu sangat luas.. tiada siapa yg sudah smpai di batas sempadan ilmu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tetapi yang benar itu jelas. Yang sesat itu jelas ! Allah dan RasulNya telah menetapkan garis panduan untuk kebenaran dan kesesatan !

      Padam