Header Ads

ads header

Flash News

Habat jasa Salahuddin di Pulau Pinang sehingga dapat ‘Datuk’


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub hari ini dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Ketika ditemui selepas istiadat khas di kediaman Yang Dipertua Negeri, Salahuddin yang diiringi isteri Fatimah Taha, melahirkan rasa bangga dan terharu menerima pingat kebesaran itu.

"Sesuatu yang sangat besar maknanya dalam karier politik saya sebagai orang Johor tetapi tiba-tiba mendapat penghargaan daripada Pulau Pinang," katanya.

Kita tak tolak sumbangan YB Salahudin semenjak dulu lagi.. namun ada moleknya menerima gelaran tersebut setelah beliau 'perform' sebagai seorangg menteri.. Dulu semasa dalam PAS, pimpinan PAS tidak menerima pingat sewenangnya. Abdul Hadi beberapa kali menolak Dato' Seri sehingga nasihat pimpinan lain ambil untuk jaga hati sultan. Begitu juga Harun Taib dan ramai lagi.

Tapi tak sampai 100 janji manifesto terlaksana dah dapat Datok, Lagi habat di negeri lain pula. Mungkin kerana hebat mengira ikan dilaut dan lembu diladang yang 7 ekor.

Gelaran Datuk sekarang ni mcm senang-senang je boleh dapat.. ada bekas penjenayah yngg ada kes pun boleh dapat.. kenape ye? Manakah salah dan silap dia.. martabatkan gelaran tersebut.. ianya merupakan salah satu gelaran kebesaran 'Malaya' semenjak turun temurun.

Nanti adalah puak-puak taasub akan berkata daripada gelaran "jebon" kini dapat gelaran "datuk". Adakah hujah ini mampu dijawab dihadapan ALlah s.w.t. dalam pengkhinatan perjuangan Islam di Malaysia. Semoga Allah berikan kita pertunjuk, Jangan sampai Allah sesatkan kita dengan 'keduanian' yang kita dan puak kita banggakan.


MR : Hebat politik DAP, LGE beberapa penggal di PP tak dapat apa, ni tak sampai 2 bulan terus dapat.. Politik DAP luar jangkaan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. Kita tidak menghormati gelaran 'datuk' kerana sebilangan besar penerima gelaran ini tidak memberikan sebarangan sumbangan besar kepada rakyat dan negara kita. Bahkan sebilangan 'datuk' didakwa terlibat dalam aktiviti jenayah dan menipu atau menindas rakyat dll.

    BalasPadam
  2. Kalau tak ada jasa masakan ada pihak mahu membalas jasa tanpa ada jasa di taburkan. Cuma apa dia dan besar mana.

    Dalam aspek ini PP nampak ada jasa ditaburkan lalu jasa itu dibalas secara memberikan medal, skroll dan gelaran.

    Besar atau kecil jasa adalah relatif. Di Pulau Gajah Putih ia mungkin nampak kecil tapi di Pulau Mutiara jasa yang kecil nampak besar.

    Lebih khusus, murahnya tomato pada perayaan Aidulfitri mungkin nampak biasa di Iskandar Princess tapi di Goerge Town ia nampak signifikan.

    Cumanya gelaran yang diberi harus lebih spesifik agar nampak kaitannya dengan jasa. Makanya 'datuk tomato' lebih tepat dan gah.

    BalasPadam
  3. Nanti ada la sesuatu cina dap ni nak minta dari kementerian pertanian.
    Itu pun tak boleh hidu ka?
    Pan tengah mabuk jadi menteri, lupa perjuangan.

    BalasPadam