Header Ads

ads header

Flash News

Himpunan Kebangkitan Ummah patut dijadikan contoh - Polis


Polis berharap Himpunan Kebangkitan Ummah (HKU) yang diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di Kuala Lumpur, semalam, menjadi contoh yang baik kepada penganjuran perhimpunan aman oleh pihak badan bukan kerajaan.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata ini kerana pihaknya dapat menjalankan tugas dengan baik dan mendapat kerjasama daripada peserta perhimpunan yang hadir.

“Himpunan semalam berjalan dengan lancar, orang ramai yang hadir juga memberi kerjasama yang baik kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kehadiran kami jangka dalam 3,500 hingga 4,000 orang awam terlibat dan semuanya berjalan mengikut peraturan.

“Kami (PDRM) berharap perhimpunan yang berjalan seperti ini dapat dijadikan contoh yang baik bagi memudahkan tugas-tugas PDRM. Kami juga berharap peserta perhimpunan patuh pada peraturan dan tidak mengganggu orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 400 pesara polis oleh Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di Johor Bahru hari ini.

Noor Rashid berkata antara yang hadir ke himpunan tersebut adalah bekas penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.

Menurutnya, penganjur perhimpunan juga telah memaklumkan pihak polis mengenai program berkenaan dan PDRM telah mengambil langkah yang sesuai bagi memastikan perjalanan trafik sepanjang program berkenaan berlangsung lancar.

Sementara itu, Noor Rashid berkata penganugerahan PJPN merupakan satu istiadat yang amat penting di dalam PDRM bagi menghargai jasa dan pengorbanan anggota serta pegawai kepada tanah air.

Beliau berkata di Johor sahaja, sehingga hari ini terdapat lebih kurang 8,000 pesara polis menetap di negeri ini.

“Ada dalam kalangan pesara ini telah pencen selama lebih 30 tahun, yang kita raikan pada hari ini bagi memberi pengiktirafan kepada pengorbanan mereka terutamanya pada zaman darurat dan kedatangan komunis suatu ketika dahulu.

“Pada hari ini, kami meraikan 400 pesara yang 100 daripada mereka ini masih berkhidmat dalam jabatan manakala selebihnya akan kami sampaikan secara berperingkat,” katanya.

- Bernama


MR : Islam menganjur kedamaian, jadi tak hairan jika himpunan anjuran NGO akan bersifat aman....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

5 ulasan:


  1. Suatu alamat yang baik dan kita mengharapkan perhimpunan seumpama itu dapat dibuat dengan lebih banyak lagi dengan dihadiri oleh lebih ramai penyokong dari seluruh rakyat.

    BalasPadam
  2. yg menariknya umno dah pandai takbir...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. alhamdulillah.
      Sama2 islam xpe..
      Ini juga satu dawah dr pas utk org islam yg berlainan parti.

      Padam
  3. Malaysiakini masih report 2000 peserta.
    Nampak tak kejahatan mereka ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kapir sama kapir mmg bersatu harap islam plk bersatu biar jatuh telur kapir dan abdinya...

      Padam